Klik Nuffnang Ads

Thursday, January 31, 2013

ENTRY COPY PASTE

DARI AL-HAFIZ MUHAMMAD BIN MANSUR AL-TUSI

TANDA-TANDA ORANG JAHIL ITU EMPAT PERKARA:

*MARAH TANPA SEBAB  

*SUKA MENYEBARKAN RAHSIA 

*PERCAYA KEPADA SESIAPA SAHAJA 

*MEMBERI NASIHAT TIDAK KENA PADA TEMPATNYA


DIPETIK DARIPADA KITAB SIYAR A'LAM AL-NUBALA
COPY PASTE DARI SEBUAH MAJALAH (TAK INGAT NAMA LA PULA)

Wednesday, January 16, 2013

PUSH UP CAKE BUKAN PUSH UP BRA

Asalamualaikum

Selain cake in the jar,
rupanya push up cake BUKAN PUSH UP BRA
pun idea yang comel untuk dicuba. 
boleh buat DOORGIFT untuk tetamu. 
tapi sapa yang ada sediakan perkhidmatan ni?
kalau bekas push up ni kedai wakim ada la jual



sumber gambar sila klik gambar untuk tahu ya

Monday, January 14, 2013

i'm in love: FISHTAIL DRESS vs PEPLUM





BAJU PEPLUM DAN BAJU FISHTAIL MURAH UNTUK DIJUAL
RM 10 BESERTA POSTAGE (SEHELAI)
PRELOVED ITEM FOR SALE (BARU PAKAI DUA KALI)
SESUAI UNTUK BADAN SAIZ S DAN M
BAYAR MELALUI MAYBANK ONLY




kemeja fishtail chiffon. perlu pakai camisole top atau inner
warna peach. preloved item




peplum lycra warna turquoise
tak jarang.
preloved item


BAJU PEPLUM MURAH
BAJU FISHTAIL MURAH










Thursday, January 3, 2013

PHOTOBOOTH SIGNBOARD

SIGNBOARD NI SAYA GUNA UNTUK PHOTOBOOTH DI MAJLIS SEBELAH SUAMI.


AMBIL LA.
 guna untuk majlis u all pula.

SAYA PUN COPY DARI GOOGLE JUGA. 


nak bagi softcopy, softcopynya sudah hilang dari hardisk. maaf ya kawan-kawan.


SEMALAM AKU PEGI HOSPITAL

aku dah 5 hari sakit pinggang dan senak2 di bawah perut. semalam aku ajak suami pegi hospital. 
peraturan ofis aku sangat choi! 
kalau minta kebenaran keluar waktu pejabat kurang dari 4 jam, kita kene ganti balik masa tersebut.
 jadi kami pegi hospital (unit kecemasan terus) lepas waktu pejabat.  

aku suspek aku kene jangkitan kuman atau sebab perut aku banyak lemak terkumpul.
thats why aku sakit perut..
 feeling-feeling mengandung pun ye juga sebab aku dah bape hari lewat period. 
lepas dah jumpa doktor,
dia suruh aku buat ujian air kencing dan buat ujian darah. 
tau tau je la kan, kalau pegi unit kecemasan ni,
mana pesakit yang betul-betul kritikal didahulukan. 
tak kritikal macam aku ni haruslah tunggu 3-4 jam baru boleh selesai.
 *nasib badan.

kami melepak dekat hospital putrajaya dari jam 6 petang sampai la 11 malam
(aku tobat taknak pegi hospital putrajaya dah)
10.45 malam macamtu baru dapat keputusan doktor. 
doktor cakap aku ada kencing kotor dan bagi 2 jenis ubat. 

sempat juga aku tanya " jadi saya tak mengandung la ye doktor?
doktor jawab " ujian mengandung awak negatif"
aku "saya sakit perut bukan sebab banyak lemak kan?"
doktor gelak. "mana ada orang sakit perut sebab banyak lemak"
LOL

********

kami suami isteri takde merancang untuk mendapat baby dalam waktu terdekat.
tak terfikir nak beli pregnancy test lima enam biji  pun. bunting pelamin lagi aku tak nak. 
tapi kalau ada rezeki, Alhamdulillah.....


peringatan: entry ini bukan bertujuan untuk kondem hospital tersebut. =)

Wednesday, January 2, 2013

TAHUN 2013 NI AKU NAK...

tahun 2013 ni AKU nak:

BAB KEWANGAN

buat akaun simpanan bersama dengan suami
nak potong gaji untuk tabung haji (dulu masuk duit ikut suka hati)
nak settle bayar penuh PTPTN

BAB KEHIDUPAN

simpan dalam hati DULU



P/S: lepas ni tak duduk Cyberjaya dah. dapat kuarters di Putrajaya.
Tak tau macamne perasaannya sebab memang lepas rayuan tak dapat feedback, aku tak simpan harapan untuk dapat kuarters.