Klik Nuffnang Ads

Wednesday, October 30, 2019

Ejen Ali The Movie 28 November 2019

Apa rancangan cuti sekolah untuk anak-anak? Jom tonton Ejen Ali The Movie pada 28 November 2019 di pawagam berdekatan. Lagu tema dinyanyikan oleh Aisyah Aziz berunsurkan futuristik.


Frozen 2 di GSC Cinema 21 Nov 2019

Cuti sekolah dah tak lama. Bagi peminat filem Frozen 2 pula bakal menemui penonton Malaysia tidak lama lagi. Filem Frozen 2 akam ditayangkan di GSC Cinema bermula 21 November 2019. boleh la bawa anak-anak menontonnya. Penyanyi dari Korea Selatan Taecyon (Girl Generation) bakal menyanyikan lagu tema filem ini.





Tuesday, October 22, 2019

NEW BLACK VOLCANO PIZA DARI PIZZA HUT

saja nak try apa rasanya.
tapi roti hitam tu takde apa pun sebenarnya. warna je. rasa macam pizza biasa kita pesan je. tapi ada isi ayam, keju di tengah kerak. sos keju masam manis. puas hati la makan. Roti lembut je. Rupa tak lawa tapi sedap yang amat.



NARUKO TEA TREE SHINE CONTROL SERUM

aku pernah beli dan pakai serum ini. beli di watson. anggaran harga RM 50.++
bau nyaman tea tree. tapi setiap kali pakai, keesokan paginya mesti muka rasa berminyak.
muka sendiri pun dah jenis oily skin. jadi aku membatalkan niat untuk meneruskan pembelian ke botol yang kedua.


must watch: SCHOOL DRAMA GENRE

1. LOVE ALARM (korean drama) 2019
Love Alarm (Korean좋아하면 울리는RRJoahamyeon Ullineun) adaptasi dari webtoon oleh Chon Kye-young. Pelakon utama Kim So-hyunJung Ga-ram and Song Kang. Boleh tonton di Netflix bermula 22 Ogos 2019. Berkisar tentang satu aplikasi di telefon bimbit yang bernama  LOVE ALARM. Ia membolehkan pengguna mencari cinta menerusi aplikasi tersebut dan memebritahu samada seseorang mempunyai perasaan pada kita dalam lingkungan 10 meter. 


2. I GIVE MY FIRST LOVE TO YOU (drama jepun) 2019
Berdasarkan siri manga "Boku no Hatsukoi wo Kimi ni Sasagu" oleh Kotomi Aoki. Tajuk lain adalah Secret Unrequited Love. Pada tahun 2009 juga ada filem seperti ini. Sewaktu Takuma Kakinouchi (Shuhei Nomura) berumur 8 tahun, dia menghabiskan masa di hospital. Dia berkawan dengan Mayu Taneda (Hinako Sakurai) yang mempunyai umur yang sama dengannya. Suatu hari, mereka keluar dari hospital dan melawat sebuah taman. Di sana, Takuma Kakinouchi dan Mayu Taneda berjanji bahawa mereka akan berkahwin satu sama lain. Mereka tidak ragu-ragu bahawa mereka akan mempunyai masa depan bersama. Boleh cari di kissasian untuk tengok drama ini.


3. AT EIGHTEEN (drama korea) 2019
Tajuk lain MOMENT AT EIGHTEEN. Pernah ditayangkan di 8tv pada bulan September 2019 mengisahkan tentang JUNWOO (Ong Seong Wu) berumur 18 tahun yang baru bertukar sekolah kerana ada masalah di sekolah lamanya. Di sekolah barunya, dia bertemu dengan ramai rakan sekelas dan jatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis. Dia akhirnya keluar dari zon selesanya sebagai pelajar yang menyendiri dan mula bergaul dengan rakan yang lain. Di sini dia belajar mengenal cinta, kehidupan, belajar membuat keputusan dan menghabiskan waktu indah 18 tahunnya dengan penuh kenangan manis. Ong Seong-wu as Choi Joon-woo, Kim Hyang-gi as Yoo Soo-bin, Shin Seung-ho as Ma Hwi-young dan Kang Ki-young as Oh Han-kyeol



4. A LOVE SO BEAUTIFUL (chinese drama) 2017
Chen Xiaoxi (Shen Yue) dan Jiang Chen (Hu Yitian) merupakan kawan sekelas sejak dari tadika. Mereka juga tinggal satu apartment yang sama. Pada mulanya drama ini nampak seperti cinta bertepuk sebelah tangan di antara heroin pada heronya. Tapi sebenarnya dalam diam Jiang Chen juga menyukai Chen Xiaoxi juga. Drama ini sangat popluar di China dan mendapat tontonan yang banyak di online. 


5. EXTRAORDINARY YOU (korean drama) 2019
Mengisahkan tentang Kim Hye Yoon sebagai Eun Dan-oh berasal dari keluarga kaya daan ada sejarah penyakit. Pada satu hari dia menyedari bahawa dia dan semua rakan sekolahnya adalah karakter dalam sebuah komik bertajuk SECRET. Dia mengambil keputusan untuk membuat perjalan hidupnya sendiri dan menukar plot komik tersebut. Pelakon lain:  Kim Ro-woon sebagai Number 13 / Ha-ru dan Lee Jae-wook sebagai Baek Kyung.