1)
Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri
makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari
berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta
pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan
sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.
2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi,
tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak
sesuaikan dengan benda baru.
3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3
sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak.
Nanti
perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa.
Anak
baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang
dah 4,5
bulan makan.
4) Kenapa tak boleh beri bubur
nasi seawal 6 bulan?
Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata.
Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal,
pear, labu supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber
karbohidrat.
Boleh menyebabkan sembelit.
Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7
bulan.
5) Puri boleh tahan berapa lama
di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam.
Di freezer, 4 bulan.
6) Cara pengendalian puri
apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti
cara pengendalian susu ibu.
7) Betik, pisang, avocado perlu
dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan.
Makanan yang sesuai untuk travel.
8) Bagaimana mahu buat puri?
Stimkan guna pengukus. Ada juga di google untuk lebih
lanjut.
9) Bila beri anak makan, mesti
beri air kosong?
Ya.
10) Anak 5 bulan lebih. Nampak
macam lapar.
Semua benda masuk mulut. Boleh
beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya
dalam mulut,
termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan.
Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan.
AKAN BERSAMBUNG
AKAN BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment