Klik Nuffnang Ads

Friday, August 15, 2014

ICE WATCH YANG AWESOME




 

Sapa yang tak pernah dengar jenama ni? Tak mungkin tak pernah dengar kan kan. Jenama ICE Watch merupakan sebuah jenama yang makin popular di Malaysia. Pernah nampak butik Ice Watch di The Curve atau Alamanda contohnya? Pernah nampak sesiapa ke hulu ke hilir dengan jam ini di pergelangan tangan diorang? Tipu sangat la kalau tak tahu pasal jam tangan yang kian popular di kalangan remaja sekarang. 

Jam ni dikenali kerana koleksi jam tangan diorang yang telah menambat hati jutaan orang muda  di seluruh dunia. Ia pastinya satu jenama yang korang dambakan jika korang mencari seutas jam tangan yang trendy, colourful macam smarties dengan harga yang berpatutan. *Nyummy! 

Selama bertahun-tahun lamanya jenama ICE Watch telah berjaya menguasai industri jam tangan dan aksesori sebagai antara jenama jam yang paling berpengaruh di dunia.
*erm, susah juga ye nak membina nama. Adik2 semua boleh jadikan motivasi untuk berjaya ...mih...mih...mih....

Kejayaan ICE Watch dalam meningkatkan status diorang ni sebenarnya dianggap sebagai sebuah kejayaan yang sangat sweet. Diorang juga berjaya mengenepikan persaingan daripada banyak jenama jam tangan lain dalam suasana yang cukup sengit. Banyak halangan yang ICE Watch berjaya atasi dan permintaan terhadap jam diorang dalam pasaran semakin meningkat saban hari. *Bukan senang nak popular ye kawan-kawan. 

Kalau korang nak tahu, koleksi Jam tangan dari ICE Watch diperbuat daripada bahan-bahan yang bermutu tinggi. Diorang juga ada pelbagai koleksi rekaan yang cukup cantik buatannya dan bergaya.

Kenapa diorang berjaya dikenali di seluruh dunia? Ini kerana jenama ni mengeluarkan koleksi jam tangan yang cukup berkualiti untuk lelaki dan wanita. Korang boleh suai padankan dengan pakaian yang akan korang gayakan setiap hari.
*ingat, jam tangan yang awesome untuk orang yang awesome jugak.......








Terpegun juga aku tengok koleksi ICE Watch terkini yang boleh didapati di ZALORA Malaysia. Sebagai destinasi fesyen online yang terbesar di Malaysia, ZALORA menawarkan koleksi jam tangan terkini daripada jenama ini dalam skala yang cukup besar. Korang pastinya berpeluang memilih rekaan dan gaya jam yang sesuai dengan personaliti dan cita rasa korang. Teruja tak? Jom layari website ZALORA sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang koleksi terbaru jam tangan ICE Watch. Cekedauuuuuu........

P/s: kalau korang nak tahu, ramai artis international pakai koleksi dari Ice Watch ni. Tak percaya? Cuba korang google. Nak setaraf dengan artis international tak? 


"dimana nak beli ice watch secara online? tentunya di zalora.com"

Monday, August 11, 2014

PEMILIHAN HADIAH UNTUK PEREMPUAN

Nak bagi hadiah dekat mak, kakak, adik pompuan, makwe atau isteri?
Jom semak hadiah apa yang in pada tahun 2014 ini


1. gadget
kalau ada bajet lebih. handphone ke. ipad ke, tab ke.

2. handbag
ikut kemampuan dan citarasa perempuan itu

3. pakaian
jenama tak penting. asalkan kene dengan citarasa

4. tudung/brooch
kalau si dia suka fesyen2 tudung, beli la sehelai dua yang cantik2.

5. kasut
best ni. tapi kene tahu saiz apa

6. telekung
aku aim beli telekung siti khatijah skrg ni.

7. barang kemas
trade in barang kemas mak atau isteri ke.
lompat bintang la mak dan isteri korang kat rumah nanti.

8. pakaian dalam
sesuatu yang intim macam ni bagi pada isteri aje la.

9. belanja makan tempat romantik
kalau kedai mamak dikira romantik, dipersilakan bercandle light di sana.

10. belanja pegi s.p.a @ salun kecantikan
bawa diorg pegi sana

PETUA MENGURANGKAN KAHAK BAYI

 cough cough cough. say no to ubat batuk.

banyak dah aku cuba untuk hilangkan batuk baby aku. 
apa saja petua, klinik yang direview dalam blog mak-mak, aku try.
aku dah pegi klinik dr nadir khan wangsa maju
aku dah pegi homeopati hassan di pkns bangi
buat stim, tepuk2 belakang bayi, minyak bawang putih.
mesin nebulizer pun suami aku dah beli. tapi guna sekali je sebab takut. heeee.......
semua dah cuba. semua pun ok. dalam hidup ni kita jangan putus asa je. 
insyallah berjaya. 
madu je aku tak bagi kerap sebab katanya madu ada bakteria yang tak sesuai untuk bayi bawah setahun
ikhtiar kami yang terakhir adalah bagi minyak habbatusauda 2-3 kali sehari setiap hari.
alhamdulillah ok. 

mana nak dapat minyak habbatusauda?
 suami aku beli di kedai barang yang jual makanan arab di shah alam nun...

