Klik Nuffnang Ads

Monday, October 27, 2014

Resepi Biskut Bayi

Asalamualaikum semua                 (KLIK SINI UTK RESEPI FINGER FOOD BABY)

Baby akak dah boleh makan biskut. Yeay! Biasanya akak beli biskut organik untuk baby makan. Harga agak mahal juga. Jadi akak pun goggle tentang resepi biskut bayi sebab akak nak jimat dan seronok2 buat biskut untuk anak akak.

Mudah dan cepat rupanya buat biskut bayi. Yang penting no salt no sugar.

RESEPI BISKUT BAYI

150 gm unsalted butter
5 biji kurma dipurikan
2 cawan tepung gandum diayak
1 sudu kecil esen vanila (akak guna sudu kfc)
2 sudu besar tepung jagung diayak
1 sudu besar tepung kastard diayak
Acuan biskut

Cara buat
Pukul butter sampai kembang
Masukkan esen vanila dan puri kurma (gaul rata)
Masukkan kesemua jenis tepung (diayak)
Uli sampai jadi doh
Tebar supaya jadi leper
Tekap guna acuan biskut kesukaan korang

Bakar dalam oven dengan suhu 160 °
Bersamaan dengan 20 minit.
Aku guna api atas dan bawah
Siap untuk dimakan.
Simpan dalam bekas kedap udara





Saturday, October 25, 2014

Buku Resepi Makanan Bayi

Asalamualaikum ibu ibu muda sekalian.

Today akak nak share buku resepi untuk makanan bayi dari umur 6 bulan hingga 3 tahun.
Akak pun ibu muda juga tapi saja nak nampak 'up' so bahasakan diri ni 'akak'.
Buku ni akak beli melalui online saja di karangkraf mall.
Make sure daftar dulu. Bayar melalui ipay88 (disitu boleh pilih bank utk buat byrn)
Akak cari buku ni di mhp atau popular tak jumpa pulak.
Berkat kegigihan akak menggoggle, akhirnya jumpa di karangkrafmall itu. Alhamdulillah. Makin ligat la akak di dapur nampaknya selepas ini.




Rm18.83 sahaja termasuk kos poslaju semenanjung. Bak kata pepatah.
Duit melayang ilmu yang datang gitu. Jumpa lagi di lain siaran.

Friday, October 24, 2014

REVIEW: BENEFIT MASCARA they're real

PRODUCT REVIEW:





Sekarang ni peniaga tak payah nak susah2 pening2 beriklan, sebab senang2 je orang bagi free review pasal produk diorang kan. Macam aku tengah buat ni ha…

Aku beli mascara Benefits ni sebab mascara lama aku dah habis. Dulu pakai mascara Body Shop.
Sekarang saja nak berjinak2 pakai Benefits. Baca review2 orang kebanyakkannya bagus.
Memang sesuai la dengan nama mascara ni  ‘they're real ‘  sebab memang betul-betul real.
Kalis air dalam masa yang sama mudah untuk ditanggalkan, tahan lama, bulu mata tak bergumpal dan paling penting nampak semulajadi. Tapi mascara ni xde efek curl. Nak curl kene guna penyepit bulu mata.  Kalau mascara curl, berus sapuannya bentuk melengkung sikit.
Harga pun not bad. RM90 only.

Lepas ni aku aim beli eye liner benefit pulak. Masa cuba di Benefit Alamanda, eye linernya ni macam best dan senang untuk dipakai.

Wednesday, October 15, 2014

HOTEL REVIEW

beli baucar di groupon
hotel 4 bintang di Tanjung Bungah, Penang

 kemudahan yang lengkap. 
walaupun view depan hotel tak menarik sangat.
tapi jangan risau, idnya berdekatan dengan laut
depan hotel ada bas rapid penang lalu lalang
berdekatan tesco dan medan selera tanjung bungah
berpatutan dengan harga yang ditawarkan di groupon
tapi aku amik bilik yang tak menghadap laut. (save bajet)





inilah dia FOUR POINTS by SHERATON

KEPAK AYAM MADU SEDAP



kasutkaca15 food review


tepi laut berdekatan queensbay mall
panas-panas
murah
manis-manis
sos pun sedap
sangat heaven bila dapat makan di tepi pantai
erkk....Alhamdulillah
kepak ayam madu sedap dekat dengan queensbay

Monday, October 6, 2014

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! UPDATE 08.10.2014










UPDATE 08.10.2014
SAYA BERBESAR HATI UNTUK MEMILIH 
SEORANG LAGI PEMENANG. 
PEMILIK BLOG DIBAWAH, 
SILA BAGI NAMA, ALAMAT NO HP 
DI RUANGAN KOMEN YA.




TAHNIAH ADIK-ADIK GOJES! 

KEPADA PEMILIK BLOG NI, 
SILA TAMPILKAN DIRI ANDA KERANA KORANG LA PEMENANG YANG DICARI. 
BERIKAN NAMA, ALAMAT NO HP DI RUANGAN KOMEN UTK POS HADIAH.
KEPADA SEMUA PESERTA, KORANG MEMANG SPORTING LA!!






3 CORAK YANG BERLAINAN UTK 2 PEMENANG
TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT GIVEAWAY