Klik Nuffnang Ads

Saturday, August 6, 2016

RESEPI APAM COKLAT MUDAH

Dipersembahkan resepi apam coklat kukus yang menggunakan sukatan cawan. Yeah!
Senang je. Pakai blender je sis.

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
1 sudu kecil (sudu kfc) baking soda
setengah cawan gula
setengah cawan serbuk koko
setengah cawan minyak masak
setengah cawan susu pekat manis
setengah cawan air panas
1 biji telur gred A (suhu bilik)
(Pastikan korang guna cawan saiz yang sama untuk setiap sukatan diatas)

cara buat:
masukkan semua bahan ke dalam blender
blender sekata dalam 3-5 minit, lagi la lagi gebu
sapu sikit minyak dalam acuan lompang
tuang adunan tadi ke dalam acuan lompang,
kukus 20 minit.



Boleh dapat dalam 15-20 biji
 (guna acuan lompang)


resepi dari facebook.

No comments:

Post a Comment