Klik Nuffnang Ads

Thursday, November 26, 2015

GADIS DAN HIJABISTA BERPISAH TIADA




Hai korang! Cuba bagitahu perempuan mana yang tak suka bergaya? Bukan semua perempuan macam Kim Hye-jin watak dalam She Was Pretty tau! Tambah-tambah gegadis Malaysia ni. Semua jenama popular, kami para gegadis tahu. U name it!

Trend fesyen Muslimah nowadays  yang glamer menyebabkan banyak kemunculan koleksi fesyen Muslimah terbaru yang lebih moden macam tudung terkini. Tudung terbaru yang ada sekarang ni lebih moden daripada segi rekaan berbanding dengan zaman aku pakai tudung nak pegi mengaji dulu. Lupakan tudung bawal tiga segi buat seketika, kawan-kawan. Mari kita beralih ke sesuatu yang lebih segar dan ‘in’ sekarang. 

Of couse ini hasil usaha para pereka fesyen Malaysia yang cukup berbakat dan sentiasa komited nak pastikan koleksi fesyen tudung terkini wanita diterima ramai hijabista di luar sana. Sampaikan aku tak sempat pakai tudung baru dalam almari, dah keluar koleksi baru lagi. Parah poket akak!




Ada apa dengan tudung dan fesyen? Kedua-dua ini saling kait antara satu sama lain ibarat irama dan muzik. Macam tu juga la kalau korang pakai baju mesti dengan seluar atau skirt. Kalau takde fesyen, mesti tak wujud gaya tudung terbaru. Dan kalau takde tudung, mesti suram je pentas peragaan fesyen. Asyik hired model berambut kepuk je. Sesekali nak juga tengok model berhijab kan. Tahu tak betapa pentingnya dua benda ni yang setiap satunya menyokong satu sama lain. Koleksi tudung hijabista terkini dengan gaya fesyen yang lebih segar jadi pilihan wanita urban di Malaysia.

  



Antara tudung terkini wanita yang sangat popular masa kini tentunya selendang atau biasa kita panggil shawl. Anak muda remaja memang suka sangat pakai shawl. Kenapa orang suka pakai shawl? Sebab senang nak matchkan dengan apa saja pakaian bagi nampak trendy dan mengekalkan keayuan korang time berjimba-jimba di IOI City Mall.




Trend selendang terkini glamer dalam kalangan gegadis muda. Diorang cukup minat sebab gaya yang ringkas tetapi cukup bergaya. (Sebenarnya kami perempuan ni, malas nak iron tudung lama-lama) Selendang terkini yang moden juga ada sifat versatile sebab boleh match dengan apa saja persalinan kegemaran korang. Banyak butik fesyen Muslimah online yang menawarkan pelbagai koleksi selendang murah daripada pelbagai jenama popular! Korang just add to chart je. Online banking dan tunggu depan pintu rumah. 




So tidak heran la dengan pengaruh tu diorang berjaya buat trend selendang hijabista  menjadi lebih popular dalam industri fesyen Malaysia. Korang boleh search tutorial selendang yang banyak di alam maya. Kita semua boleh belajar cara pakai shawl dengan gaya baru. Tutorial paling aku ingat ialah tutorial brader jual shawl kat pasar malam tu. (Penah tengok tak?) Asalkan jangan pakai tudung saji dah la. Terperanjat mak mertua nanti.

Nak tengok fesyen hijabista terbaru? Jom jenguk Zalora Malaysia.




3 comments:

  1. suke tudung naelofar instant shawl..senang pakai...sarung je. :)

    ReplyDelete
  2. hheh..style2 juga tapi kena cover aurat juga kan macam shawl tu cover chest area ^_^

    ReplyDelete