TIPS MEMILIH TEMPAT AKAD NIKAH

Wah...simple je ni kak. Ini pun akak nak kongsi tips ke?
No no no no (sambil jari telunjuk digoyangkan ke kiri dan ke kanan) ini pun penting tau.
Ingat senang ke nak nikah dekat rumah? Nak kene cop cop tok kadi juga tau!

Kelebihan dan kekurangan nikah di........

Nikah di masjid:
-kadang kala tok kadi ada 5-6 pasangan untuk dinikahkan, bagi memudahkan beliau, semua pasangan tersebut dihimpunkan sekali di di masjid. Tambahan pula korang pilih tarikh nikah tu tarikh-tarikh yang cun. Contoh: 11.11.11, 01.02.2013 ke. apa-apa2 tarikh yang cantik la. Mesti ramai orang pakat2 nak kawin tarikh tu juga. Dapatnya dalam kampung tu ada 4-5 pasangan cadang bernikah di rumah, letih tok kadi dibuatnya nak merempit dari satu rumah ke satu rumah,.
-Pengantin perempuan juga kene la dalam keadaan suci dari haid pada waktu tu. Tak kan tengah2 period, korang nak meyengih dalam masjid. *tak sesuai ok!
-boleh panggil ramai kawan-kawan memeriahkan majlis
-boleh mengelakkan sihir pun iye juga. kadang kala rakyat malaysia ni tak suka tengok kebahagiaan orang lain.
-lebih afdal katanya. kerna apa? kerna menikah di rumah Allah. Alhamdulillah....
-tapi kalau nikah di masjid, segan la kalau ada sesi linangan air mata selepas akad nikah. jangan nangis dalam masjid ye.
- tak boleh nak posing maut lama-lama nanti jemaah masjid angry.


Nikah di rumah:
-pastikan pihak pengantin dah deal baik punya dengan tok kadi. mana tahu, tok kadi tengah kejar masa nak nikahkan orang lain pula.
-nak nangis meraung lepas nikah pun boleh sebab rumah sendiri.
-sentimental value yang tinggi sebab kawin dalam rumah tempat kite dibesarkan.
-lepas selesai solat sunat, boleh terus baring atas katil untuk sesi tangkap gambar.
-sesuai pengantin perempuan sedang uzur
-lepas dah selesai majlis, boleh keluar rumah untuk sesi menjamu selera.


Nikah di lain-lain tempat:
-tak kisah la di dewan ke, hotel ke, pejabat agama. ummah melayu biasa jarang nikah di tempat lain selain masjid dan rumah.


Kesimpulannya, pilihlah tempat yang bersesuaian dengan situasi kita ketika itu.

PEMENANG 3rd GIVEAWAY: PINAFORE SKIRT




KEPADA PEMILIK BLOG TERSEBUT, 
SILA TINGGALKAN  
NAMA, ALAMAT, NO HP 
UNTUK PROSES POS HADIAH. 
TAHNIAH YA!!!


jangan risau, butiran peribadi anda tidak akan disiarkan. 

CEKEDAUUUU FOR NEXT GIVEAWAY!


Saturday, August 2, 2014

3rd GIVEAWAY: PINAFORE SKIRT

SELAMAT HARI RAYA SEMUA ORANG.
SIAPA NAK PINAFORE SKIRT PERCUMA? 
JOM SERTAI PERADUAN INI.
MUDAH, RINGKAS DAN MENARIK.


SYARAT PERADUAN:
1. MESTILAH FOLLOWER BLOG INI
2. LETAK GAMBAR PERADUAN DI DALAN ENTRY. LINKKAN TERUS KE BLOG INI.
3. TAJUK ENTRY "3rd GIVEAWAY: PINAFORE SKIRT"
4. DALAM ENTRY TERSEBUT, KORANG TULIS 
"TERIMA KASIH KASUTKACA15. 
SEMOGA MURAH REZEKI SAYA DI BULAN SYAWAL INI. AMIN..."
5. TEMPOH PERADUAN DARI 02.08.2014 HINGGA 09.08.2014
6. SEORANG PEMENANG DIPILIH SECARA RAWAK.
7. JANGAN LUPA LETAK LINK BLOG KORANG DI RUANGAN KOMEN OK!





NOTED: (YANG NI TAKPAYAH LETAK DALAM ENTRY KORANG)
-ELASTIC WAIST/LABUH KAIN 89 CM
-HADIAH AKAN DIHANTAR MELALUI POS. KALAU PARCEL KENE PULANG BALIK PADA SENDER, PEMENANG KENE BAYAR KOS POS SEMULA. JADI PASTIKAN ALAMAT YANG DIBERI LENGKAP DAN ADA ORANG DIRUMAH.