Klik Nuffnang Ads

Monday, March 11, 2019

REVIEW: Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask

hi semua. aku memang suka review produk yang aku beli di pasaran. sebab, aku kalau nak beli barang, kadang kala aku akan google dulu siapa pernah pakai, elok ke tidak sesuatu produk tersebut. Pegi body shop, promoter diorg promot pulak mask ni.

bila yakin, baru aku beli. so ni salah satu produk yang aku yakin untuk guna. aku memang suka mask jenis clay ni.

HARGA: RM 97.00 (agak mahal tapi menjimatkan kalau pandai pakai)
masa aku beli, ada sales di the body shop. so dapat la murah sikit.

PEMBUNGKUSAN: didatangkan dalam bekas kaca gelap. agak berat juga. tapi bekas comel je.

WARNA/TEKSTUR/BAU: warna hijau gelap. ada serpihan daun teh hijau kasar di dalamnya. bau tak kuat. bau daun teh. segar baunya.

CARA GUNA: ratakan nipis diseluruh wajah. biar kering sendiri. kering pun dengan cepat je. lepas dah 10 minit, korang basahkan dengan air sikit, gosok lembut pada kulit wajah, maka jadilah scrub. memang jimat. tak payah beli scrub lagi. salesgirl body shop cakap pakai 3 kali je seminggu.

TINDAKBALAS: lepas cuci muka tu, memang dapat rasa kotoran hilang, segar, menyerap lebihan minyak dengan berkesan. untuk muka berjerawat batu sangat la tak sesuai.







No comments:

Post a Comment