Klik Nuffnang Ads

Thursday, February 7, 2013

KERABU SOTONG

First time buat resepi ni. 
Selalu melantak kat kedai je.
Ini adalah versi aku.




Bahan-bahan (untuk dua orang) 
-5 ekor sotong sederhana
-1 biji tomato sederhana
- 3 batang serai
- sebiji bawang besar
- 2 helai daun limau kasturi
- 3 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
- 4 biji cili padi
- sedikit garam dan gula
- hirisan bunga kantan
- sesudu sos ikan (jika ada@suka)

Cara membuat
-gunting sotong biar bentuk bulat dan cuci bersih
- potong tomato jadi 6 bahagian
- hiris halus serai, cili padi, daun limau kasturi
- hiris@potong dadu bawang besar (jangan potong kasar2 ya)
- masukkan hirisan bawang besar, serai, cili padi, daun limau ke dalam kuali tanpa minyak.
- gaul rata didalam kuali dengan api sederhana.   lepas tu dah boleh letak dalam mangkuk
- gaul rata sotong ke dalam kuali dengan api sederhana.(jangan guna minyak) untuk hilangkan air sotong je.
- gaul bahan-bahan diatas beserta perahan limau nipis dan tomato di dalam mangkuk.
 masuk sedikit garam@gula sebagai penambah perasa.

 SIAP!

1 comment: