Klik Nuffnang Ads

Tuesday, November 27, 2012

PELAMIN RUMAH

nikah 10.11.12
sanding 11.11.12
bertandang 25.11.12
terima kasih kepada adik beradik@saudara mara@kawan-kawan yang sudi datang walaupun
 korang tak pernah tahu kewujudan blog ini. 
heeeeeeee............

bantal hijau DIY juga
kalau ikutkan nafsu, memang nak pelamin grand-grand@5-6 panel, tapi bila memikirkan kehidupan selepas kawin (dengan gaji yang lambat masuk lagi) terus padamkan niat nak berborosan itu.

p/s: nasib baik ada dslr sndri, kalo nak tunggu gambar dr OP, tak tau bila. ^_*

DIY PHOTOBOOTH

pertukangan dari pak mertua dan suami


sebarang pertanyaan@copy gambar please email me

MAJLIS BERTANDANG


majlis: 25 nov 2012 + Dewan Taman Sri Nanding Hulu Langat, Selangor
photobooth DIY by suami + pak mertua
BUNGA tangan GUBAHAN sendiri
baju persalinan dan make up dari Lurve Butik, Hulu Langat

boleh klik link di atas untuk tutorial membuat headband seperti yang saya pakai

Friday, November 23, 2012

INAI SAYA


saya cuma guna daun inai segar yang di tumbuk halus
tiada campuran bahan lain. 
petua memerahkan inai pun tak de.
tempoh pemakaian: dari 9.30 malam hingga 1.30 pagi sehari sebelum nikah
saya juga tak berminat nak ukir-ukir inai di tangan.
reason: sebab saya tak suka bau inai. walaupun berkahwin di musim deepavali. ^_^





BAJU BERSANDING SAYA

pada mulanya saya booking baju warna putih
tapi 4 hari sebelum bersanding, saya tengok baju tu kusam semacam. 
baju lelaki lagi la lain macam.
(saya ada buat entry pasal kerisauan saya ni)
memang plan nak sewa baju lelaki dekat butik nurhan nuriman je.

 baju yang saya angan-angankan untuk pakai.
booking dari 5 bulan yang lalu.

akhirnya saya tukar warna baju di saat akhir
maka, kami berbaju biru la di hari persandingan itu


gambar di bawah pula semasa geli-geli di kellie castle batu gajah
sapa yang nak mepotretkan gambar perkahwinannya di sini, bayaran masuk adalah RM50
kalau masuk untuk jalan-jalan, lain harganya.


gambar jarak jauh sudah lah ye.
hajat nak bergambar di lalang@rumput kering di sri iskandar tak menjadi kenyataan
sedikit kecewa sebenarnya