Klik Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2016

PANCAKE UNTUK TODDLER

MARI BUAT PANCAKE MUDAH UNTUK ANAK-ANAK ANDA

RESEPI INI SESUAI UNTUK TODDLER BERUSIA 1 TAHUN KEATAS. 
YANG ADA GIGIT DAN PANDAI KUNYAH2. NYUM2 JE. MUAHAHAHHA.....

BAHAN-BAHAN:
-1 cawan tepung gandum (saya ayak tepung ni/tak ayak pun takpe)
-1 cawan fresh milk (kalau takde, guna 1 cawan air masak)
-1 biji telur (tak kisah gred apa. abaikan jika anak alergi telur)
-1 sudu kecil baking powder
-2 sudu besar gula atau madu atau setitis stevia
-1 sudu kecil esen vanila (nak bagi wangi)
-2 sudu besar minyak jagung atau minyak zaitun atau minyak masak biasa

CARA-CARA:
-blend @ kacau gaul semua bahan di atas sampai sebati dan gebu.
-masak di dalam kuali non stik. tak perlu letak minyak dalam kuali.
-tetapi kalau guna kuali biasa, cuma lap-lap saja permukaan kuali dengan sedikit minyak.
-biarkan permukaan pancake bergelembung, terbalikkan. tunggu agak kekuningan dan sedia untuk
di hidang.
-mak budak pun boleh makan.


pamcake yang guna sukatan cawan ni mudah dan ringkas je. boleh dapat 4-5 keping untuk adunan yang aku bagi ni.
 Pancake versi mak budak

Pancake versi anak kecil

Saturday, April 23, 2016

DI MANA NAK BELI BAJU BRIDEMAIDS MURAH?

Wah....indahnya majlis kahwin di hadiri kenalan rapat kan. Kalau ada kawan@sedara rapat, boleh pakat-pakat jadikan diorang bridemaids uols di hari perkahwinan nanti.
 Jom cuci mata dengan koleksi baju bridemaids yang simple, murah, menawan dan sedondon ini. Cekedauu....

1. POPLOOK
siapa tak tahu gedung fesyen tersohor di alam maya ini kan. kadang-kala setiap hujung minggu ada sales yang dibuat. boleh jenguk jenguk untuk dapatkan harga murah. kalau bridemaids sampai 10-20 orang, memang kene fikir bajet untuk spend baju mereka kan. jadi, di sini la tempatnya. baju warna plain yang cantik-cantik. Plus size pun ada tau!

2. ZF JUBAH SHOP
bagi penggemar jubah@dress labuh yang simple dengan harga murah, di sini la facebook yang korang harus tengok. RM55 termasuk pos sehelai. Saiz pun pelbagai. Akak dah penah beli sehelai. kain tak jarang. tak melekap dan tak panas. Lokasi kedai di Johor tapi akak beli melalui whassap. Memang penjual yang dipercayai lah! ZF JUBAH SHOP



3. KWC FASHION MALL
atau lebih dikenali dengan nama Kenanga Wholesale Mall. Kenanga City pun boleh bah!
Boleh beli borong dengan harga borang juga. Tapi kalau akak-akak berbadan sado, macam kurang ada saiz di sini.

4. BUTIK ZAWARA 
banyak cawangan di Malaysia. Korang kene alert dengan diskaun hebat yang mereka tawarkan. Disebabkan ke'alert' tan akak lah, akak tahu diorang tengah buat sales di MENARA MARA PADA 23 DAN 24 APRIL 2016 NI. Murah beb. boleh borong banyak untuk bridemaids.



5. Gio Fabric, Kamdar, Nagoya. Laila Fabrica
Kalau tak nak pakai baju sama design, tapi nak warna yang sama, bride to be boleh borong sakan kain kat sini. Beli kain bermeter-meter, agihkan pada bridemaid, 4 meter seorang.



Thursday, April 21, 2016

RESEPI BROWNIES MUDAH

RESEPI BROWNIES GUNA SUKATAN CAWAN YANG MUDAH DAN SIMPLE JE.

BAHAN-BAHAN

3/4 ketul butter
400g blok coklat masakan ni takleh la masuk cawan 
kalau korang beli 600g, anggaran dalam 1/2 blok lebih sikit

ok panaskan double boil dua bahn di atas bagi cair biar suam kalau sejuk, coklat jadi keras susah nak kacau nanti.
4 biji telur gred A  ATAU 5 biji telur gred b 
1 cawan gula castor ( SAYA TAKNAK MANIS JADI GUNA 3/4 CAWAN JE)
sedikit esen vanilla gaul rata

selepas itu boleh masukkan bahan yg suam tadi kacau jugak bagi rata.
ayak kan 3/4 cawan tepung kek/tepung gandum bersama 1 sudu kecil baking
powder dan 1/4 cawan serbuk koko

masuk sikit-sikit dalam bahan yang di kacau tadi dan gaul rata

alas kan loyang dgn baking paper

tuang adunan dan panas kan oven
di bakar suhu 170 masa 35-40 mnt
ikut oven masing2 biar sejuk baru die bekedut hehehe
SIAP! DAN NGAP!


Friday, April 15, 2016

PETUA DEMAM DENGGI

1. MINUM 100+ blend dengan tembikai dan minum kerap

2. Buat sup ketam

3. Cari pucuk daun betik, rebus dan minum sikit-sikit tapi kerap atau boleh beli air pucuk betik yang dah siap RM10 SEBOTOL. Kadang-kadang ada jual di kedai runcit atau kedai mamak. Dalam fb pun ada ejen yang menjualnya.

