Klik Nuffnang Ads

Tuesday, May 26, 2015

SAYA DAN NANO WHITE FRESH

Diri ini tahu pasal produk ni pun sebab tengok iklan di tv.
(nampak tak iklan byk bagi pengaruh pada aku) 
Mula-mula aku google dulu ada review dari sesiapa tak. 
Rupa-rupanya takde. Sian.
Dengan semangat kental untuk kelihatan cantik,
 aku gigihkan diri pegi beli di watson. Harganya RM16++ termasuk GST.

Biasala pertama kali cuba produk baru. Best je. Muka rasa nyaman. Maybe ada menthol.
Nano white fresh ni sesuai untuk muka berminyak. Packaging pun cute je. 
Minyak di muka pun berkurangan. 
Tu je la yang kesan aku dapat lepas 2 minggu cuba. 
Gambar sebelum dan selepas memang takde la ye. 
Zaman-zaman tangkap gambar sendiri dan upload tak tentu hala dah berlalu. Muahahahha....

Btw aku pakai facial foam nano white fresh di pejabat je.
Time nak bersihkan muka sebelum berwuduk.







Sunday, May 24, 2015

THE BODY SHOP SALE IS ON!!!

Hello gojes semua,

The Body Shop butik sedang mengadakan jualan hebat dan diskaun sehingga 70%
untuk item tertentu. Jualan hebat ini bermula dari 22 May hingga 14 June 2015.
Nak beli produk TBS dengan harga menarik? Jom kita berjemaah ke fizikal store TBS sekarang. Kalau tempat korang takde butik body shop, jangan risau korang boleh online shopping di website the body shop.
Ingat, perbelanjaan berhemah adalah semasa jualan diskaun macamni la. Hahaha...
Nak beli hadiah untuk yang tersayang ke, nak jadikan barang hantaran tunang atau kahwin pun boleh. Apa tunggu lagi. Pergi sekarang!!

Wednesday, May 20, 2015

TiPS BERSIHKAN MICROWAVE

Pening nak bersihkan ketuhar gelombang mikro di rumah?
Senang je. Awak semua boleh cuba idea ni.

Caranya:
Sebiji lemon di perah di atas pinggan @ mangkuk tahan panas,
Letak pinggan tersebut di dalam microwave dan panaskan selama seminit.
Selepas itu boleh keluarkan pinggan tersebut dan 
lap permukaan dalam microwave menggunakan tisu dapur. 
Selesai.



Wednesday, May 13, 2015

TEH TARIK PLACE @ayer8 PUTRAJAYA

Aku bayangkan kedai ni jual pelbagai jenis teh tarik yang sedap-sedap.Rupanya sangkaanku meleset sama sekali. Hurmm...

BerKonsep tempat makan + lepak yang best dengan hidangan kegemaran rakyat Malaysia.
Nak cakap teh tarik nya sedap pun tak juga. Just nice.

Menu book



Harga sekeping roti canai. Glurpp...



Aku pesan teh halia ais dan teh tarik untuk suami
Suasana yang tenang je


Aku memgembirakan sistem percernaanku dengan semangkuk laksa


-The End-


Tuesday, May 12, 2015

TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI

Sapa ada mak atau diri sendiri yang menghidap darah tinggi? Buka mata luas-luas, aku nak bagi petua yang aku baca dan aku lihat dari orang sekeliling. 
Ini bukan omongan kosong ok! (wah...nakbagi petua pun garang-garang ke cik senah)
Jom baca.....


1. blender 2 batang saderi dan sebiji epal hijau. minum 3 kali semnggu.

2. rebus peria katak, jadikannya ulam masa bersantap.

3. kurangkan minyak dan garam dalam masakan. 

4. berhenti menggunakan ajinamoto dalam masakan. 

5. amalkan minum air cincau kurang manis. 

6. rendam 2 keping asam keping dalam air suam. minum air tersebut 2-3 kali seminggu.


selamat mencuba


petua ini boleh dicuba oleh ibu mengandung yang ada darah tinggi juga.

Sunday, May 10, 2015

MENU ATKINS UTK IBU MENYUSU

Asalamualaikum....
korang jangan datang sini untuk belajar tentang atkins, memang takde sebab aku cuma nak kongsi CONTOH menu atkins untuk golongan ibu yang menyusukan anak.



CONTOH MENU ATKINS UNTUK BFEED MUM

SARAPAN:
-ROTI SERAT 2 KEPING BERSALUT TELUR
                             ATAU
-PELBAGAI RESEPI BERASASKAN TELUR
 SEPERTI MUFFIN TELUR TANPA TEPUNG, TELUR REBUS, TELUR GORENG
-2 GELAS AIR KOSONG


LUNCH:
-NASI SEGENGGAM
-SUP SAYUR HIJAU (SAWI@BAYAM)
-AYAM/IKAN BAKAR@GORENG
                     ATAU
-ANEKA RESEPI TELUR
-2 GELAS AIR KOSONG


DINNER:
-SUP SAYUR@SALAD
-PELBAGAI RESEPI TELUR
-2 GELAS AIR KOSONG


Kalau boring korang tukar la menu lunch ke dinner. 




p/s: ada satu parcel pemenang giveaway aku telah dikembalikan oleh poslaju. kalau pemenang tersebut masih berminat, boleh drop komen tau. aku pos semula. tapi kali ni kos poslaju ditanggung oleh penerima. Haritu free postage by me , awak tak pegi amik dekat pejabat pos. aku dah pesan pada pemenang pastikan alamat rumah berpenghuni. risau pula nak buat next giveaway........

