Klik Nuffnang Ads

Monday, June 10, 2013

SOALAN BITK 2013

SOALAN YANG KELUAR SEWAKTU BITK 2013 ADALAH:

1. berkenaan Tuntutan Perjalanan
2. elaun makan
3. akaun amanah
4. elaun saguhati peserta bagi perolehan secara gotong royong
5. bayaran pencen penjawat awam dicaj pada belanja apa?
6. tempoh iklan di akhbar tempatan bagi perolehan tender antarabangsa?
7. maksud Akaun Kena Bayar?
8. tentang elaun tanggung kerja

soalan objektif 40 soalan.
hitamkan jawapan yang betul.

Nak lagi? lemak la tu...! ^_^

AYAM TEMPAYAN VERSI SAYA

bulan ramadhan dah hampir menjelma. jadi nak share makanan kat bazar ramadhan yang aku pernah beli. sebenarnya ayam tempayan ni aku beli masa bulan puasa tahun lepas di bazar ramadhan kelana jaya. berdekatan dengan kompleks tabung haji. tengok keadaan masa tu ramai orang beratur untuk beli ayam tempayan ni. so akak aku teruja nak rasa kesedapannya.
 bulan puasa dan sifat teruja memang tak dapat dipisahkan.
we all pun turut sama beratur. tapi we all beli separuh je. 

 macam tempayan nak perah soya untuk buat kicap


berkobar-kobar nak makan masa berbuka.
namun demikian (wah skema ayt) sangat kecewa bila ayam ni dah masuk ke mulut. 
erk....pada pendapat aku, tak tahu tang mana yang sedapnya sampai orang beratur panjang-panjang.
udah la takde rasa rempah ke apa. tawar semata-mata.
bila dok kunyah dan sampai ke tekak,
 rasa macam ayam busuk. cium dengan hidung, bau busuk macam ayam lama juga.
sos pencicah pulak rasa hangit semacam. mujur beli separuh je. tapi rasa menyesal la juga. membazir duit je.

tahun ni tak mo beli dah.

Friday, June 7, 2013

BASKIN ROBBINS CAKE TO YOU

semalam hari jadi suami aku. time kapel-kapel dulu, mane penah kitorang celebrate beria-ria. 
just bagi hadiah @ bagi kad @ makan-makan @ kek pun sepotong je (tu pun kalo ade la). masa bercinta zaman belajar-belajar dulu kitorang memang berjimat habis la. dapat makan sizzling mee dekat food court kinta city tu kira dah bangga gila ok! bila kitorang dah start kerja baru la dapat merasa secret recipe dan lain-lain restoran ber "air cond". so disebabkan first time nak sambut berdua setengah (campur baby dalam perut)  ni, gigih aku cari cake ais krim ni. walk in je. kira nasib baik la ade satu lagi kek kecik yang sesuai dengan bajet. nak lagi best, better korang tempah dulu kek di baskin robbin tu. tak payah tanya la ais krim baskin robbin ni sedap ke tak, sebab memang sedap pun. 



pastu aku bagi laki aku sehelai kemeja uniqlo dan sekeping kupon permintaan. konon-konon dia boleh minta apa saja dari aku. satu permintaan je. mana aku dapat idea kupon permintaan ni? wahahaha...mesti la dari drama korea. tak sia-sia aku suka tengok drama korea.
(siapa yang tercari-cari hadiah untuk husband@wife boleh tiru) 
ok bye!

CONTOH SOALAN TEMUDUGA

soalan yang biasa penemuduga kerja gomen tanya adalah......
 tak kisah la untuk jawatan apa.

  1. nama sultan@raja negeri korang.
  2. hala tuju hidup
  3. kenapa saya perlu ambil awak untuk jawatan ini
  4. about me (diri sendiri ok!)
  5. apa maksud transformasi?
  6. pasal hari belia
  7. nama menteri
  8. pasal harga minyak
  9. pasal jawatan yang dipohon
  10. visi, misi
  11. gst
  12. biasanya minta pendapat berkenaan sesuatu isu
  13. pasal NKRA
  14. dasar ekonomi baru
  15. pasal PLKN


sumber dari google
duduk biar smart. jangan bersila sudah la.
semoga berjaya

Monday, June 3, 2013

CONTOH SOALAN BITK


Cara bagi mengimbang Buku Vot dengan peruntukan yang dibenarkan adalah dengan menjumlahkan
ketiga-tiga ruang di dalam Buku Vot iaitu baki bersih dengan

            A         tanggungan bersih dan perbelanjaan bersih
           
B          tanggungan dijelaskan dan perbelanjaan bersih
           
C         tanggungan dikenakan dan perbelanjaan bersih
           
D         tanggungan belum selesai dan perbelanjaan bersih


 
Siapakah yang dibenarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi meluluskan panjar ?

            A         Pegawai Pengawal
           
            B          Akauntan Negara Malaysia
           
            C         Pengarah Pejabat Perakaunan
           
            D         Ketua Setiausaha Kementerian



 
Apakah jenis panjar yang diperuntukkan sejumlah wang tunai dalam Kumpulan Wang
Disatukan untuk memudahkan perbelanjaan berkala dan hanya dipertanggungkan setelah
bayaran sebenar sahaj dibuat dari panjar tersebut.

            A         Panjar Unit
           
            B          Panjar Gaji
           
            C         Panjar Wang Runcit
           
            D         Panjar Seperduabelas / Tiga Perduabelas

 
Pejabat Pelajaran Daerah adalah merupakan pejabat yang melapur kepada Pejabat
Pelajaran Negeri yang menyelenggara Panjar Wang Runcit berjumlah RM700.00. 
Berapakah tambahan yang boleh dipohon oleh pejabat tersebut mengikut had amaun yang
ditetapkan seperti Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/2002?

            A         RM 300.00
           
            B          RM 500.00
           
            C         RM1,000.00
           
            D         RM1,300.00

 
Sejumlah wang yang diberikan khas kepada Hospital bagi tujuan membayar balik deposit
hospital kepada pesakit ialah

            A         Panjar Wad Hospital
           
            B          Panjar Hasil Hospital
           
            C         Panjar Pesakit Hospital
           
            D         Panjar Wang Runcit Hospital