Sewaktu kandungan aku berusia 7 bulan, aku dah mula buat tinjauan (usha-usha? riki riki harga? apa-apa je la) ke atas pakaian bayi ni. Aku bukan jenis main rembat apa yang ada di depan mata dan menyesal di kemudian hari (ala..kekadang aku ni beli barang tak pk gak).
Bak kata pepatah, semuanya kerna ada perancangan....
1. Menyimpan duit
Yeah ini memang sudah semestinya bagi rakyat marhaein.
maklum la keperluan menyambut bayi ni besar kos nya tambah-tambah bayi pertama. ye dak?
2. Google 'sales' , jualan gudang atau expo di Malaysia
Ini kene sentiasa alert ya. Kalo boleh bookmark di komputer masing-masing. Kalau jualan gudang tu mudah untuk kite pegi kira berbaloi la. tapi kalau kau tinggal kat perak dan gigih pegi expo bayi di johor semata-mata itu satu kebodohan ya.
3. Buat senarai keperluan yang perlu dibeli.
banyak blog yang share senarai keperluan bayi. kita kene sesuaikan dengan keadaan semasa kita ja.
4. Lampin pakai buang
Seeloknya belilah sebungkus besar lampin pakai buang saiz newborn. Beli sebungkus je. Lepas tu beli sebungkus besar lagi saiz S. Reason: kita ni tak tau tahap tumbesaran bayi kita kelak. Cadangan aku beli la drypers sewaktu ada offer harga murah)
5. Sarung kaki dan tangan
Jangan beli sikit sangat dan jangan beli banyak sangat. Tapi biar la secukupnya. Kalau dah tahu korang bakal bersalin time hujan, elok la beli lebih, kang tak kering pula sarung kaki dan tangan tu. Aku beli 6 set ja. Ulang pakai basuh. Anak aku dalam 2 bulan 2 minggu tak pakai sarung tangan dah (pastikan kuku pendek). sarung kaki masih pakai lagi.
6. Kain barut perut
Sekurang-kurangnya 10-12 keping. kene ulang pakai juga ni. kadang kotor kene minyak gamat ke, minyak telon atau ubat cuci pusat bayi.
7. Kain bedung
Aku ada beli sehelai je yang jenis moden. gugu swaddle pod nama diberi. Tu pun jarang pakai. Dalam sebulan ada la beberapa kali je pakai. Hari lain aku bedungkan guna kain batik je. Sebab kain batik@kain pelekat ni juga boleh dijadikan selimut bayi lepas anak tak rela dibedung. aku cadangkan TAK PERLU BELI gugu swaddle pod pun tak pe sebab bukan boleh pakai lama. Tapi nak beli juga lantak korang la.
8. Topi
Aku tengok kebanyakkan mak to be mesti senaraikan topi dalam list diorang. Aku yang naif ni pun terikut juga la nak beli. Tapi aku tak beli pun sebab ada orang bagi. Mujur aku tak beli wei, sebab anak aku tak suka pakai. asal letak je kat kepala die, die meronta-ronta nangis. Selamat duit mak, nakk....
9. Pakaian
Bila korang pegi scan 4d, doktor akan bagi tahu berapa berat bayi dalam perut korang tu. So korang boleh agak berapa berat bayi korang masa lahir nanti. Jadi disini aku nak nasihatkan kalau beli pakaian bayi jangan beli banyak-banyak untuk saiz newborn (beli 2-3 helai ok la untuk lepaskan gian shopping. hihihi).
Tapi cari la saiz 0-6 bulan atau 6-12 bulan (kalau bayi besar) Kita kene ingat yang bayi ni cepat membesar. Lain la kalau uols lahirkan bayi pra matang.
10. Bakul pakaian kotor
Kebanyakkan blog mak to be yang aku lawati dulu, tak de pun senaraikan benda ni. So korang yang baca tips aku ni beli la sebakul ya.
11. Almari pakaian bayi
penting tau nak simpan barang-barang bayi kelak.
12. Perlu ke stroller, car seat, baby carrier dan katil bayi?
Ini lepas bayi dilahirkan baru korang fikir nak beli ke tak. buat keputusan berdasarkan keperluan jangan ikut kehendak semata-mata. kita kene berjimat wei, maklumlah kos hidup tinggi. Harga kangkung je yang turun sekarang ni. berjimatlah...
13. Ampaian
Pakaian bayi kan kecil dan comel2 je, gunalah ampaian yang bersesuaian ye kawan-kawan.
Yang anak aku punya jenis ampaian mudah alih. senang nak bawa balik kampung masa berpantang.
14. Wash Bag (nak tulis BM cam tak best pula bunyi)
Aku beli benda ni supaya senang aku basuh sarung kaki dan tangan baby. Benda yang kecik-kecik kita boleh masukkan dalam ni je.
Itu jela kot tips dari aku yang dah melahirkan sorang anak ni. Saja je aku nak share sebab kadang-kadang aku tengok list yang blog mak to be ni main copy paste je. Ada benda yang tak sesuai untuk dibeli pun. Ada benda yang perlu di beli tak di tulis oleh mereka. Berdasarkan pengalaman penulis. Sekian.
nu na, wash bag tu awak beli dekat mana? share pls..
ReplyDeletewahhh...thx for the tips... ;)
ReplyDeleteCik saila..wash bag boleh cari kat daiso..bnyk sngt saiz tau..sampai rambang mata..hehhehe
ReplyDeletekt gaint
ReplyDeleteAssalamualaikum awak. bergunanya tips ni! saya cedok sikit masuk checklist saya ye. hehe suami dengan mak dah siap pesan jangan beli baju new born banyak2. hehe.
ReplyDeleteMemang cari tips pon ni....hihi
ReplyDeleteBest tips ni
ReplyDeleteSaya juga ada menulis sedikit tips. Jemput la baca. Saya tulis dari pengalaman saja. Bukan ambik dari mana mana artickel lain. Hehe
Tajuk 5 kaedah berjimat beli keperluan bayi