Klik Nuffnang Ads

Tuesday, December 13, 2016

REVIEW SASSY BREASTPUMP JENAMA EVE LOVE

hai semua harini saya nak review single breast pump jenama eve love.

sebenarnya saya tak beli pun pump ni tapi saya sewa selama 7 hari di kedai PUMP ON THE GO PUTRAJAYA kerana double breast pump yang saya order melalui online tak sampai lagi. Kebetulan pula single breast pump yang sedia ada di rumah rosak. Spare part baru order. huhuhu...

risau sangat susu tak cukup untuk baby kalau tak buat stok. saya cuba tanya pasal servis sewa breast pump di PUMP.ON.THE.GO . Alhamdulillah ada. Dengan kadar sewaan RM10 SEHARI dan perlu beri deposit RM100 terlebih dahulu. Syukur sangat tau.


ok back to the topic,

pada pendapat saya

dari segi bunyi- kurang bising tapi masih ada minimal bunyi.
dari segi simulation- bagus. dapat mengosongkan breast dengan cepat.
satu untuk urutan dan satu lagi macam sedutan bayi. tak kuat dan tidak menyakitkan.
dari segi masa- jimat juga masa sebab sedutannya terasa cepat. ada timing siap2 selama 30 minit. lepas 30 minit, terus stop.
dari segi berat- tak berat sangat motornya means takde la sampai lenguh2 tangan nak bawa.
boleh masuk bateri juga.
ada lcd skrin yang bercahaya
corong silicon pun ada kalau nak guna
bahagian untuk dicuci selepas digunakan pun tak banyak.
kalau korang nak beli, boleh la survey harga kat lazada ke kat online shop mana2 la.