Klik Nuffnang Ads

Sunday, October 21, 2012

TQ TAG SAYA

Bananana kawan-kawan,

Dulu tag terima kasih untuk cenderahati majlis kawin, cuma ringkas dan seadanya. 
taip perkataan "terima kasih dari kami sekeluarga" sahaja.
Sekarang, tag terima kasih ni pun orang siap bertempah-tempah lagi.

ini tag terima kasih versi hitam putih a.k.a versi tak siap

siapa yang datang majlis saya nanti tahu la warna sebenar tag terima kasih ni.

design ni saya ambil dari google-google aja.



BUNGA REBEN

Bananana kawan-kawan....

Seronok dapat masuk kedai jual manik, reben, benda comel-comel.
Sebelum beli, rancang macam-macam projek dalam kepala.
Bila dah beli, rasa malas nak buat apa-apa.
Adakah ini dipanggil shopaholic?
Bukan nak cerita pasal kedai bunga reben tapi pasal reben yang dibuat bunga.


beli bunga reben ni tapi tak tau nak buat projek apa

Friday, October 19, 2012

TETIBE RASA MACAM CHILDISH...

Saya tempah button badge untuk family saya di online store TayTrading.
Perempuan memang excited bila dapat membazirkan duit yang ada. Hee........
Bila dah belek-belek badge tu tetibe saya terfikir
" nak ke mak+ayah saya pakai benda-benda cam gini?"
monolog dalaman pula "ah tak kisah la. paksa diorang pakai juga!hihihi..."


saya minta tunang designkan dalam photoshop

cadang nak tulis 'team bride' tapi cam tak sesuai pula dengan tema majlis nanti.

Wednesday, October 17, 2012

TWO HEARTS BEAT AS ONE...



BUNTING LACE


Tarikh Nikah: 10.11.12
Tarikh Kenduri (P): 11.11.12


Cakap2 orang "kenapa tak letak gambar dekat bunting?"
Saya jawab "saje tak nak ikut trend"





SIAPA PAKAI KORSET?

Dekat-dekat dengan majlis ni, rajin sungguh saya mentelaah kevinzahri.com
Lepas tu terjumpa la perbincangan pasal pakai korset ni.
Seronok betul baca. Ralit sampai lupa nak siapkan kerja. Heeee.........*_*

Saya rasa korset ni bukan boleh jadikan orang kurus tapi lebih kepada ilusi bentuk badan.
Siapa yang pernah pakai atau penjual korset, jangan marah na.......

 http://kevinzahri.com/ask/weight-loss/premium-beautiful-hai-o-bakar-lemak/

seronok baca komen-komen pembaca kat sana.

Tuesday, October 16, 2012

LAYANAN YANG GITU-GITU JE....

Asalamualaikum

Ini kisah lama.
Saja nak kongsi pengalaman.
Lokasi: Habib, Alamanda
Saya & tunang melepaskan hajat untuk beli cincin nikah.
Masuk-masuk je terus pegi ke bahagian sebelah kanan.
Sebab dah aim cincin tu minggu sebelum kejadian.
Kitorang berdiri ada la dalam 1-2 minit depan kotak pameran cincin tu.
Ada 2 orang salesgirl kat sebelah kiri tak sudah-sudah berborak.
Tak kan tak nampak ada pelanggan masuk.
Kami bukan orang lidi.
Layan pelanggan gitu-gitu je.
Dah la layan macam nak tak nak.
Bila tanya harga.
Dia just laung-laung je bagitahu harga. Kerek siot!
Lepas tu kami keluar dari kedai.
Bukan sebab kami marah
tapi tunang saya pegi cucuk duit.
Kami masuk balik Habib dan suruh salesgirl tu ambil cincin yang dah di aim.
Bila dah belek@sarung@belek, kami beli terus. Baru la salesgirl tu reti nak berbudi bahasa sikit.

Kesian kat kami.

Balik rumah, saya buka FB,
letak status "tak semestinya pakai seliper getah tak berduit ye"
Hihihihi...

p/s: tak kan sebab kami pegi sana pakai seluar track dan seliper getah, orang pandang sebelah mata kot~

tak patut~tak patut

::saya ni ada menang giveaway hand bouquet. duit kos pos dah bank in. tahun bila tah nak dapat. aihhh...::

Monday, October 15, 2012

SAYA PANIK, SAYA PANIK!

