Klik Nuffnang Ads

Thursday, February 28, 2019

produk jenama Himalaya untuk rambut kelemumur

review time

minyak rambut himalaya ni sesuai untuk merawat kelemumur.
bau wangi.
seminggu guna tiga kali je.
cara guna: lumur@sapu di kulit kepala, urut-urut kulit kepala tu seminit. dan biar semalaman. guna sebelum tidur.
lepas bangun tidur, waktu nak mandi tu, boleh la syampu seperti biasa.
minyak rambut ni bukan untuk dipakai untuk keluar berjimba atau ke pejabat.

dari apa yang aku rasakan dari pengalaman aku, kelemumur di kepala aku pun berkurangan. memang aku nampak beza dia. kulit kepala yang kering-kering tu memang makin hari makin kurang. pastikan korang konsisten bila memakainya.

selain menggunakan syampu kelemumur, minyak rambut ni salah satu rawatan altenatif yang patut di cuba.

kebarangkalian untuk membeli lagi? YES YES YES kalau ada kelemumur lagi la.

*aku perasan sejak anak aku umur 2 tahun, rambut aku ada kelemumur yang banyak. stress jaga anak ke? 😆


Himalaya Anti-Dandruff Hair Oil


Dekat watson macam takde jual tapi dekat kedai himalaya ada. Harga RM3+.++ 
Lupa la.

Thursday, February 21, 2019

RESEPI CUCUR AYAM FOR KIDS

hello mak-mak sekalian 🙍

cucur ayam for your toddler (2-3 person)😋

1. hirisan ayam secukupnya. cincang halus dan tiada tulang.
2. 2 batang daun sup dihiris halus
3. 1/2 batang lobak merah disagat
4. secawan tepung gandum cap faiza
5. sebiji telur (tak kisah gred apa) (abaikan kalau anak alahan telur)
6. secubit serbuk ikan bilis homemade (untuk bagi rasa masin)
7. secubit garam (kalau tiada serbuk ikan bilis dan elakkan kalau anak belum boleh makan garam lagi)
8. 2 cawan air masak

-----------------------------------------------------------

cara buat:
-gaul rata semua bahan tadi ke dalam mangkuk
-panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng
-cubit-cubitkan adunan tadi masukkan ke dalam kuali untuk digoreng. guna sudu pun boleh.
-pastikan cucur betul-betul masak baru dibalik-balikkan.
-biar isi ayam dalam adunan cucur tu betul-betul masak.
-dah agak-agak masak, boleh la di angkat dan toskan minyak.
-sedia untuk di hidang kepada anak-anak.
-cicah sos tomato. 🙇




Monday, February 11, 2019

DRAMA KOREA BERGENRE PERCINTAAN REMAJA

1. MY ID IS GANGNAM BEAUTY (2018)
mengisahkan tentang heroin yang membuat pembedahan plastik sebelum dia pergi ke universiti. macam-macam kisah yang berlaku di universitinya. drama ni dapat rating yang tinggi walaupun disiarkan di kabel tv di korea.

https://en.wikipedia.org/wiki/Gangnam_Beauty

2. PLAYFUL KISS (2010)
mengisahkan seorang pelajar perempuan yang tidak popular di sekolah jatuh cinta dengan pelajar lelaki popular di sekolahnya. kelakar la drama ni. (macam biasa dengar dalam drama je kan tapi plot penceritaannya menarik) drama ini rating rendah di korea tapi banyak di tonton oleh penonton luar korea.

https://en.wikipedia.org/wiki/Playful_Kiss

3. THE HEIRS (2013)
mengisahkan seorang pelajar lelaki kaya yang jatuh cinta dengan gadis miskin. maka terjadilah konflik di dalam perhubungan mereka. masa drama ni masuk keluar di malaysia, aku tengah berpantang. so aku tak mengikuti sangat la drama ni. tapi drama ni rating tinggi di korea dan kebanyakan negara lain. mungkin sebab ada lee min ho dan park shin hye kot.

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Heirs

4. HEARTSTRINGS (2011)
ini kisah pelajar kolej yang mula-mula gaduh-gaduh lepas tu jatuh cinta. (plot cerita best)
berlatar belakangkan fakulti seni persembahan gitu! disebabkan fanbase hero-heroin drama ni kuat, rating drama ni di luar korea sangat memberansangkan.

https://en.wikipedia.org/wiki/Heartstrings_(South_Korean_TV_series)

5. BOY OVER FLOWER (2009)
cerita tentang 4 orang pelajar lelaki yang tampan, kaya dan angkuh di sekolah membuli seorang pelajar perempuan miskin. (macam biasala, mula-mula gaduh lepastu bebaik) drama ni rating paling tinggi di korea dan seluruh dunia. pelakon drama ni pun mencanak-canak popularitinya.

https://en.wikipedia.org/wiki/Boys_Over_Flowers_(TV_series)

6. PRINCESS HOURS (2006)
cerita pasal perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga diraja dan keluarga rakyat biasa kerana perjanjian atuk diorang. drama paling best la pada tahun tersebut. rating paling tinggi di korean dan di seluruh dunia. sampai hero-heroin nya terkenal walapun sebelum ni diorang ni pelakon biasa je. tapi lepas tu pelakon lelakinya sangkut kes dadah la. spoil betul. tapi sekarang hero tu pun dah ok dan bangkit kembali.

https://en.wikipedia.org/wiki/Princess_Hours


ini jela kot drama korean bergenre cinta remaja yang romantik dan popular di seluruh negara. drama korea ni best sebab scene diorang menarik. pemandangan pun indah je. selain itu dapat belajar budaya. kalau ada yang tak suka tu korang pun hal la. tahun 2019 ni, drama apa yang best pula ye.