Klik Nuffnang Ads

Tuesday, October 18, 2016

TAUFUFAH UNTUK BABY

bahan-bahan:
-5 biji kurma dibuang biji (kukus 10 minit)
-sebiji tofu lembut (dikukus 10 minit)

cara buat:
-(mcm buat puree kurma)
kurma yang telah dikukus, ditapis hingga halus. campur air panas biar cair sikit.
-curah puree kurma cair tadi ke atas tafu yang telah siap dikukus.

senang kan...


contoh tofu yang boleh digunakan

Thursday, October 13, 2016

PENGALAMAN MENGINAP DI AVILLION PORT DICKSON

HAI SEMUA

baru-baru ni, kami satu family pegi bercuti di port dickson. feeling-feeling che ta kononnya. tapi takde la beria berbaju boria. hahaha...

kami pilih untuk tidur di AVILLION RESORT PORT DICKSON. saja pilih tempat yang dekat asalkan dapat merasa tido hotel seketika sambil bawa ank berjalan-jalan.

suami aku booking online je melalui website Avillion Resort ni sendiri. RM448 untuk satu malam termasuk breakfast buffet. Harga pada hari bekerja tau. Harga ini, untuk garden chalet. Beach Chalet harga lain ya.

Kami check in jam 3 petang. Tapi garden chalet yang kami dapat tu perlu naik tangga. Petugas kaunter tanya, u all ok ke sebab kene naik tangga? Kalau tak nak, diorang offer untuk tukar ke beach chalet tanpa caj. Aku pun apa lagi, suka la sebab dapat chalet atas air. Kalau garden chalet berdekatan denga swimming pool.

Malangnya beach chalet yang ditawarkan bukanlah view yang cantik. tapi apa ada hal. bukan view yang buruk sangat pun.

menarik juga resort ni. sebab suasana yang nyaman, bersih dan ala perkampungan melayu. Masa kami datang sana, ramai pelancong asing menginap di situ. Di sini ada 3 kolam renang ya. satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa yang terletak berhadapan garden chalet. Kebanyakan pelancong tempatan mandi-manda di sini/ Ada satu lagi kolam renang yang berdekatan beach chalet (swimiing pool ni lebih dimonopoli oleh pelancong asing/berbikini dan berspenda je mereka)

Kemudahan lain yang ditawarkan: ada SPA dewasa dan kanak-kanak, pusat aktiviti kanak-kanak (ada aktiviti berbayar disediakan),
ruangan galeri seni (ada lukisan cantik2), kedai cenderamata, restoran, mini zoo, replika kereta kuda pun ada.

masa kitorang sampai sana, air laut masih cetek. so bawah chalet kami belum ada air lagi. bila dekat senja baru air pasang. maka dapatlah kita dengar bunyi air menghempas batu-batu kat bawah chalet tu. Syahdu sungguh. macam tidur di perkampungan nelayan pula. kikiki....

 Permandangan dari balkoni chalet

 Permandangan dari tingkap bilik ke bilik air

 Shower part adalah konsep open air.
Bath tab pun ada.


Ni view dari pintu masuk bilik kami.


bilik yang ditawarkan juga berbaloi dengan harga. rupanya kalau booking melalui website diorang, kami dapat baucer makan RM88. tak kisah nak guna untuk makan malam atau tengahari. maka kami guna baucar tu untuk minum petang sambil tunggu anak mandi kolam. memang santai lah. mungkin sebab tak ramai pengunjung pada waktu tu. heaven oh!

Pada pendapat aku, berbaloi la apa yang ditawarkan di sana dengan apa yang kami bayar. Aum...


Wednesday, October 12, 2016

Makanan Berpantang Delivery

Asalamualaikum

Hai semua, 
Saja nak kongsi cerita.
Masa berpantang anak kedua baru-baru ni,
aku decide nak berpantang di rumah sendiri untuk dua minggu pertama. Sebab anak sulung sekolah. Jadi suami aku ambil cuti dua minggu untuk jaga aku supaya aku sihat sikit lepas tu dia akan hantar aku di kampung.
Pada awalnya kami nak cari orang untuk jaga aku kat rumah. Untuk masak lauk berpantang je pun. Kami google, cari dalam facebook dan pencarian kami berakhir. Maka terjumpalah Foodzyla Brand. Apa yang uniknya mereka buat perkhidmatan makanan berpantang sejukbeku. Ada pelbagai menu yang boleh di pilih. Harga pun boleh tahan. Satu bekas ada 2 pek boleh makan 2 kali. Rasa pun sedap. Berselera juga la nak makan.


Diatas ni ada senarai menu. Aku order 5 pek sahaja haritu. Delivery sekitar putrajaya rm8, tapi aku walk in terus ke kedai mereka di kajang. Dekat dengan tesco kajang.


Siapa nak order bolehlah terus ke link yang 
Aku bagi FOODZYLA. Online order lebih digalakkan sebab senang dioang nak uruskan melalui online. Haritu pun aku order guna website diorang tapi pick up di kedai.

MEREKA JUGA ADA BUAT FROZENFOOD YANG DAH SIAP MASAK BAGI MAKAN HARIAN DAN WESTERN FOOD JUGA. 






