asalamualaikum
kalau ibu menyusu bakal kembali bekerja (ibu menyusu yang kerja ofis hour a.k.a makan gaji)selepas melahirkan anak, korang kene fikir pula cara untuk buat stok susu frozen untuk bayi.
berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku:
1. untuk buat stok susu, kita perlu cuba buat stok sebulan sebelum tarikh masuk kerja.
kalau pandai handle, korang boleh try sebelah bagi susu anak, sebelah lagi pam. takpe kadang-kala dapat 2 oz je pun. nanti 2-3 jam lagi korang pam la lagi. atau pun anak dah tidur awal malam, korang bole mula operasi mengepam susu. takpe sehari dapat 5oz je. lama-lama kumpul banyak la nanti.
2. kalau paling takde masa sangat, korang boleh mula pam susu 2 minggu sebelum masuk kerja.
sekurang-kurangnya dapat 30 pek @ 5 oz satu pek pun dah cukup. sebab masa dah masuk kerja boleh pam sambil bekerja.
ok tu je la tipsnya bagi yang tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk kumpul stok susu sebelum masuk kerja.