Klik Nuffnang Ads

Saturday, March 30, 2013

Ok, KITE DAH NAK JADI MUMMY!!!


Masa pertama kali dapat tahu kite mengandung, kite ngan suami macam tak terkata-kata. speechless ok!
Kitorang tak tangkap gambar pregnancy test yang ada positif result pun. 
Saya dok sibuk fikir macamne cari pengasuh bila saya bekerja.
mampu ke saya jadi mak orang.
(sangat la tah apa2, kan. sebab belum apa-apa lagi dah pk jauh)


apa yang kite lalui diawal kehamilan ini: 

-sakit pinggang yang sangat2. doktor cakap jangan diurut@makan ubat sakit pinggang
-bontot dan breast pun sakit juga. xtau nak gambarkan macamne. lagi-lagi bila bangun dari tidur.
-pening kepala yang berpanjangan.
-mual-mual. minggu ke 5, kite baru mula muntah xkira waktu. bukan waktu pagi je.
-jerawat naik. doktor tak bagi makan@sapu ubat jerawat
-tak lalu makan. kite tak makan nasi dah bape minggu ni.
-cuma makan roti, kuih, ketiau dan makanan yang ringan je.
-bau badan pun dah bau lain. kite sampai tukar diadorant dan shower gel sebab tetibe rasa apa yang kite pakai sebelum ni xbest.
-mood sangat terganggu. nak buat kerja kat ofis pun malas.
-alangkah indahnya kalau kite jadi surirumah je. ~_~
-oh lagi satu kite dah lama tak memasak sebab rasa loya dengan bau masakan. kesian kat suami sebab die kene makan lauk kedai je sekarang.
-minggu ke 6, tetibe saya rasa air mineral@air masak tu sangat la pahit. tak sanggup nak telan. so doktor sarankan kite minum air buah dan paksa diri juga untuk minum air masak.
-perut rasa banyak angin@bergas.

dan sekarang buku di bawah jadi sumber ilmu untuk kite. 





Ya Allah terima kasih diatas kurniaan ini. 
semoga aku dapat melalui fasa ini dengan jayanya. 

Friday, March 15, 2013

PRELOVED ITEM FOR SELL

INI ADALAH STICKY POST
SILA GOLEK2 KAN PENGOLEK DEKAT MOUSE KORANG UNTUK ENTRY BARU ^_^ 

SEMUA BARANG PERNAH DIGUNAKAN SEKALI SAHAJA
C.O.D DI PUTRAJAYA@CYBERJAYA@BUKIT JELUTONG SPACE-U8@HULU LANGAT 
KALAU BERMINAT NAK BELI NANTI KITA BINCANG@SET TIME UNTUK JUMPA
TIADA PERKHIDMATAN POS DIGUNAKAN SEBAB TAKUT BARANG ROSAK
SERIOUS BUYER ONLY
SETAKAT NAK TENGOK2@BELEK2 FACE TO FACE XPAYAH

 
 FLOWER HAIR CLIP RM10 ONLY

 KERIS SAIZ S RM70
 KERIS SAIZ M RM85
 KERIS SAIZ L RM100

 RANGKA FRAME (UNTUK PROPS TANGKAP GAMBAR)
SAIZ L RM15
SAIZ M RM10

LAMPU AYAM (IKEA MARI)
RM15 SATU.
DUA RM30

SPEK MATA TANPA CERMIN RM10

FLOWER HAIR CLIP RM10

RANTAI 3 BUNGA RM20

BROOCH UNTUK LETAK DI SONGKOK RM5 

PHOTOBOOTH TAG STAND RM10



SELAGI POST NI ADA KAT SINI, BARANG KAT ATAS ADA LAGI YA.
BANYAK TANYA PUN TARAK GUNA.....! 

hanya email di missfabolous15@yahoo.com

Thursday, February 21, 2013

tension kerana QUEEN OF AMBITION

kalau di dramacrazy, tajuknye queen of ambition. 
onetvasia pula king of ambition.
kalo kat korea panggil yawang
siapa tengok drama ni?


aku tengok pun sebab ada mamat air mata kat atas ni ^ 
first time aku tengok drama korea
dan aku rasa nak tolak heroin ni jatuh dari tangga apartment biar bergolek-golek mati. grrrrrr.......

mengisahkan tentang Joo Da Hae (heroin) yang bercita-cita nak jadi First Lady.
Dia sanggup tinggalkan suaminya Ha Ryu (hero miskin)
untuk bercinta dengan anak orang kaya Do Hoon.
Tipu orang sana sini@membunuh dan buat macam-macam helah.
Muka innocent tapi perangai Joo Da Hae ni sangat la hazabedah!
Bila dah banyak kali tertipu dengan muslihat Da Hae ni, Ha Ryu pun bangkit untuk membalas dendam.
Maka terjadilah pelbagai konflik gitu.


Tak sabar nak tengok episode last drama ni.

p/s: ada ke social climber macam da hae ni hidup di alam realiti?
Wallahualam





Friday, February 15, 2013

FEFEELING JADI ERIC LEONG

seronok juga hias-hias rumah ni. 
suami pula rajin mengemas. (lagi aku seronok)
haritu lepas kenduri dekat bukit damansara, aku terpegi Ikea. 
tersign up jadi ikea family tapi tak tau apa benefitnya
(belian terkumpul rm200 setahun baru boleh dapat kad betul)
hajat hati nak beli rak expendit tapi habis la pula warna yang bertahkta di hati.
kecewa mak jemah ok!
bagi mengubat kekecewaan, aku beli benda alah seperti dibawah

 cermin
senang aku nak belek badan dari hujung kaki ke hujung rambut

lampu lantai


p/s: abang, tolong bawa isterimu pegi ikea lagi.
 nak beli rak expendit!!!

Thursday, February 7, 2013

KERABU SOTONG

First time buat resepi ni. 
Selalu melantak kat kedai je.
Ini adalah versi aku.




Bahan-bahan (untuk dua orang) 
-5 ekor sotong sederhana
-1 biji tomato sederhana
- 3 batang serai
- sebiji bawang besar
- 2 helai daun limau kasturi
- 3 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
- 4 biji cili padi
- sedikit garam dan gula
- hirisan bunga kantan
- sesudu sos ikan (jika ada@suka)

Cara membuat
-gunting sotong biar bentuk bulat dan cuci bersih
- potong tomato jadi 6 bahagian
- hiris halus serai, cili padi, daun limau kasturi
- hiris@potong dadu bawang besar (jangan potong kasar2 ya)
- masukkan hirisan bawang besar, serai, cili padi, daun limau ke dalam kuali tanpa minyak.
- gaul rata didalam kuali dengan api sederhana.   lepas tu dah boleh letak dalam mangkuk
- gaul rata sotong ke dalam kuali dengan api sederhana.(jangan guna minyak) untuk hilangkan air sotong je.
- gaul bahan-bahan diatas beserta perahan limau nipis dan tomato di dalam mangkuk.
 masuk sedikit garam@gula sebagai penambah perasa.

 SIAP!