Klik Nuffnang Ads

Tuesday, November 22, 2016

sambungan: SOALAN YG PARA IBU TANYA TENTANG SOLIDFOOD BAYI

PART 2...

11) Beri anak makan, tapi anak macamtak suka dan tak mahu makan.Beri air kosong pun tak nak minum
.Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru.
Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima.
Jangan paksa.
Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas.
Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah
diproses perut anak.
Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan.
Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis
dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
Aku guna tepung gandum Faiza

16) Kenapa perlu rendam bijirin(beras perang, rolled oats, barli etc)?
supaya lebih mudah dihadam oleh bayi,
dan ianya adalah kategori biji benih

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen danyang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?Tak boleh. Tak sesuai.
Banyak gula, bahan pengawet. Lepas anak aku dua tahun, ada juga aku bagi tapi secara berkala.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats.
Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam.
Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.
Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.

19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja.
Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas.
Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu
jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut.
Kaedah ini bagi memastikan makanan itu
tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan,
sembelit, cirit-birit dan sebagainya.
Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah
menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula.
Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

Wednesday, November 16, 2016

10 SOALAN YANG BIASA IBU-IBU TANYA TENTANG SOLIDFOOD

PART 1...

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.

2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi,
tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak
sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak.
Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa.
Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang
dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan?
Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata.
Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal,
pear, labu supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat.
Boleh menyebabkan sembelit.
Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam.
Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti
cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan.
Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Stimkan guna pengukus. Ada juga di google untuk lebih lanjut.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar.
Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut,
termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan.

Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. 


AKAN BERSAMBUNG

Saturday, November 12, 2016

tips banyakkan susu tanpa shaklee

Tak menahan tajuk aku kali ni.
Hahaha...

saja je aku buat tajuk macamni sebab hampir kesemua blog yang aku kunjungi untuk aku cari maklumat pasal tips banyakkan susu, hujung2 perenggan mesti dok cerita pasal shaklee. promote shaklee. Yes, aku tahu shaklee tu memang bagus dan terbukti keberkesanannya. Tapi aku juga nak tahu tips galakkan susu tanpa modal besar.  zaman minyak masak naik, minyak petrol naik, darah tinggi naik, eh? Senang cakap, zaman yang perlu modal besar untuk sara hidup ni, kita perlu cari altenatif lain untuk berjimat. tak gitu!

Jom baca....

1. makan sesudu halba
makan sesudu halba setiap hari

2. minum air rebusan kurma merah
nak sedap, campur gula sikit. meinum tiap hari. boleh di beli di pasaraya bahagian rempah ratus
kedai ubat cina pun ada.

3. minum 3 liter air kosong

4. minum nestum

5. kerapkan pam. buat target. kalau korang seorang ibu bekerja, sila tampal sticky note depan komputer di workstation supaya korang ingat time untuk mengepam


ok tu je kot. bye!

Wednesday, November 2, 2016

Juadah Malaysia yang di hipsterkan

Mungkin gambar-gambar ni korang pernah tengok. 
Yang mana korang paling tak lalu nak makan? Cekedauwww...

karipap


roti jala


roti canai


ketayap


apam


laksa


laksam


apom


donut


kuih peria. terkenal di pantai timur semenanjung.
inti kacang hijau


nasi pelangi


sate