Klik Nuffnang Ads

Tuesday, March 15, 2011

JIWA BERGELORA

Pernah ke korang ternampak sesuatu barang kesukaan kat mall dan tak dapat membelinya atas sebab-sebab yang merepek?

Pastu bila dah sampi rumah, mula la terbayang-bayang @ termimpi-mimpi kan benda tu?

Arghh....menci la perasaan camni!



Erm...tak boleh jadi ni, akan ku pastikan benda tu jadi miliki aku juga *_*

SEBELUM BELI KERETA

Now saya nak share 4 perkara yang perlu korang titik beratkan sebelum mengikut hati dan perasaan yang meronta-ronta untuk membeli kereta.....


1. Kos Insurans/Cukai Jalan
Harga insurans tahunan kereta baru lazimnya mencecah beribu ringgit. Makin baru kereta tu makin mahal la kos insurans kereta tersebut. So simpan la duit untuk setiap bulan untuk menampung kos insurans dan cukai jalan yang biasanya perlu diperbaharui serentak.

2. Kos Petrol
Cuba buat kira-kira, berapa RM perlu korang sediakan untuk menampung perbelanjaan petrol kereta kesayangan korang setiap bulan. Makin kerap kereta korang bergerak, makin banyak la petrol yang perlu diisi. Sebab tu la kebanyakkan orang beli kereta yang dapat menjimatkan minyak. (Viva)

3. Kos Tol/Touch & Go
Jika korang selalu melalui highways berbayar untuk pergi bekerja, memang sudah terang lagi bersuluh la bahawa kos tol ni mesti disenaraikan dalam list bajet korang. Tak nak bayar tol sila la naik motor.

4. Kos Servis kereta
Manusia kalo sakit perlu jumpa doktor. Sama juga lah dengan kereta kita tu. Makin jauh perjalanan kita, makin kerap la kita kene servis kereta tu. Biasanya mekanik akan tampal sticker yang tertulis kite perlu servis kereta berapa kilometre sekali atau tarikh perlu diservis.






Bagi yang membeli kereta guna duit makbapak @ boifren @ awek maybe tak perlu fikirkan sangat tentang ni. Maklumla orang sponsor kn! Tapi bagi yang membeli kereta dari hasil titik peluh sendiri, beringat la tentang perkara-perkara di atas. Taraf hidup makin meningkat la.

Banyak benda kene fikir lagi. Aduhhh........... !

GEMUK?

Girls sangat sensitive kalo orang sekeliling cakap die gemuk. Ni dia antara ayat-ayat yang membuatkan girls menyampah tahap dewa ;

weh, asal ko makin berisi?

tembam pipi ko sekarang!

dulu ko memang berisi ke? Sebab aku tengok kaki ko macam orang gemuk...

berat badan ko berapa sekarang?

nape tak makan, diet ke?

ko ni sesuai jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan la....



Rase nak baling batu sembunyi tangan je kan bila dengar suara mereka berkata-kata. Kekadang ayat-ayat macamtu memberi kesan juga pada kita. Tapi nak buat macamne, selagi BMI tak mencapai tahap OBESITI, makan la puas-puas.

But sometimes we need to stop before it’s too late. Kalo dapat penyakit diabetes or jantung sape yang susah? Yang pasti hidup mesti berhati kental bila terdengar ayat-ayat seperti diatas.
Chill babe! ~_~


Kalo nak sentiasa kurus, sila la mengorat DR Rozmey. (“,)

Sunday, March 13, 2011

REMIND

SIMPANAN YANG BANYAK
LEBIH PENTING
DARI GAJI YANG BESAR
*KALO GAJI BESAR, HUTANG BANYAK, BEK TAK PAYAH!

Friday, March 11, 2011

KUCUPAN ASMARA

Hello ladies,

Ini bukan entry berunsur berahi ok! I Cuma nak share warna-warna lipstick @ lip balm @ lip gloss feveret kite as a gadis. Selain dari mascara yang memberi unsur dramatic dalam arena persolekan kite, i rasa lipstick juga memainkan peranan untuk membuatkan kite nampak hot and stylo. Nak tahu? Jom......

1. Orange Oh La la

Warna ni jarang orang beli. Tapi kalo bibir kite pucat, warna jingga memberikan impak segar tau! Bagi saya different is cute. Yang penting kita yakin nak mengoleskannya.

2. Pink is Peace

Biasanya warne pink sinonim dengan remaja. Maklumla , bila pakai lipstick pink nampak lebih feminin je. Ditambah pula dengan lip gloss seangkatan warne, so sweet girls!


nanti u all browse silkygirl website untuk tengok warna yang lain, nok!

3. Percikan Purple

Oh, dulu saya pernah pakai lipcolor Maybelline warne purple pegi kuliah, u know what? Seorang teman saya cakap muka saya macam orang sakit dan menakutkan. Esoknya saya tak pakai dah lipcolor tu. Apa pendapat anda pula?

4. Coklat Cun

Saya rasa warne coklat ni nampak natural. Suke tengok Beyonce pakai lipstick color macam ni. Tak jemu nak tengok. Menawanlah!

5. Merah Membara

Jarang nampak girls yang berani dan yakin pakai warna ni. Bila pakai lipstick merah, pasti banyak mata memandang. Hati berbisik `beraninya dia’......


gambar ni copy dari mac.com tau!


Babai!