Klik Nuffnang Ads

Wednesday, November 19, 2014

JEJARI LABU utk BAYI

Asalamualaikum semua.
Seronok kan ada anak yang dah mula boleh makan? Setiap hari fikir resepi baru untuk bagi anak makan. Aktiviti hujung minggu saya harini saya buat jejari labu atau pumpkin fries for baby. Makanan ini sesuai untuk bayi 9 bulan hingga setahun keatas yang dah pandai pegang dan ada gigi. Mudah dan ringkas. Yang penting NO SALT NO SUGAR.


Bahan-bahan
Labu kuning yang dipotong memanjang
Sesudu kecil minyak zaitun (saya guna extra virgin olive oil)
Sesudu unsalted butter (kalau takde myk zaitun)

Cara buat
Labu yang telah dipotong memanjang direndam di dalam air tapis 2-3 minit
Toskan labu tersebut
Susun secara memanjang di atas tray oven
Renjis atau sapukan minyak zaitun ke atas labu berkenaan.
Bakar di dalam oven dengan suhu 160°c
Bersamaan dengan 20 minit
Saya guna api atas bawah
Sejukkan dan sedia untuk dihidang




yang saya buat ni terlajak minyak zaitun. terpaksa lap-lap pakai tisu. huhu...


3 comments:

  1. Menu yg dihst. Ank sue blom lg ada gigi. Nnt boleh cuba. Tq 4 recipe.

    ReplyDelete
  2. Yummy..ummi azwa yg terliur. Hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah terfikir pulak nak buat macam ni..dulu buat puree jer tau..thnx for the idea :)

    ReplyDelete