Klik Nuffnang Ads

Thursday, October 13, 2016

PENGALAMAN MENGINAP DI AVILLION PORT DICKSON

HAI SEMUA

baru-baru ni, kami satu family pegi bercuti di port dickson. feeling-feeling che ta kononnya. tapi takde la beria berbaju boria. hahaha...

kami pilih untuk tidur di AVILLION RESORT PORT DICKSON. saja pilih tempat yang dekat asalkan dapat merasa tido hotel seketika sambil bawa ank berjalan-jalan.

suami aku booking online je melalui website Avillion Resort ni sendiri. RM448 untuk satu malam termasuk breakfast buffet. Harga pada hari bekerja tau. Harga ini, untuk garden chalet. Beach Chalet harga lain ya.

Kami check in jam 3 petang. Tapi garden chalet yang kami dapat tu perlu naik tangga. Petugas kaunter tanya, u all ok ke sebab kene naik tangga? Kalau tak nak, diorang offer untuk tukar ke beach chalet tanpa caj. Aku pun apa lagi, suka la sebab dapat chalet atas air. Kalau garden chalet berdekatan denga swimming pool.

Malangnya beach chalet yang ditawarkan bukanlah view yang cantik. tapi apa ada hal. bukan view yang buruk sangat pun.

menarik juga resort ni. sebab suasana yang nyaman, bersih dan ala perkampungan melayu. Masa kami datang sana, ramai pelancong asing menginap di situ. Di sini ada 3 kolam renang ya. satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa yang terletak berhadapan garden chalet. Kebanyakan pelancong tempatan mandi-manda di sini/ Ada satu lagi kolam renang yang berdekatan beach chalet (swimiing pool ni lebih dimonopoli oleh pelancong asing/berbikini dan berspenda je mereka)

Kemudahan lain yang ditawarkan: ada SPA dewasa dan kanak-kanak, pusat aktiviti kanak-kanak (ada aktiviti berbayar disediakan),
ruangan galeri seni (ada lukisan cantik2), kedai cenderamata, restoran, mini zoo, replika kereta kuda pun ada.

masa kitorang sampai sana, air laut masih cetek. so bawah chalet kami belum ada air lagi. bila dekat senja baru air pasang. maka dapatlah kita dengar bunyi air menghempas batu-batu kat bawah chalet tu. Syahdu sungguh. macam tidur di perkampungan nelayan pula. kikiki....

 Permandangan dari balkoni chalet

 Permandangan dari tingkap bilik ke bilik air

 Shower part adalah konsep open air.
Bath tab pun ada.


Ni view dari pintu masuk bilik kami.


bilik yang ditawarkan juga berbaloi dengan harga. rupanya kalau booking melalui website diorang, kami dapat baucer makan RM88. tak kisah nak guna untuk makan malam atau tengahari. maka kami guna baucar tu untuk minum petang sambil tunggu anak mandi kolam. memang santai lah. mungkin sebab tak ramai pengunjung pada waktu tu. heaven oh!

Pada pendapat aku, berbaloi la apa yang ditawarkan di sana dengan apa yang kami bayar. Aum...


1 comment:

  1. Nmpk ramai orng g...ada pun review dr blogger..eh2..tntng minyak tu..meh2lah whatsapp cikmah 0176626152..mmg bagus tau minyak tu.

    ReplyDelete