Monday, October 10, 2016

cara mudah dan cepat utk buat bubur nasi BAYI

IKUT SUKA KORANG LA NAK IKUT CARA MANA YANG SENANG.

Basuh beras kmudian toskan hingga kering. Pastu boleh kisar guna pengisar kering. Boleh msk mcm biase.

- Rendam 2-3jam beras tu Nnt cepat je masak bubur tu sebab dh kembang

- Kisar siap2 beras pada hujung minggu. simpan dalam bekas kering.pastu masak dalam slow cooker sblm tido..esok pg elok kembang dah bubur

- masak bubur nasi kosong dan frozenkan 

- amik 2-3 sudu nasi dah siap masak (ala yang korang masak untuk korang makan suami isteri), letak dalam periuk isi air mendidih atas api. 10 minit siap.




siapa ada cara lain boleh share kat ruang komen ya. 





BENTO STREET CAFE DI PUCHONG

Hai semua, adakah korang cari kedai makan terbaik di bukit puchong? 
Ada yang mencari kedai makan ala hispter untuk makan tengahari atau makan malam anda?
Jom singgah BENTO STREET CAFE. 
Hidangan jepun yang halal dengan dekorasi kedai yang menarik. 

Open : Saturday - Thursday
12:00 PM- 10:00 PM
For Inquiry and Reservations, 
Please Contact Us: 019-3830449





boleh tengok senarai menu ini. ada juga citarasa malaysia dihidangkan dalam bento.
macam nasi goreng dan asam pedas.


contoh hidangan yang ditawarkan



nak buat private event pun boleh




ALAMAT KEDAI:

NO 25, JALAN B/P 3/12
BANDAR BUKIT PUCHONG
47120 PUCHONG, SELANGOR

JOM KITA JALAN-JALAN CARI MAKAN DISINI!!!

*kedai bumiputera tau. 



Saturday, October 8, 2016

Makan di COWBOY PLACE, Port Dickson versi saya

Baru baru ni, aku pegi makan angin di port dickson. Sampai sana dah tengahari, jadi aku google la tempat makan tengahari best di port dickson. Banyak blog yang bagi cadangan untuk ke Cowboy Place. Lepas dah baca review sana sini dan dapatkan alamat, kami sekeluarga pergi la ke sana.
Kami pergi hari khamis waktu bekerja. Jadi jalan tak jem dan ada parking di sini. 
Ramai orang yang keluar untuk makan tengahari saja. Pelancong pun ada. Mudah je pegi ke sana dengan bantuan waze.

Kedai tu tepi jalan saja. Dekorasi agak berserabut dan kurang kemas. Kebanyakkan banner@bunting di kedai sudah lusuh. disebabkan masa kami pegi tu tak ramai orang, jadi takperlu la kami layan diri. Tapi kalau ikutkan kedai tu konsep layan diri ya. 

Menu yang ada pada hari itu, cuma nasi kukus ayam panggang, air tembikai dan air mineral sahaja. Aku rasa memang kedai tu jadi tumpuam ramai sebab aku tengok ayam panggangnya bersusun tinggi. 

Harga nasi kukus ayam panggang RM6 
Harga air tembikai RM2 utk segelas
Untuk satu jug RM10
Dihidangkan dalam bekas polisterin sahaja. Simple kan.

 Sos campur kicap tu sebekas untuk tiga orang makan ya. Agak likat mungkin letak tepung jagung. Harga rm6


Segelas air tembikai ni rm2

Kemudahan tandas dan surau turut disediakan. Pada pendapat aku kalau kedai ni sesak dengan pelanggan, memang agak panas. Sebab kedainya berbumbungkan kanopi dan agak gelap. Kalau boleh ke tempat lain, sila la ke tempat lain. Sebab rasa nasi kukus ayam panggangnya biasa sahaja. Takde rasa rempah apa pun. 

Tuesday, October 4, 2016

Darah Nifas bagi bersalin secara pembedahan

Disini aku nak kongsi tentang darah nifas bagi wanita bersalin secara c-zer atau pembedahan. Berdasarkan pengalaman ya.

Awal bersalin

Darah fresh berwarna merah terang.
Banyak tak banyak juga la. Tapi kita digalakkan untuk bergerak supaya ketulan darah keluar dengan cepat. Gunakan pad maternity ya. Lagipun masa operation, dah banyak darah yang dikeluarkan

Pertengahan (dalam pantang)

Darah warna merah gelap. Tak banyak yang membuak2 pun. Boleh pakai pad maxi or slim wing sahaja.

Akan ada satu ketika darah yang keluar sangat la sedikit. Boleh guna panty liner sahaja.

Penghujung (akhir-akhir berpantang)

Darah  merah gelap masih ada. Kadang sedikit kekuningan. Masih boleh guna panty liner. Kejap ada kejap takde. Tapi jangan terus mandi wajib. Sebab kadang kala memang akam keluar sedikit sedikit.
Selepas 44 hari pun masih ada darah yang keluar. Anggaran sesudu gitu. Kalau darah yang keluar agak banyak, mungkin period. Atau tumpah darah. Kalau rasa tumpah darah sila ke klinik kesihatan berdekatan.
Nurse yang buat lawatan cakap, asalkan tidak lebih dari 60 hari masih dikira darah nifas.