Klik Nuffnang Ads

Sunday, January 30, 2011

SENYUM

Assalamualaikum....

Kenapa kita senyum?
Sebab kita happy. Tapi kalo tak happy pun kene senyum juga untuk menaikkan mood yang sedang down.

Dekat kaunter Hospital Kuala Kangsar pun ada tertulis "tegurlah saya jika saya tidak senyum" sampai begitu sekali kita perlu berpura-pura untuk senyum.

Tapi saya pernah ternampak seseorang senyum tanpa arah tujuan.
Seram weh!
Depan komputer senyum, keluar dari tandas pun senyum (maybe sebab bersyukur 'hajat' dah tertunai), keluar dari bilik pun senyum juga. Nak pakai kasut pun senyum.
Adakah itu penyakit hypersenyum?

Yang pasti biarlah kite senyum pada orang dengan hati yang ikhlas. Jika senyum tanpa arah tujuan pun pelik juga.


*thanks for en. google!

Mood: Menceriakan diri sendiri.


Bye.

Saturday, January 29, 2011

HATE THIS FEELINGS!

Haih,

Mode: SEDIH :(

walaupun hati aku kental tapi kenapa diuji sebegini??
semoga doa-doa kite didengari ALLAH. Amin.....
T_T

Friday, January 28, 2011

NOT IN A GOOD MOOD

semenjak aku tahu ada jin buncit yang baca blog aku ni, rasa malas nak tulis tentang hati dan perasaan kat sini. huh!

Saturday, January 22, 2011

CERITA TENTANG PERFUME

Assalamualaikum.....

Dulu masa zaman sekolah menengah, aku hanya pakai cologne johnson&johnson or cologne cap indo je (lupa ah brand ape).

Aku memang suka betul la benda2 kecantikan ni even aku bukan la seorang yang cantik pon. T_T

Tapi sekarang aku dah beralih arah ke arah perfume yang mampu dimiliki. Hehehe.....
Kirenye, "gua tak pakai cologne dah der!"*Ayat cam nak kene lempang.

Biasanya aku beli perfume botol kecik. Samada 30 ml or 50 ml je, bukan sebab aku kedekut tapi sebab aku nak perfume tu cepat abis dan senang la aku beli perfume baru. (",)

Dari pengetahuan aku yang cetek ini, perfume a.k.a produk wangian ade 3 jenis.

1. Eau De Parfum (EDP)-tahan lama, sedikit mahal berbanding yang lain, pati minyak wangi.
2. Eau De Toilette (EDT)-tak tahan lama, murah sikit dari EDP
3. Eau De Cologne (EDC)-biasanya dalam koleksi wangian lelaki, pakai lepas mandi, aku jarang jumpe.

Jika u all pergi kat kaunter barangan kosmetik, u all bole tanya kat salesgirl tu samada perfume tu dalam kategori yang mana. Nanti diorang akan cerita details tentang perfume. Kalo berat mulut nak tanye, u all tengok la bawah botol perfume tu. Memang ade tercetak : EDP, EDT or EDC.

Setakat umor aku ni ade la dalam 3-4 botol perfume dah aku try. Faktor aku pilih perfume tu sebab baunye yang best ala bau bunga. Aku tak suke perfume berbau keras or bau buah.

Jika kita pakai perfume haruslah spray di tempat strategik like leher dan belakang tangan. Tips dari aku, kalo u all jenis rajin bertemu dengan orang dan memerlukan bersalam dengan ramai orang, u all boleh la spray kat telapak tangan. Jangan banyak sangat, nanti pening pula orang sekeliling tu~

Pernah pakai perfume The Body Shop (TBS)? Menurut pendapat kawan aku, perfume TBS
kurang tahan lama di badan. Kene spray sampi separuh botol pun belum tentu bau tersebut tahan lama kat badan u all.
*aku penah try juga. memang tak tahan lama. kene pakai sekali dengan shower gel dan losyen die baru la tahan lama sikit.

Perfume Jennifer Lopez bagi aku paling hot! Sebab setiap kali kita beli, cam ade free gift pulak kat botol perfume tu. Ring or keychain hp. Tahap kewangian die, tok sah cite la sebab memang super power beb!



perfume ni pun best. akak aku pernah belikan untuk aku dulu.
*thanks to clinique website!

FYI; perfume yang dah kite gunakan, tak boleh simpan lama-lama. Maksud aku, lepas dah buka kotak die, jangan la korang bajet nak pakai sampai 2-3 tahun sebab bau perfume tu akan berubah.




p/s: pada pendapat aku, perfume yang djual kat pasar malam or tapak expo tu tak ori langsung! air semata2~

p/s: if u all rasa info aku tak betul, share la info yang u all tahu ye!





Bye. Thanks for reading this entry.

Sunday, January 16, 2011

KORANG PAKAI MASK TAK?

Hi semua,

Biasanya kite manjakan muka kita dengan pencuci muka, penyegar (toner) dan pelembap.
Kalo yang suka nak tempek menempek benda lain, mesti akan try guna scrub dan mask.
So marilah kita tambah pengetahuan tentang mask yang ada kat pasaran sekarang.


1. Clay Mask
Mask ni jenis pupur@ala tanah liat. Tak perlu letak air sebab memang dah tersedia lembap. Terdapat dalam bekas dan jenis tiub. Kite just sapu kat muka kasi rata dan biarkan 10-15 minit sampai kering. After that kita boleh cuci dengan kapas yang direndam air suam. Aku suka yang ni sebab lepas pakai rasa tegang muka dan segala blackhead dan whitehead akan hilang.


*credit to the body shop website


2. Peel-OFF Mask
Mask yang ni jenis lutsinar@gel. Bila tempek kat muka 10-15 minit, kita boleh kopek mask ni sikit-sikit. Then baru cuci dengan air suam. Time tunggu die kering, kita akan rasa sensasi sejuk je kat muka. (",)


*copy from nivea website


3. Mask Sheet
Mask ini macam helaian tisu lembap. Memang dah siap ade lubang untuk mata dan mulut. Ala-ala topeng power rangers yang kite pakai masa main lawan-lawan di zaman kanak-kanak dulu. Cam biase la, kene tunggu kering baru la kita cuci bersih.


*thanks to elianto website for beautiful image


Time kita pakai mana-mana mask sekalipun, jangan pula kita bercakap or buat keje lain. Kita kene duduk rileks ala-ala Snow White beradu atas katil je. Baru la mask tu dapat meresap ke dalam kulit dengan cepat dan mudah.

Bagi yang nak jimat kos, U all boleh ambil sebiji telur dalam peti ais, tapi kita cuma amik putih telur sahaja dan letakkan dalam bekas. Then, u all ambil kapas jenis petak, tekapkan kapas tu dalam putih telur dan bersedia la untuk tempek di muka U all. Nak lebih bagus, tambahkan perahan lemon ke dalam putih telur tersebut ye.

Golongan bf-bf a.k.a lelaki pun boleh try pakai mask. Jangan ingat gegirl je yang sesuai dengan mask-mask tersebut. Selamat mencuba.






Terima kasih jika terbaca.