Klik Nuffnang Ads

Tuesday, September 29, 2015

RESEPI TOMYAM TANPA PERENCAH




RESEPI TOMYAM TANPA PERENCAH

UTK DUA ORG MAKAN

ayam dipotong kecil (agak-agak, korang nak melantak banyak mana)
2 BIJI TOMATO DIBELAH 4
Sebatang saderi hiris nipis
3 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
seinci halia diketuk
2 batang serai diketuk
sebiji bawang holland dibelah empat
carrot dipotong memanjang
2 helai daun limau
2-3 tangkai daun ketumbar (jangan potong)
2-3 cili padi (kalau bagi anak kecil makan jangan letak)
garam secukup rasa


CARA MASAK
-masukkan tomato, halia, bawang holland, daun ketumbar, serai, dan daun limau ke dalam 1 liter air
-biarkan hingga mendidih
-masukkan pula saderi dan carrot
-perasakan dengan sedikit garam dan jus limau nipis.

sedia untuk dihidang. kalau nak bagi anak kecil makan pun sesuai sebab tak guna bahan perasa dan tak pedas. tapi pastikan asingkan garam dan cili padi.

Monday, September 28, 2015

REVIEW: SALAM NOODLEs CYBERJAYA

Satu lagi restoran mee tarik yang dimiliki oleh cina muslim. Terletak di cyberjaya. Sederet dengan butik tudung nurhannah. Apa yang menarik di restoran ini adalah, harga makanan yang berpatutan. Serendah RM2 hingga RM8 je. Makanan yang disajikan pun menarik. 
Menu lebih kurang macam kedai mee tarik yang lain.

Suasana kedai yang ok. Macam kedai makan biasa je. Tiada komplen dari segi kebersihan.
Pekerja dan tokey nampak macam dari China sebab tak fasih bahasa melayu. Dont worry, mereka sangat sopan. Servis yang cepat. Tapi tiada demostrasi pembuatan mee secara lansung. 
(Kalau di mee tarik warisan asli bangi sentral ada tunjuk proses tarik menarik mee.)
 (Apa motif aku buat perbandingan begitu tah)



 Kami sekeluarga pesan menu ni. Sebab banyak menu dah habis. Datang pun dah agak lewat masa tu. Menu no 17. Apa yang menarik adalah harga setiap menu sama je. Rm8 free segelas minuman. Boleh refill. Kebanyakkannya air kordial, teh, dan soft drink.





Macam sate tapi bukan sate. TAK pakai rempah sate dan TIADA kuah kacang. 
Rm2 secucuk. Ada dua jenis je. Mutton dan chicken. Nyummy sangat ok!






Saja upload gambar senarai menu. 
CARA ORDER: Kita pergi ke kaunter-pesan-bayar-ambil minuman-tunggu makanan sampai di meja masing-masing. 
Kalau nak tahu, restoran ini masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan TV3 juga....

ALAMAT:
SALAM NOODLES
42, CBD PERDANA 2, PERSIARAN FLORA, CYBERJAYA 03-83209372
P2-17, SHAFTSBURY SQUARE, CYBERJAYA 03-83226885




Selepas dibanding-bandingkan, iols lebih suka mee tarik warisan asli di bangi sentral, sebab mee nya lebih lembut dan tebal. Tapi iols tidak menolak untuk datang ke sini lagi.

Saturday, September 12, 2015

CARA AJAR ANAK GOSOK GIGI


Pertama kali nak ajar anak kecil gosok gigi agak sukar. Jadi aku sediakan langkah demi langkah bagi ibu ibu yang buntu bagaimana nak ajar anak kecil memberus gigi dengan betul. 

Langkah pertama: tonton video upin ipin (youtube) episode gigi susu dan lagu belajar berus gigi. Pastikan kita tonton bersama. Sambil borak dengan anak. Tanya mana gigi. Tengok upin ipin pun gosok gigi. 

Langkah dua: sediakan cawan comel bagi isi air untuk kumur mulut. Belikan anak anda berus gigi yang sesuai dengan umur. Berus gigi pun mesti comel juga. Dan Beli ubat gigi yang bersesuaian. 

Langkah tiga: bawa anak masuk bilik air bersama kita. Dan kita gosok gigi kita depan dia. Biar dia tengok kelakuan kita. Sambil borak-borak. Pastikan ada komunikasi dua hala.

Langkah empat: ajar anak berkumur terlebih dahulu. Kita kumur depan dia, dan ludah. 
Suruh anak ikut perlakuan kita. 

Langkah lima: beri anak anda pegang berus gigi sendiri. Biarkan dia explore sendiri. Kita pun kena berus gigi bersama. Buat mimik muka ceria semasa gosok gigi. Biar anak tahu aktiviti memberus gigi sesuatu yang menyeronokkan. Time kita ludah, anak akan turut meludah. 

Langkah enam: memang tak bersihnya kalau anak anda gosok gigi sendiri. Jadi si ibu mesti kene gosokkan gigi anak. Apa yang aku buat, aku berdiri di belakang anak, minta dia 
Buka mulut dan kita gosok gigi mereka dengan berhati-hati dan teliti. Alhamdulillah anak aku tak susah untuk terima arahan dan bagi kerjasama yang baik masa memberus gigi.

