Klik Nuffnang Ads

Saturday, December 20, 2014

ZALORA DAN BAUCAR

salah satu hobi aku adalah shopping online.
salah satu tempat yang aku selalu cuci mata adalah zalora.com
zalora ni best. rajin bagi baucar kat pelanggan. rajin bagi offer yang gempak-gempak.
ada bermacam harga dan kualiti di satu tempat. itu yang istimewannya zalora ni.
aku siap install application zalora dalam handphone lagi. supaya senang aku nak cuci mata.
sephora pun ada dalam zalora ini. 

hasil tangkapan aku di zalora 



RESEPI SARAPAN BAYI 10 BULAN KEATAS

Resepi untuk bayi bergigi. 10 bulan keatas. Dah pandai duduk dan pegang makanan
No egg no salt no sugar. Kalau yang alegik susu lembu@telur boleh ubah suai resepi ikut suka.



LEMPENG PISANG UNTUK ANAK KECIL
Bahan:
4 biji pisang emas
2 sudu besar tepung gandum@tepung naik sendiri
1 sudu besar susu segar farm best@susu ibu@susu formula

Cara buat
Gaul rata guna tangan
Panaskan kuali leper@pemanggang ajaib
Letak sesudu kecil minyak zaitun (tak letak pun boleh sebab guna kuali non stick)
Letak sesudu bancuhan adunan tadi
Tunggu bila adunan bertukar menjadi masak
Balik-balik2 adunan
Agak2 dan masak boleh angkat

Nak makan begitu saja boleh nak tambah madu juga boleh




POTATO WEDGES FOR BABY

rebus sebiji kentang hingga masak
sejukkan dan buang kulit
belah 4-6 bahagian
sapu minyak zaitun
tabur daun pasley
bakar dalam pemanggang ajaib 10-15 minit
balik-balikkan dan tunggu hingga bertukar kuning keemasan
sedia untuk dihidangkan




KATERING AREA SELANGOR

Sekarang jadi hobi ambil alamat katering di kenduri kawin. Lepas tu save dalam handphone.



makanan yang ditawarkan memuaskan.
 tapi cara potong nenas untuk gulai lemak nenas ikan masin agak mengerikan. 
saya bagi, 3.5 bintang!