Hai
korang! Cuba bagitahu perempuan mana yang tak suka bergaya? Bukan semua
perempuan macam Kim Hye-jin watak dalam She Was Pretty tau! Tambah-tambah
gegadis Malaysia ni. Semua jenama popular, kami para gegadis tahu. U name it!
Trend
fesyen Muslimah nowadays yang glamer menyebabkan
banyak kemunculan koleksi fesyen Muslimah terbaru yang lebih moden macam tudung
terkini. Tudung terbaru yang ada sekarang ni lebih moden daripada segi rekaan
berbanding dengan zaman aku pakai tudung nak pegi mengaji dulu. Lupakan tudung
bawal tiga segi buat seketika, kawan-kawan. Mari kita beralih ke sesuatu yang
lebih segar dan ‘in’ sekarang.
Of
couse ini hasil usaha para pereka fesyen Malaysia yang cukup berbakat dan
sentiasa komited nak pastikan koleksi fesyen tudung terkini wanita diterima
ramai hijabista di luar sana. Sampaikan aku tak
sempat pakai tudung baru dalam almari, dah keluar koleksi baru lagi. Parah poket
akak!
Ada
apa dengan tudung dan fesyen? Kedua-dua ini saling kait antara satu sama lain
ibarat irama dan muzik. Macam tu juga la kalau korang pakai baju mesti dengan
seluar atau skirt. Kalau takde fesyen, mesti tak wujud gaya tudung terbaru. Dan
kalau takde tudung, mesti suram je pentas peragaan fesyen. Asyik hired model
berambut kepuk je. Sesekali nak juga tengok model berhijab kan. Tahu tak betapa pentingnya dua benda ni yang setiap satunya
menyokong satu sama lain. Koleksi tudung hijabista terkini dengan gaya fesyen
yang lebih segar jadi pilihan wanita urban di Malaysia.
Antara tudung terkini wanita yang
sangat popular masa kini tentunya selendang atau biasa kita panggil shawl. Anak
muda remaja memang suka sangat pakai shawl. Kenapa orang suka pakai shawl?
Sebab senang nak matchkan dengan apa saja pakaian bagi nampak trendy dan
mengekalkan keayuan korang time berjimba-jimba di IOI City Mall.
Trend
selendang terkini glamer dalam kalangan gegadis muda. Diorang cukup minat sebab
gaya yang ringkas tetapi cukup bergaya. (Sebenarnya kami perempuan ni, malas
nak iron tudung lama-lama) Selendang terkini yang moden juga ada sifat versatile
sebab boleh match dengan apa saja persalinan kegemaran korang. Banyak butik
fesyen Muslimah online yang menawarkan pelbagai koleksi selendang murah
daripada pelbagai jenama popular! Korang just add to chart je. Online banking
dan tunggu depan pintu rumah.
So
tidak heran la dengan pengaruh tu diorang berjaya buat trend selendang
hijabista menjadi lebih popular dalam
industri fesyen Malaysia. Korang boleh search tutorial selendang yang banyak di
alam maya. Kita semua boleh belajar cara pakai shawl dengan gaya baru. Tutorial
paling aku ingat ialah tutorial brader jual shawl kat pasar malam tu. (Penah
tengok tak?) Asalkan jangan pakai tudung saji dah la. Terperanjat mak mertua
nanti.
Nak
tengok fesyen hijabista terbaru? Jom jenguk Zalora Malaysia.