Klik Nuffnang Ads

Friday, January 30, 2015

Mi Tarik Warisan ASli di Bangi Sentral

Lepas dah shopping di radiusite, we ols singgah makan di mi tarik pula. Dekat bangi sentral juga. Dengarnya sebelah mi tarik ni nanti akan ada butik sugarscaft pula.

Komen iols pasal mi tarik ni:
Rasa lembut je.
Tak masin tak pedas sangat.
Tukang buat mi nampak memang cina muslim luar malaysia.
Just nice tapi bukan citarasa i la makanan ala cina muslim ni.
Bukan mi goreng bukan juga mi sup.
Tapi macam mi lembap2 gituh.
Ada macam2 style masakan untuk mi tarik ni. Mi yang dihidangkan pun banyak.



Saturday, January 24, 2015

Radiusite Bangi Dah Buka!!!

Tadi pegi butik tudung radiusite kat bangi sentral. Happening dan panas. Semestinya ramai orang. Masa di rumah aku aim beli aimee basic, tapi bila dah masuk kedai, aku pegi beli Dreemika jubah dress ERin. Huahuahua...tak tetap pendirian langsung kan.

Disebabkan harini hari pembukaan radiusite bangi, ada la diskaun gempak. Dapat makan free. Siap ada caliph buskers lagi tau.

                                                            First time makan benda ni.
                                                        Panna cotta nama dia. Sedap.
                                                                 Manis dan lemak susu
                                                Kalau teringin boleh tengok fb mydessertbox

Friday, January 23, 2015

SAYA MAKAN JAMU DEWI DARA

asalamualaikum

seumur hidup aku inilah pertama kali aku makan jamu.
masa berpantang dulu pun makan set shaklee aje.
aku tertarik dengan khasiat yang ada dalam jamu dewi dara keluaran jamu seri dewi malam ni.
katanya membantu dalam menangani masalah wanita. wahh...gitu!
bukan beli mengkhinzir buta je, aku siap search cari testimoni orang.
lepas dah betul-betul yakin baru aku beli.

sebotol jamu ni tahan untuk sebulan. tapi aku berjaya makan kurang dari dua minggu je.
kenapa? kenapa?

sebabnya
aku mengalami sembelit padahal dah minum air 2.5 liter hingga 3 liter sehari
berat badan aku naik 3 kg dalam seminggu.
pinggang aku rasa sakit semasa baru bangun tidur.
lepas aku alami perkara diatas, aku jadi tak berminat nak teruskannya.
tapi rasa rugi pula kalau tak habiskan. tengok lah dulu lepas ni aku nak teruskan ke tak.
tindak balas yang lain tak pula aku alaminya.
orang cakap kalau makan jamu, badan rasa panas. aku rasa tak panas pun.


korang google je la untuk tengok gambar jamu ni.

sekian review jamu dewi dara dari aku

Sunday, January 11, 2015

Air Asam Kunyit

Sesuai untuk ibu yang dalam pantang, kaum wanita yang nak lancarkan darah haid, buang angin dalam badan, menyegarkan tubuh badan.

Bahan bahan
Air bersih satu liter
Sesudu besar as jawa
Gula melaka
Kunyit hidup
Halia

Cara buat
Hiris nipis atau tumbuk atau blender bahan diatas. Berapa banyak yang nak letak tu terpulang. Satu kan kesemua bahan tadi didalam periuk dan didihkan.
Jangan lupa Kacau gaul.
Bila dah mendidih dan air dah bertukar warna, boleh la tutup api dan tapis air tadi untuk disimpan dalam bekas lain. Aku tunggu suam-suam baru aku minum.
Air asam kunyit ni untuk sekali penyediaan, boleh la minum untuk 3 hari.

Semua bahan bahan diatas memang benda basic yang ada dalam peti ais aku. Jadi no wonder la aku boleh buat air jamu ni sesuka hati.
Air asam kunyit ni aku cuma minum 3 hari berturut-turut sebulan.
Tak lalu aku nak minum tiap hari. Sebab rasa dia manis pedas masam.