Asalamualaikum
 (tak jawab dosa, jawab gatal, heh!)

Hujung minggu lepas saya balik Batu Gajah untuk serahkan
kad kawin pada parents. 
Saya tengok rumah saya (family punya rumah la maksudnye)
dalam proses pengubahsuaian. 
Mak saya nak tambah lagi 3 bilik. 
bilik sedia ada dah ada 4. (saya dari baka family besar. hee...)
Saya cakap kat mak, "sempat ke ni mak?
Saya mula rasa panik. 
Panik, panik pun saya sempat lagi pegi sauna @ facial
dan booking make up untuk majlis nikah. *_*

                       *****
Di bawah ni salah satu projek pembaziran yang dah berjaya saya buat untuk minggu ini.
Siapa ada tengok entry saya ini wedding props ? 
projek di bawah adalah inspirasi dari entry tu la.

 bantal tu beli 2 tahun lepas di Ikea (arm7.50 seunit kalau tak silap)
 (pernah guna masa majlis kawin abang saya)


 oh yang, di atas ni bisnes kad tokey kedai tempat saya tempah kad kawin.
 kedainya di Hulu Langat.
 (sokonglah perniagaan bumiputera!)
walaupun saya pernah cerita tentang kerisauan saya tentang draf kad kawin saya dulu, 
Alhamdulillah beliau berjaya menyiapkan kad kawin lebih awal dari yang ditetapkan
tanpa sedikit pun kesilapan!

Dan gambar dibawah pula adalah kad kawin yang saya bingkaikan.
kos tempah frame ni RM45. 
Saya saje je bingkaikan kad kawin ini.
 Sebab nak letak dalam bilik pengantin dan buat kenangan.
 (nak tayang dekat anak cucu, kununnya)


 p/s: kalau boleh jangan la letak tulisan ayat quran dalam kad. 
belum tentu ada orang nak simpan kad kawin kita. 


Info: kedai bingkai gambar yang saya tempah ni (di batu gajah), 
ada jual wooden easel stand berharga RM90. 
murah ke mahal ye kawan-kawan?



Saturday, October 13, 2012

InsyaAllah...

Bukankah kalimah IINSYAALAH tu bermaksud berjanji dengan Allah?
Jadi kenapa harus mungkir janji?

Thursday, October 11, 2012

CONTOH SOALAN KPSL W27

1. HURAIKAN 5 KONSEP PERAKAUNAN BERIKUT: 
-KETEKALAN
-BERTERUSAN
-KOS SEJARAH
-PEMADANAN
-ENTITI BERASINGAN

2. JELASKAN DARI SEGI PERUNDANGAN DAN PERATURAN KEWANGAN, TINDAKAN- TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEGAWAI PENGAWAL BAGI MENGAWAL DAN MENGAWAS PERBELANJAAN DI BAWAH KAWALANNYA.

3. (A) BAGAIMANAKAH CIRI-CIRI KOS BERUBAH DAN KOS TETAP DAPAT DIGUNAKAN UNTUK MEMAKSIMUMKAN PRODUKTIVITI DAN KEUNTUNGAN SESUATU ENTITI PERNIAGAAN?
JELASKAN DENGAN CONTOH.

3. (B) PERAKAUNAN KOS DAPAT MEMBERI MAKLUMAT OENTING UNTUK MEMBANTU PENGURUS MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK DALAM MENTADBIR ORGANISASI. SILA JELASKAN DENGAN 5 CONTOH BERPANDU PADA AKTIVITI PENGELUARAN.

4. (A) NYATAKAN EMPAT MATLAMAT DALAM MEWUJUDKAN SISTEM KAWALAN DALAMAN SESUATU ORGANISASI.

4. (B) CADANGKAN 3 BIDANG KAWALAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PIHAK PENGURUSAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT.


Tuesday, October 9, 2012

KERANA NILA SETITIK, AKHIRNYA DIA...

Asalamualaikum

Hai kawan-kawan,

Siapa ada baca post di FB yang ditulis oleh seorang NTUC assistant director?

Status beliau di dalam FB tersebut memang mengguriskan hati orang Melayu.  
Saya bermonolog dalaman "apa reason dia nak kondem perkahwinan orang  melayu ni?"