Saturday, May 9, 2015

MANGO VIP WEEK

NIKMATI 50% DISKAUN UNTUK BELIAN KEDUAN DARI 9 HINGGA 17 MEI 2015 INI DI SEMUA BUTIK MANGO BERDEKATAN ANDA. KHAS UNTUK PEMENGANG KAD KEAHLIAN

RIZZMANRUZAINI.COM RTW

Aku punya koleksi rr.com ready to wear adalah sehelai instant shawl.
Saja suka2 nak beli koleksi dari fashion designer. Nak tempah, duit tak banyak. 
Tengok dalam ig, diorg baru lancarkan koleksi terbaru sesuai untuk muslimah.
Harga pun mampu milik.
Tanpa membuang masa, aku buka website rr.com ni, klik to chart mana yang patut.
Dalam 7 hari juga barang aku ni sampai kat rumah.
Fizikal butik rr.com terletak di sungai besi. 

Meh tengok meh instant shawl yang aku beli. 
Material korean crepe. Not bad. Mudah dan kemas untuk dipakai. 
Diorg ada koleksi lain lain.
Cuba la uols tengok website rizzmanruzaini.com tu ye.
Mana tahu berkenan.



Masa mula-mula aku buka plastik poslaju shawl ni, 
punya la teruja macam dapat hadiah dari sang suami lagaknya. kuikuikui.....



bila aku pakai, serius comel macam model kat atas ni. korang nak comel macam model kat atas tak?

Wednesday, May 6, 2015

PADINI SALES 5-17MEI 2015

Padini Consept Store (Vincci+VA+TIZIO)
Sedang mengadakan jualan di semua butik di atas
 20% dari normal price untuk pemegang kad ahli padini.
Nikmati la diskaun itu sekarang. Boleh shopping kasut raya uolss!!!


Tuesday, May 5, 2015

TIPS PILIH BUAH-BUAHAN SEGAR



Sudah menjadi kebiasaan masalah bagi ramai orang jika tersalah pilih ketika membeli buah-buahan. Perasaannya tatkala mengunyah buah-buahan yang sudah rosak pastinya cukup menghampakan.

Sebenarnya ada cara yang betul dalam memilih buah-buahan yang baik dan segar. Ketahui bagaimana caranya agar tidak lagi pulang kecewa.





Beli ketika musim
Pastikan anda membeli buah-buahan mengikut musim kerana tatkala musim, buah-buahan berada dalam keadaan yang segar dan cukup elok.

Guna deria ketika memilih buah
Hidu, sentuh dan teliti akan keadaan buah-buahan tersebut sebelum memilihnya. Ini penting demi menjamin yang anda memilih buah-buahan sama ada sudah masak dan segar atau masam, belum cukup matang atau sudah kehilangan kesegarannya.

Periksa tangkai (jika masih ada)
Tangkai buah-buahan akan secara semulajadinya membengkok setelah buah dipetik. Tangkai yang berona hijau dengan buah yang sudah cukup matang adalah yang terbaik untuk dipilih, manakala tangkai yang berona hijau tetapi dengan buah yang agak keras menunjukkan keadaan buah belum cukup masak namun ia boleh disimpan sehingga ia betul-betul masak. Elakkan dari memilih buah-buahan yang bertangkai kering kerana kemungkinan ia sudah dipetik agak lama dari pohonnya dan teksturnya juga agak kehilangan kesegaran semulajadi.

Hati-hati dengan buah-buahan yang berlubang
Jika anda menjumpai buah-buahan yang sudah berlubang walaupun sedikit, elakkan dari membelinya kerana rasa dan tekstur dalamannya pasti turut efek akibat lubang yang mungkin dimakan ulat buah.

Pastikan rona yang betul
Contohnya, jangan mengambil strawberi yang berona hijau kerana sebetulnya ia memang agak masam dan tidak cukup matang.

Periksa tanda hitam atau lebam
Buah-buahan yang sudah bertukar rona dengan tompokan hitam atau lebam sememangnya sudah agak lama dipetik dan sekaligus ia sudah menjejaskan rasa semulajadinya.

Hidu
Sesetengah buah hadir dengan bau yang melambangkan ia sudah masak seperti buah durian dan tembikai susu. Sesetengah buah juga mempunyai bau masam dimana ia sudah mula merosak dibahagian dalam.

Sentuh, genggam dan rasa
Buah-buahan yang padat seperti epal dan pear sepatutnya hadir cukup padat dan rangup, tetapi tidak pada pic, plum, dan buah-buahan lembut yang lain kerana ia sememangnya agak sedikit lembut. Lakukannya dengan cara yang hemah dan teliti kerana takut boleh merosakkan keadaan buah.

Elak mengambil buah yang disimpan di dalam kotak bertutup atau beg guni.
Mitos yang mengatakan sebiji epal rosak mampu merosakkan yang lain adalah benar.

Friday, May 1, 2015

AMALAN TIDAK SIHAT UNTUK KULIT




 



Terlebih Cuci Muka
Anda fikir semakin kerap anda mencuci muka makin bersih kulit anda. Sebenarnya tidak, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Dan saranan ini adalah untuk anda yang mempunyai kulit berminyak juga, kerana semakin kerap anda mencuci wajah makin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.

Scrub wajah kasar
Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!

Berjaga malam
Semua orang tahu pabila kita kurang tidur makan wajah akan tampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.