Klik Nuffnang Ads

Tuesday, May 26, 2020

Keropok Lekor salut tepung. Nice!

Bahan-bahan:
1. Keropok lekor frozen
2. Tepung goreng rangup jenama Bestari


3. Gaul keropok lekor yang sudah defrost macam gambar di bawah


4. Goreng dalam kuali dengan minyak yang panas

5. Siap dan jadi macam gambar dibawah. 


Keropok lekor salut tepung is DONEEE....

Monday, May 18, 2020

Resepi sangkaya senang nak buat

Siapa biasa order sangkaya di boat noodle mesti seronok dapat buat resepi ni.
Finally dapat makan puas-puas di rumah.


Resepi ni tak pakai pewarna tiruan pun.

1. Blender 10 helai daun pandan dengan setengah cawan air. Tapis.

2. Secubit garam

3. Sebiji telur ayam

3. Sesudu besar tepung jagung

4. Santan kotak kecil (200 ml) aku guna jenama m&s

5. Setengah cawan gula pasir. Boleh kurangkan kalau taknak manis.

5. Masukkan air pandan tadi.

Semua bahan dikacau rata dalam periuk kecil terlebih dahulu. Sebab taknak bagi bancuhan berketul semasa api dibuka.

Lepas dah rata semuanya, boleh la buka api dan terus kacau sehingga jadi likat pekat.

Aku guna api kecil dan kacau terus menerus dalam 15 minit. Siap.