Klik Nuffnang Ads

Wednesday, September 24, 2014

GIVEAWAY FLORAL SKIRT

asalamualaikum semua


akak dengan berbesar hati ingin memberi sehelai floral skirt untuk 2 orang pemenang bertuah. kiranya sorang dapat satu helai skirt ya. jangan keliru.
jangan risau, blog akak tak buat giveaway susah-susah.
just follow syarat-syarat dibawah aje.



1. terbuka untuk follower blog ni sahaja.
2. letak gambar (seperti diatas) di dalam entry korang dan pastikan boleh link terus ke blog ini.
3. wajib masukkan ayat ini di dalam entry korang:

'senyumlah, hidup ini indah' 

4. lepas tu bolehlah letak link blog korang di ruangan komen.
5. dua orang peserta bertuah akan dipilih selepas tarikh tutup penyertaan.
6. hadiah akan dipos pada minggu kedua bulan oktober 2014.






p/s: untuk pemenang, pastikan alamat yang diberi untuk pos hadiah ada penghuni
jika posmen return balik hadiah tu, kos penghantaran semula akan dibayar oleh pemenang pula.
jangan risau butiran peribadi pemenang tidak akan didedahkan..


Monday, September 15, 2014

HOTEL BAJET TERBARU DI CYBERJAYA

TUNE HOTEL ADALAH HOTEL BAJET TERBARU DI CYBERJAYA.
BERDEKATAN DENGAN RESTORAN SABA (famous Arabian cuisine in Putrajaya@Cyberjaya) 



SPRAY HIDUNG BAYI SELSEMA

spray ni sesuai untuk disembur di hidung bayi kalau ada hingus atas hidung bayi tersumbat. jangan risau, spray ni tiada kandungan dadah@ubat. Ia berasaskan air laut semata-mata. bayi pun tak lemas. bayi dalam pantang tidak digalakkan. 

memperkenalkan, STERIMAR FOR BABY

 kiri sterimar for adult, kanan sterimar for baby
kandungan kedua-kduanya adalah sama. muncung penyembur saja yang berbeza.

perhatikan muncung spray ni, muat-muat je untuk lubang hidung bayi.
katakan tidak pada hidung bayi tersumbat, yeah!
boleh didapati di farmasi

Thursday, September 4, 2014

MAKANAN BAYI 6-12 BULAN

CONTOH MAKANAN BAYI 6-7 BULAN

PURI PISANG
SEBIJI PISANG EMAS DIBUANG KULIT
STIMKAN DI DALAM PENGUKUS SELAMA 5 MINIT
LECEKKAN GUNA SUDU DAN BIARKAN SEJUK
SEDIA UNTUK DIBERI PADA BABY


PURI AVOCADO
SEBIJI AVOCADO DIBUANG KULIT
STIMKAN DI DALAM PENGUKUS SELAMA 5 MINIT ATAU SEHINGGA LEMBIK
LECEKKAN GUNA SUDU DAN BIAR SEJUK UNTUK DISUAPKAN PADA BABY

PURI BUAH PEACH
SEBIJI BUAH PEACH DIBUANG KULIT
STIMKAN DI DALAM PENGUKUS SELAMA 5 MINIT ATAU HINGGA LEMBIK
LECEKKAN GUNA SUDU SAMPAI HANCUR, BIARKAN SUAM-SUAM
SEDIA UTK DIBERI PADA BABY ANDA

PURI KURMA+KISMIS
2 BIJI KURMA BUANG KULIT/BIJI
5 BIJI KISMIS BUANG BIJI
STIMKAN DALAM PENGUKUS SAMPAI LEMBIK
LECEK GUNA SUDU DAN SEDIA UNTUK DIBERI PADA BAYI

PURI LABU
POTONG LABU KECIL2 DAN DIBUANG KULIT
STIMKAN DALAM PENGUKUS SEHINGGA LEMBIK
LENYEK GUNA SUDU SAMPAI HANCUR
SEDIA UTK DIBERI PADA BABY

BULAN PERTAMA JANGAN ANGGAP BABY KITA AKAN MAKAN SEMANGKUK PENUH.
BUAT SIKIT SIKIT DULU. KADANG KALA BAYI MAKAN 2-3 SUDU JE MULA-MULA.
ASALKAN KITA TAK PUTUS ASA NAK BAGI DIORG MAKAN. AKU TAK REBUS BUAH-BUAH YANG AKU BAGI SEBAB AKU ADA PENGUKUS. SO STIM AJE LA.
BOLEH JUGA TUKAR KEPADA BUAH EPAL, MANGGA ATAU BUAH PRUN. 



