Klik Nuffnang Ads

Monday, March 5, 2012

DIY :: HANTARAN

Asalamualaikum,

Ini sebahagian hantaran yang saya deco.
Cetusan idea dari majalah pengantin dan godek-godek google juga.
Warna tema for him: Merah+krim
Tujuh berbalas lima

Sekadar ingin berkongsi.
Mane tau u all boleh ambil idea dari sini. ^_^

For Him
Al-Quran+Sejadah+Tasbih
Set Perfume Tommy
Handphone Samsung W (black)
Cookies
Sebakul buah
Kasut
Coklat
Kek (sponsor by maksu)







For Me
Set Perfume Coach
Sebakul buah
Cincin risik+tunang
Sirih junjung
Handphone Samsung W (white)
Telekung





terima kasih kerana sudi jenguk!

DIY: MINI PELAMIN part ii

Asalamualaikum






Saya atas pelamin
Pelamin atas saya. Eh?








Since saya suka baca blog bride to be,
saya pun teringin juga buat bunga dari crepe paper.
Maka hasilnya adalah seperti di atas.
Bunga kuning, putih dan merah tu adalah hand made by me. ^_^


Sebenarnya, DIY mini pelamin sendiri ni risiko tinggi juga.
Mane tau apa yang kita plan@lakaran tak jadi seperti yang diharapkan.
So, redha dan yakin pada kemampuan diri je la.....


Good Luck pada yang tabah nak DIY PELAMIN sendiri tu!
Semangat!


REVIEW BAJU TUNANG

KLIK SINI UTK DIY SPOTLIGHT@LAMPU MINI PELAMIN



DIY: MINI PELAMIN


Asalamualaikum,

Ini adalah mini pelamin yang saya buat sendiri untuk majlis pertunangan saya yang lalu. Simple, senang dan tak perlu kos banyak.


1. beli kain jersey semeter RM3 di Kamdar. saya beli 5 meter
2. Pomander ball DIY sendiri based on cup cake paper.
3. Bola polisterin RM1.00 (small size)
4. Crepe paper putih 50 sen sekeping. boleh dapat 4 kuntum bunga.
5. Kain lapik platform RM9.90 semeter beli di Kamdar
6. Pasu putih RM35.00 di kedai kraftangan. Saya cuma beli satu sebab di rumah memang dah
ada satu.
7. kerusi memang dah ade di rumah.
8. pelita beli di ikea.
9. papan platform (saya ambil di tempat pembuangan sampah/make sure cuci elok-elok)  


klik sini untuk tengok mini pelamin part 2








Mula-mula na letak kerusi macam kat atas tu.
Tapi adik beradik cakap takut tak muat bakal mak mertua nak duduk sekali. So....



Fikir punye fikir, maka wujud la idea seperti di atas. Sebenarnya tu meja ala jepun mak saya punya. Tapi adik-adik modify jadi ala-ala kerusi panjang. ^_^

Excited juga buat pelamin sendiri ni.
Rasa puas hati walaupun simple dan seadaanya je.
Yang paling best bila sekarang dah ada tunang. *Gatal*

And now i'm bride to be. Hihihi....





Nanti na update DIY hantaran & etc...

Sunday, January 15, 2012

We Got Married - TeukSo Couple

(Episode 1 until 13) also can see here. I really like to see this reality show.
Melting... ^0^






Kshownow | KSNsubs - Watch Korean Shows with English Subs: Teukso Couple Episode 14 English subs: Teukso Couple Episode 14 Subbed by: Kshownow

Sausage with baked beans

Bila umur makin meningkat, naluri untuk berumah tangga itu ada. ^0^
Dari asyik membeli majalah Intrend@Eh!,
hati terbuka pulak untuk beli buku resepi.
Sebelum kite melangkah lebih jauh
untuk memasak gulai ayam pucuk pegaga@gulai nenas ikan masin,
seeloknya kita mencuba resepi mudah macam ni dulu. *_~

Jadi harini saya cuba resepi ringkas yang diceduk dari buku resepi ini.





Bahan-bahan:

8 batang sosej dipotong serong dan pendek

1 tin kecil kacang panggang

1 sudu besar minyak masak

1 tin cendawan butang (dihiris)

(dalam tin tu ada 7 ketul je)

6 sudu besar sos cili

1 biji green capsicum a.k.a lada benggala dipotong dadu

1 biji red capsicum a.k.a lada benggala dipotong dadu

1 labu bawang besar dipotong dadu

Garam dan serbuk pati ayam Knorr secukup rasa

2-3 keping keju (ikut citarasa sendiri)



How To Cook:

Panaskan minyak dalam kuali.

Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Jangan sampai hangit.

Alihkan bawang yang digoreng tadi ke dalam piring. Gorengkan sosej sehingga garing.


Masukkan sos cili dan cendawan butang. Kacau rata.

Masukkan pula capsicum merah dan hijau serta kacang panggang. Gaul rata.

Tambah secubit garam dan serbuk pati ayam Knorr.

Siap untuk dihidangkan bersama roti dan kepingan keju.




Nyum-nyum. Enjoy your meal.