Langkah tujuh: kalau anak anda sukar untuk dikawal semasa sesi berus gigi, letak mainannya dalam baldi berisi air di depan anak. Jadi mereka akan leka bermain, kita di belakang anak, mainkan peranan memberus gigi mereka ketika itu. Jangan biar anak sendirian di dalam bilik air. 


Cara korang bagaimana pula?


semuanya adalah berdasarkan pengalaman 

Tuesday, September 8, 2015

REVIEW: BANGI BOAT NOODLE (update: 19.11.2017 kedai ni dah lama tutup wei)

kedai makan ni terletak di belakang PKNS BANGI, ianya kedai yang sama dengan FLAMING GRILL BURGER. dengarnya hak milik bumiputera islam.

aku saja nak ikut trend, makan bermangkuk-mangkuk dan tangkap gambar mangkuk bertingkat-tingkat. upload. Unsur riak wujud disitu. hewhewhew....

waktu aku pergi tempat ni tenghari. lepas habis shopping di JUBAH SOUQ BANGI SENTRAL.

Mula-mula aku dan suami order 6 mangkuk dulu. Semangkuk rm1.80.
Tapi sebab portionnya kecil, kami order lagi 10 mangkuk.

Rupa macam mee berkuah kicap. Ada sedikit taucu.
Terdapat dalam 3 jenis mee dan 3 jenis cara hidangan.

Satu: bihun, dua: mee wantan, tiga: ketiau.

Manakala 3 jenis cara hidang pula ialah....
1. Ada bebola daging ( seketul je dalam semangkuk)
2. Ada isi ayam yang disiat
3. Ada udang (udang kecil halus je)

Suasana kedai:
Gelap (mungkin sebab bercat hitam)
Panas sedikit bahang (harapkan ada kipas syiling besar tapi tak rasa pun)
Tak ramai manusia. Ada tv dan playground for kids.
Dekorasi kurang menyerlah.
Susun atur bekas cili potong, kicap bercili di ruang yang disediakan tidak terurus dengan baik.
Makanan boleh tahan sedap. Aku order boatnoodle 16 mangkuk dan lamb grill burger.
Kedai yang suram dan tidak happening.






Gembira sungguh sistem pencernaanku ketika ini.

Sunday, September 6, 2015

NASI GORENG MENTEGA

Resepi mudah untuk anak kecil anda.
Sesuai untuk umur setahun keatas.
Ada gigi, pandai kunyah semestinya.

Bahan:
3 ulas bawang putih cincang halus
Sebiji bawang merah cincang halus
2 sudu besar mentega sebarang jenama yang ada dalam peti ais anda
Lobak merah dipotong dadu dan direbus sebentar
Sebiji telur
Sesudu Isi jagung direbus sebentar
Semangkuk kecil nasi sejuk

Cara buat:
Panaskan kuali, letak dua sudu mentega,
Tumis bawang putih, bawang merah sampai naik bau,
Pecahkan telur dalam kuali berisi bawang,
Gaul rata sampai telur masak,
Masukkan isi jagung dan lobak merah,
Kacau gaul,
Masukkan semangkuk kecil nasi sejuk
Gaul sehingga sebati.
Siap.




Sayur yang digunakan ikut kreativiti masing-masing.
Macam aku ni ikut apa yang ada dalam peti ais je.
Nak letak sotong, ayam, udang atau daging pun tak kisah.
Bayi bawah 2 tahun, tidak digalakkan mengambil garam dan gula.


Sudah siap pun resepi makanan bayi iaitu nasi goreng mentega untuk bayi.
Nyumnyum...




ala....bagi puree pisang pun, bila anak berak, akan keluar urat2 pisang tu.


Wednesday, September 2, 2015

TAHNIAH KEPADA PEMENANG

BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG MERDEKA GIVEAWAY 

SILA LETAK NAMA, ALAMAT DAN NO HP UNTUK PROSES POS HADIAH.
JANGAN RISAU, MAKLUMAT PERIBADI KORANG TIDAK AKAN DIDEDAHKAN. 
AKAN DI DELETE SELEPAS PROSES POS SELESAI.


TAPI PASTIKAN ALAMAT YANG KORANG BAGI TU ADA PENGHUNI. SENANG CAKAP, ALAMAT YANG SENANG ABANG POSMEN NAK HANTAR DAN MUDAH UNTUK KORANG TUNTUT BILA TAKDE ORANG DI RUMAH.

SEBAB GIVEAWAY AKU YANG LEPAS, PEMENANG GA TAK TUNTUT HADIAH DAN DIPULANGKAN KEMBALI PADA AKU. AKU BUAT PENGUMUMAN  DALAM BLOG PUN TIADA FEEDBACK JUGA. SEDIH.







TAHNIAH PADA KEDUA-DUA PEMENANG. KORANG MEMANG AWESOME! 
KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, 
JANGAN RISAU, DOAKAN AKU MURAH REZEKI UNTUK BUAT GA YANG MUDAH-MUDAH LAGI.