CONTOH MAKANAN BAYI 8-9 BULAN

BUBUR LEMBIK LABU (KANJI)
SEGENGGAM BERAS BASUH BERSIH (GUNA BERAS PERANG LAGI BAGUS)
AIR BERTAPIS SECUKUPNYA
TANAK BERAS SAMPAI LEMBIK
MASUKKAN LABU POTONG BERSAMA NASI TADI
SEJUKKAN DAN BLENDER

MILLET  KURMA+LOBAK MERAH
3 SUDU BESAR MILLET DIBASUH BERSIH DAN RENDAM SEKETIKA
TANAK MILLET TADI DENGAN AIR TAPIS SECUKUPNYA SEHINGGA LEMBIK
MASUKKAN KURMA DAN LOBAK MERAH DIPOTONG KECIL KEDALAM PERIUK TADI
SEJUKKAN DAN BLENDER
(tak tahu millet tu apa? cuba google. boleh didapati di cold storage atau jaya grocer. aeon jusco pun ada)


aku guna hand blender philip aje. tak terfikir nak beli baby bullet pun. masak seminggu sekali dan bekukan. setiap kali nak makan, aku stimkan makanan tersebut

CONTOH MAKANAN BAYI 10-12 BULAN

BUBUR NASI IKAN TENGGIRI + BAYAM HIJAU
TUMIS 3 ULAS BAWANG PUTIH MENGGUNAKAN MINYAK ZAITUN
MASUKKAN 3 CAWAN AIR BERTAPIS
MASUKKAN IKAN TENGGIRI TANPA TULANG DIPOTONG KECIL DAN BAYAM HIJAU YANG DICUCI BERSIH
BIARKAN MENGELEGAK. TUTUP API DAN SEJUKKAN.
BUBUR NASI MASAK SEPERTI BIASA
BLENDER BUBUR NASI DAN IKAN TENGGIRI TADI.
 BAWANG PUTIH TU AKU TAK BLENDER TAPI AKU BUANG. CUKUP SEKADAR UNTUK MENUMIS
(RESEPI NI SESUAI UNTUK BAYI YANG KENE SELSEMA,BERKAHAK SEBAB ADA BAWANG PUTIH. hihihi....) 

BUBUR PASTA ORGANIK + LOBAK MERAH + IKAN BILIS
SEGENGGAM IKAN BILIS BUANG TULANG YANG DICUCI BERSIH
SEGENGGAM PASTA ORGANIK
(aku beli pasta organik di babydash.com. cold storage/jaya grocer pun ada)
LOBAK MERAH DIPOTONG KECIL
REBUS KESEMUA BAHAN DIATAS SAMPAI EMPUK
SEJUKKAN DAN BLENDER

BAYI 10 BULAN DAH BOLEH DIAJAR MAKAN TELUR REBUS. TAPI KALAU TAK SESUAI (ALAHAN) SILA STOP SECEPAT MUNGKIN.  KALAU SIBUK/MAK BABY TAKDE DIRUMAH/TRAVEL JAUH YANG SUSAH NAK PANASKAN MAKANAN BABY, CUBA BAGI GROWELL ATAU MAKANAN BAYI ORGANIK.



*dimana nak beli growell di putrajaya? aku cari di anjung. kios kecik2 sebelah escalator.
*dimana nak beli makanan bayi organik? aku tengok dekat aeon jusco ada. cold storage pun ada. jaya grocer pun ada. senang-senang beli online je di babydash.com.