4. Ambil ubat denggi dengan pakar homeopathy.

5. Minum jus jambu pink Marigold PeelFresh.



6. Minum air masak sebanyak mungkin dalam sehari.



 SELAMAT MENCUBA!

Saturday, April 9, 2016

FEBREZE HOMEMADE

Tips berjimat harini adalah cara untuk buat febreze sendiri. 
Mudah ringkas dan senang je. 

BAHAN-BAHAN;

-BOTOL PENYEMBUR
-1 SUDU BESAR SODA BIKARBONAT (AGEN PENYERAP BAU)
-1 PENUTUP DOWNY ATAU SOFLAN

CAMPUR SEMUA BAHAN, GONCANG-GONCANG
SESUAI UNTUK SEMBUR KE SOFA, TILAM ATAU LANGSIR. 
BOLEH JUGA UNTUK SPRAY SEMASA IRON BAJU. 




DIY BEDUNG BAYI

Hai semua,

Bahan bahan untuk buat bedung bayi adalah
- semeter kain cotton flannel.
Beli di nagoya RM 6.80 semeter. Boleh dapat sehelai bedung bayi. Harga tahun 2016 (april)
Harga di GIO FABRIC BANGI PUN RM6.80 SEMETER. APRIL 2016

Kain cotton flannel ni tak panas pun. Nak buat barut bayi pun boleh guna kain ni.

 Ini contoh material kain cotton flannel tu.
Lembut je lepas dibasuh. Tak tebal.





Mudah je sebenarnya. Kalau ada mesin jahit, anda boleh terus jahit kemas bedung tu.
Atau pun hantar ke tukang jahit yang amik upah jahit tepi. Kalau rajin boleh je nak jahit jelujur di sekeliling kain bedung tersebut. Ni tips bagi ibu ibu yang rajin buat sendiri dan nak berjimat.

Kos tak mahal mana pun. Aku tak galakkan korang beli bedung moden yang jenis zip- zip tu. Sebab kurang praktikal bagi aku. Lebih kepada untuk bungkus bayi je aku tengok. Kalau bedung guna kain batik pun lagi kemas.

Tapi jika tak sempat nak jahit sendiri, boleh la beli di kedai bayi. Tapi kene tengok ukuran bedung tu juga. Semestinya corak kain yang pelbagai. Ada yang saiz terlalu kecik. Ala2 muat untuk anak patung je.

Kalau nak tempah jahit bedung, aku rekemenkan sis TOKO ANGGERIK. Boleh rujuk Facebook beliau. Ada senarai harga dam corak yang available. Harga tak mahal sangat.

Saturday, April 2, 2016

Apa yang perlu ada di rumah jika awak ada anak kecil?

Wah...panjang tajuk kali ni. Saja je nak tulis pasal ni. Sebab benda-benda ni macam wajib ada dekat rumah i.


Sterimar baby
Kalau baby flu, hidung tersumbat dengan tahi hidung yang diorang sendiri tak pandai korek. This product is recommended bebeh! RM26.++ di Watson

Krim herba telon tropika
Penting untuk kembung perut baby, flu, batuk berkahak.
Sapu je kat dada anak uols. Rm35 (minta kurang harga) Atau RM100 dapat tiga kotak.



Termometer
Penting untuk cek suhu badan anak.  Beli ikut kemampuan dan keserasian parents.
Cari di farmasi. Lazada pun ada. Ada jenis infrared, jenis letak di ketiak.

Lemon dan madu
Bagi perahan lemon campur madu untuk anak setahun keatas yang batuk. Aku biasa beli madu di Cosway. Buat mandian perahan lemon untuk anak yang demam pun boleh.

Ubat demam
Tak kisah la ubat masuk ikut bontot ke, syrup paracetamol yang baby boleh telan ke.
Prepare je. Bukan digalakkan sangat untuk bagi pada anak pun. Kalau kecemasan boleh la guna.

Wet tissue non alkohol non fragrance
Malam-malam drypers baby dah penuh. Tak kan nak angkat anak masuk toilet. Lap2
Kawasan yang sepatutnya. Kikiki....


Itu je yang sempat aku fikir. Ada nak tambah apa-apa?


Friday, April 1, 2016

Restoran Sepiring @ IOI City Mall

Apa sepiring tu? Ha...ni la aku nak cerita ni.
Sepiring adalah sebuah restoran yang terletak berdekatan ICE skating dalam IOI City Mall Putrajaya.


Komen aku:

Dekorasi kedai yang cantik.
Pencahayaan dalam kedai terang.
Makanan Malaysia yang enak. Pulut kuning dan kari ayam pun ada tau.
Range harga yang berpatutan.
Kalau sabtu ahad, mana mana kedai makan dalam IOI city mall memang sangat la ramai.
Nampak bersih.
Saiz hidangan berpatutan untuk seorang makan.

Time aku makan ni time weekdays. Jadi ada sesetengah menu yang murah disertakan 
sekali dengan iced peach tea. 

LAKSA PENANG 


   BUBUR CHA CHA 
  (aneka ubi) sedap tau!


NASI GORENG CLAYPOT 
tapi tak di hidangkan dalam claypot pun


ni bahagian syiling restoran.

durian crepe pun ada tapi dalam menu nama lain. Iaitu durian cake.


ada kids meal tau! boleh bawa anak-anak.



Kebarangkalian untuk datang lagi? Tak kot. Maybe tahun depan pula. Huihuihui.....