Klik Nuffnang Ads

Friday, February 28, 2020

REVIEW SYAMPU RAMBUT NURRAYSA

sebenarnya aku beli syampu ni secara tak sengaja sebab saja masuk satu butik vendor ni, lama sangat pusing-pusing dalam kedai tu, ternampak syampu ni. terus capai, belek-belek dan bayar. memang hajat nak beli syampu dekat watson tapi kesian punya pasal dekat adik jaga kedai vendor, aku pun beli la.

Harga RM20.OO untuk 100 ml. Botol kecik je. Tulis di botol hair treatment with habbatus sauda.
2 in 1 syampu dengan conditioner. jimat la kot sebab tak perlu beli conditioner asing. *kononnya
Bau so-so je. tak harum sangat. Tapi tak sesuai la untuk aku. sebab setiap kali pakai, aku dapati rambut aku jadi kering. macam aku pakai petua letak garam dalam botol syampu dulu. rambut jadi kering kasar. dan aku dapati rambut aku ada kelemumur berkuping tu. stress rasanya. tak mampu aku nak habiskan.

mungkin tak sesuai dengan aku. tapi rasa better beli syampu yang ada kilang dipercayai je macam yang terjual di watson atau guardian tu.


No comments:

Post a Comment