Klik Nuffnang Ads

Wednesday, March 30, 2016

GOOD VIRTUES CO. Syampu

Hai semua,

Kali ini aku nak share sejenis syampu yang aku tertengok masa buka IG Fashion Valet.
Wah...Fashion Valet pun ada jual syampu rupanya. Dalam hati aku cakap mesti mahal ni. Sebab fashion valet yang jual. Korang tengok mentaliti aku. Hahaha....

Lepas tu aku jalan-jalan dekat Watson, ternampak jenis syampu yang sama. Sekali tengok harga...ermmm tak de la mahal sangat. Aku aim syampu ni lepas syampu lama aku habis.
Saja nak try. Lepas sebulan dua syampu lama habis, aku pun beli la syampu ni.

Antara sebab aku tertarik adalah, packaging luaran yang menarik. Lepas dah belek2 luarannya, aku tengok syampu ni bersifat organik dan ada campuran habatusuada.
Bau pun sedap. Rambut rasa lembut je. Kiranya nyum2 la bau dia. Lepas syampu je, bila rambut kering, terus libas2 rambut ke belakang feeling macam Anzalna kau!

Reka bentuk botol pun mudah nak guna. Cuma perlu picit je.
Aku beli dengan harga RM11.++ di Watson untuk saiz seperti dalam gambar.
Siapa yang berniat nak cuba boleh la dapatkannya di kedai berhampiran...
Daaaa....


Rupanya jenama ni bukan hanya ada produk rambut tapi produk penjagaan diri yang lain seperti
facial wash pun ado kau!


Sunday, March 27, 2016

The Boat Noodle

Review kali ni ketika aku makan di cawangan IOI city mall,

Apa yang aku order:

-Semestinya mee mangkuk kecik la kan. Amik 10 mangkuk je.
-Ka Num Tuay (rasa macam kuih talam pandan)
-Thai popeye tempura (ala....bayam goreng celup tepung)
-chicken wing (sedap tapi saiz hidangan terlalu kecik)
-thai ice blended

 Ka Num Tuay.
Rasa seakan akan talam pandan.
Satu set (dua biji) RM1.


 Chicken wing.
Sikit dan portion kecil.
Rm4.90 per set.
Tak puas makan.
 Tak payah la order.



Ni thai popeye tempura a.k.a bayam goreng celup tepung.
Makan sikit je dah pening.
Sebab menyerap minyak. Dip sos sedap.
 Rm6.90 per set


Bagi thai rice noodle yang 10 mangkuk tu aku tak tangkap gambar pulak.
Thai ice blended pun aku lupa nak amik gambar.
Lokasi kedai depan texas chicken, akan nampak tempat ice skating di bawah.
Ramai pelanggan. Kene beratur tunggu.

Saturday, March 26, 2016

REVIEW: ASSAM HOUSE @AYER8

Ahhh....malas sebenarnya nak update blog. Tapi kene update juga sebab ada benda nak kongsi.
Macam biasala, aktiviti menggembirakan sistem pencernaan je kerjanya.

Dah lama dah pergi restoran ni. Pernah dengar nama restoran ni di Ipoh tak pernah masuk,



Tapi bila ternampak restoran ni di AYER8 haritu, rasa nak mencuba pulak.
Semestinya halal sebab ada logo halal kat dinding luar restoran.

Dekorasi - menarik/ada aircond/pinggan mangkuk cun/nampak ekslusif, bersih
Makanan - sedap
Harga - bermula dari RM5 keatas. 
Servis - cepat/bagus mungkin masa aku datang sana tak ramai orang.

Mula-mula ingatkan ada jual apa2 berkaitan asam. macam asam laksa ke, asam pedas ke.
Bila tengok menu book, rupanya makanan lebih kepada makanan orang malaysia suka makan. Macam malay, chinese  dan indian cuisine.


TIPS MENGELAKKAN ANAK TANTRUM di RESTORAN

Satu:
Bawa alatan makanan anak sendiri. Pastikan korang sediakan pinggan, mangkuk, sudu, cawan plastik anak. Letak atas meja. Bagi anak2 pegang set kulinari mereka sendiri.

Kedua:
Ajak anak bersembang sama sama. Pandai pandai la cari topik. Jangan borak pasal isu sesama sudah la. Komunikasi.

Ketiga:
Bawa mainan anak anda. Yang ringan dan mudah untuk mereka main di atas baby chair sambil tunggu pesanan sampai.


Petua agar rezeki sentiasa murah


Tuesday, March 22, 2016

waktu operasi klinik pergigian izra presint 8

Wah...masuk tahun baru je ini entry pertama aku.
Haritu aku google pasal tajuk di atas. Tapi tak banyak yang membantu.
Jadi aku bertekad untuk save bookmark pasal waktu operasi klinik berkenaan supaya
Mudah untuk aku cari semula nanti. Kebetulan minggu lepas aku pergi klinik izra untuk check gigi. Alhamdulillah takde apa yang menakutkan berlaku. Hahaha...doktor cas rm5 je
Maybe sebab dia cuma full check gigi aku ada rosak@sakit ke tak.