Klik Nuffnang Ads

Sunday, July 3, 2011

part 1: SOALAN TEMUDUGA

Soalan wajib penemuduga tanya mesti la tentang latar belakang diri.
So kita mesti bersedia nak jawab nama apa?
kerja apa sebelum ini?
belajar kat mana?
tinggal kat mana?

Jadi saya nak share satu benda (based on my experience ni), selain perkara-perkara yang saya sebut kat atas, penemuduga mula la tanya soalan mnguji minda kononnya seperti asal usul tempat tinggal anda. Tambahan pula kalau nama taman atau pekan atau bandar yang anda tinggal tu pelik sikit bunyinya. Contoh jawapan "Nama saya Ali Bin Aaron Aziz, Saya kerja di Pasaraya RMK sebagai kerani akaun, saya mempunyai ijazah dalam bidang pemasaran antarabangsa di UUM dan sekarang saya menetap di Taman Batu Berkilau, Ipoh." (contohnya la)

Ada juga penemuduga yang 'kagum' dengan nama taman perumahan kita tu akan tanya, macam mana ye Taman tu dinamakan sebegitu ye?

Dan kita sudah pastilah tak pernah nak terfikir kenapa nama taman perumahan tu macamtu kan?

Takkan kita nak jawab "cuba encik tanya pemaju perumahan taman tu. sebab saya tak pasti kenapa namanya sebegitu."

Sah-sah diorang reject kita terus kan?

Jawapan yang paling selamat ialah dengan menipu sunat. *_*

Kita jawab macamni " dulu arwah moyang saya pernah cakap kat mak saya, kawasan taman batu berkilau ni ada satu anak sungai. dalam anak sungai tu ada banyak batu yang berkilau-kilau. maka dinamakan lah nama taman tu taman batu berkilau."


Terpulang la pada penemuduga tu nak percaya ke tak. Asalkan kita menjawab soalan yang ditanya. Jangan terus cakap tak tahu.

Ok, Bye!

KLINIK KULIT

  1. Klinik Nagoke S/B
No. 9, Laluan Sungai Durian,
31800 Tanjung Tualang, Perak
05-3609217
komen: servis bagus walaupun keadaan klinik yang tak indah. harga dalam kemampuan juga la.
masalah jerawat? alergi kulit? datang la kat sini. betul-betul di pekan Tanjung Tualang. orang pun ramai. 
clinic hours: isnin-jumaat 8.30 pagi until 5.30 pm, ahad dan hari kelepasan am cuti, sabtu dari 8.30 am until 1.30 pm
DISINI TIADA SERVIS SUNTIKAN VITAMIN C


2. Klinik Choo

No, 70, Lebuh Medan Ipoh, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
(dibelakang Jusco Kinta City) 05-5487468
komen: servis bagus, pembantu klinik pakai uniform tuh! harga ok tak mahal. masalah jerawat? alergi kulit? jangan malu-malu datang sini.
clinic hours: isnin hingga sabtu dari 9.00 am - 1.00 pm, 2.30 pm - 7.00 pm
ahad dan public holiday tutup.

note: sebelum2 ni sangat femes, orang makan @ jual VCO sana sini. Saya yang jenis cepat terpengaruh dengan iklan2 ni terus beli sampai 5 botol. Baru makan sebotol, muka naik jerawat mencanak-canak. *Seram ok!. Thats why saya pegi ke klinik Choo tu....
(BERKENAAN SUNTIKAN VITAMIN C, BOLEH CALL KLINIK NI TANYA ADA KE TAK)

p/s: saja nak share klinik yang pernah saya pergi.
sekurang-kurangnya kalo ada yang google cari klinik kat sekitar perak ni,
boleh la singgah blog ini. Oh, harga servis di bawah RM100 JE. Ok, Bye!

PERKARA SEKALI SEUMUR HIDUP YANG KITA BUAT

  • Amik exam dan result UPSR
  • Amik exam dan result PMR dan SPM
  • Bersunat
  • Belajar kat IPTA/IPTS
  • Pegi konvo
  • Kahwin
Entry tak de motif. Ok, bye!