Klik Nuffnang Ads

Tuesday, October 22, 2019

must watch: SCHOOL DRAMA GENRE

1. LOVE ALARM (korean drama) 2019
Love Alarm (Korean좋아하면 울리는RRJoahamyeon Ullineun) adaptasi dari webtoon oleh Chon Kye-young. Pelakon utama Kim So-hyunJung Ga-ram and Song Kang. Boleh tonton di Netflix bermula 22 Ogos 2019. Berkisar tentang satu aplikasi di telefon bimbit yang bernama  LOVE ALARM. Ia membolehkan pengguna mencari cinta menerusi aplikasi tersebut dan memebritahu samada seseorang mempunyai perasaan pada kita dalam lingkungan 10 meter. 


2. I GIVE MY FIRST LOVE TO YOU (drama jepun) 2019
Berdasarkan siri manga "Boku no Hatsukoi wo Kimi ni Sasagu" oleh Kotomi Aoki. Tajuk lain adalah Secret Unrequited Love. Pada tahun 2009 juga ada filem seperti ini. Sewaktu Takuma Kakinouchi (Shuhei Nomura) berumur 8 tahun, dia menghabiskan masa di hospital. Dia berkawan dengan Mayu Taneda (Hinako Sakurai) yang mempunyai umur yang sama dengannya. Suatu hari, mereka keluar dari hospital dan melawat sebuah taman. Di sana, Takuma Kakinouchi dan Mayu Taneda berjanji bahawa mereka akan berkahwin satu sama lain. Mereka tidak ragu-ragu bahawa mereka akan mempunyai masa depan bersama. Boleh cari di kissasian untuk tengok drama ini.


3. AT EIGHTEEN (drama korea) 2019
Tajuk lain MOMENT AT EIGHTEEN. Pernah ditayangkan di 8tv pada bulan September 2019 mengisahkan tentang JUNWOO (Ong Seong Wu) berumur 18 tahun yang baru bertukar sekolah kerana ada masalah di sekolah lamanya. Di sekolah barunya, dia bertemu dengan ramai rakan sekelas dan jatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis. Dia akhirnya keluar dari zon selesanya sebagai pelajar yang menyendiri dan mula bergaul dengan rakan yang lain. Di sini dia belajar mengenal cinta, kehidupan, belajar membuat keputusan dan menghabiskan waktu indah 18 tahunnya dengan penuh kenangan manis. Ong Seong-wu as Choi Joon-woo, Kim Hyang-gi as Yoo Soo-bin, Shin Seung-ho as Ma Hwi-young dan Kang Ki-young as Oh Han-kyeol



4. A LOVE SO BEAUTIFUL (chinese drama) 2017
Chen Xiaoxi (Shen Yue) dan Jiang Chen (Hu Yitian) merupakan kawan sekelas sejak dari tadika. Mereka juga tinggal satu apartment yang sama. Pada mulanya drama ini nampak seperti cinta bertepuk sebelah tangan di antara heroin pada heronya. Tapi sebenarnya dalam diam Jiang Chen juga menyukai Chen Xiaoxi juga. Drama ini sangat popluar di China dan mendapat tontonan yang banyak di online. 


5. EXTRAORDINARY YOU (korean drama) 2019
Mengisahkan tentang Kim Hye Yoon sebagai Eun Dan-oh berasal dari keluarga kaya daan ada sejarah penyakit. Pada satu hari dia menyedari bahawa dia dan semua rakan sekolahnya adalah karakter dalam sebuah komik bertajuk SECRET. Dia mengambil keputusan untuk membuat perjalan hidupnya sendiri dan menukar plot komik tersebut. Pelakon lain:  Kim Ro-woon sebagai Number 13 / Ha-ru dan Lee Jae-wook sebagai Baek Kyung.



No comments:

Post a Comment