 
Harini saya baca berita terbaru yang beliau telah membuat permohonan maaf dan telah dipecat pun.

moral of the story: berfikir sebelum menulis apa-apa 
di dalam FB, Twitter @ blog, ye kawan-kawan.... 

p/s: nasib baik bukan rakyat Malaysia

Monday, October 8, 2012

same sky different place



kasut ini tiada kaitan dengan majlis perkahwinan saya nanti
ade ke orang pakai flat shoe semasa majlis kawin?

Saturday, October 6, 2012

DOORGIFT Oh DOORGIFT

Asalamualaikum

Harini misi mencari tali guni di Syarikat Wakim Jalan Raja Bot. 
Alhamdulillah berjaya. 
RM4.00 (60 m)
Kalau tali guni yang ada di jual online
 harganya RM8.00 (60 m)
Tali guni ini merupakan salah satu projek 
DIY Doorgift majlis saya nanti. 
Wait & See!

 note:
 Dolly paper saiz 3.5" di Baked With Yen Taman Megah RM4.00(250 helai)
         Dolly paper saiz 3.5" di Syarikat Wakim pula RM4.50 (250 helai)
         (saja nak share bagi  yang sedang mencari)

Keluar dari Kedai Wakim, saya dan tunang pergi kedai peralatan dapur pula.
 Maklum la tak lama lagi kami akan jadi 'housemate'. Hihi...
Jadi kami beli kuali, periuk & lain2.
Lepas tu saya masuk kedai Menang Glassware. Sekali dapat belek katalog yang ada dalam kedai tu, feeling macam 'mak-mak' la pula. 
Terus tunjuk dekat salesgirl,
 "saya nak yang ini, yang ini dan yang itu ye."


::sesungguhnya nafsu perempuan ini ada sembilan::

Sekian, terima kasih.





Thursday, October 4, 2012

SAYA SEBENARNYA SUSAH HATI

Asalamualaikum
Hai kawan-kawan,
Saya sebenarnya susah hati sebab baju resepsi lelaki time kenduri 
belah perempuan tak menepati citarasa saya dan tunang.
Sudah la saiz XL, berdaki pula tu.
Tak sepadan dengan bentuk badan tunang yang bersaiz M sahaja. 
Frust tau.
Masa mula-mula upah butik tu, janji lain, bila dah bayar deposit, lain pula ceritanya.
Kalau jadi lain time majlis nanti, memang ku jaja cerita ini ke seluruh Ipoh. Hehehe...
Nak tak nak, kami terpaksa pilih baju lelaki yang berlainan warna. 
Saya tak nak cantik sorang2 atas pelamin nanti.
Perkara ni je la yang asyik menghantui saya.*_*
Lucky (AA) tunang saya ada baju istiadat bomba. 
Tengok keadaan la samada kami pasrah nak pakai baju berlainan warna 
time resepsi nanti @ AA pakai baju istiadat bomba dia.
Oh lupa nak bagitahu, baju resepsi saya nanti warna putih. ^_^



P/S: last month anak kawan abah kawin, rileks je pakai baju berlainan kaler time majlis diorang.

Monday, October 1, 2012

SOALAN UNTUK PHOTOGRAPHER

Bananana.....

Saya upah MANJAFOTO PHOTOGRAPHER untuk mengabadikan gambar-gambar kahwin saya nanti.
Layanan semasa pertama kali jumpa, ok. 
Servis belum diterima memandangkan majlis belum terjadi. 
Jadi tak boleh nak review apa lagi. ^_^

Ini soalan yang saya rasa B2B patut tanya pada OP: 
  1. Berapa orang yang akan cover majlis saya nanti?
  2. Album siap ambil masa berapa lama?
  3. Kalau hujan, macamne awak cover majlis saya nanti?
  4. Untuk majlis nikah, berapa jam servis?
  5. Untuk majlis kenduri, berapa jam servis?
  6. Biasanya shoot untuk outdoor, dekat mana? 
  7. Tentang bayaran, diorang akan bagitahu bila perlu bayar.
p/s: jangan lupa bagi kad kahwin sekeping untuk OP dan sertakan aturcara majlis supaya OP tahu apa kita rancangkan.

$$: kalau di BATU GAJAH, selain KELLIE CASTLE, kat mana lagi tempat outdoor yang menarik?