Klik Nuffnang Ads

Saturday, May 9, 2015

MANGO VIP WEEK

NIKMATI 50% DISKAUN UNTUK BELIAN KEDUAN DARI 9 HINGGA 17 MEI 2015 INI DI SEMUA BUTIK MANGO BERDEKATAN ANDA. KHAS UNTUK PEMENGANG KAD KEAHLIAN

Wednesday, May 6, 2015

PADINI SALES 5-17MEI 2015

Padini Consept Store (Vincci+VA+TIZIO)
Sedang mengadakan jualan di semua butik di atas
 20% dari normal price untuk pemegang kad ahli padini.
Nikmati la diskaun itu sekarang. Boleh shopping kasut raya uolss!!!


Tuesday, May 5, 2015

TIPS PILIH BUAH-BUAHAN SEGAR



Sudah menjadi kebiasaan masalah bagi ramai orang jika tersalah pilih ketika membeli buah-buahan. Perasaannya tatkala mengunyah buah-buahan yang sudah rosak pastinya cukup menghampakan.

Sebenarnya ada cara yang betul dalam memilih buah-buahan yang baik dan segar. Ketahui bagaimana caranya agar tidak lagi pulang kecewa.





Beli ketika musim
Pastikan anda membeli buah-buahan mengikut musim kerana tatkala musim, buah-buahan berada dalam keadaan yang segar dan cukup elok.

Guna deria ketika memilih buah
Hidu, sentuh dan teliti akan keadaan buah-buahan tersebut sebelum memilihnya. Ini penting demi menjamin yang anda memilih buah-buahan sama ada sudah masak dan segar atau masam, belum cukup matang atau sudah kehilangan kesegarannya.

Periksa tangkai (jika masih ada)
Tangkai buah-buahan akan secara semulajadinya membengkok setelah buah dipetik. Tangkai yang berona hijau dengan buah yang sudah cukup matang adalah yang terbaik untuk dipilih, manakala tangkai yang berona hijau tetapi dengan buah yang agak keras menunjukkan keadaan buah belum cukup masak namun ia boleh disimpan sehingga ia betul-betul masak. Elakkan dari memilih buah-buahan yang bertangkai kering kerana kemungkinan ia sudah dipetik agak lama dari pohonnya dan teksturnya juga agak kehilangan kesegaran semulajadi.

Hati-hati dengan buah-buahan yang berlubang
Jika anda menjumpai buah-buahan yang sudah berlubang walaupun sedikit, elakkan dari membelinya kerana rasa dan tekstur dalamannya pasti turut efek akibat lubang yang mungkin dimakan ulat buah.

Pastikan rona yang betul
Contohnya, jangan mengambil strawberi yang berona hijau kerana sebetulnya ia memang agak masam dan tidak cukup matang.

Periksa tanda hitam atau lebam
Buah-buahan yang sudah bertukar rona dengan tompokan hitam atau lebam sememangnya sudah agak lama dipetik dan sekaligus ia sudah menjejaskan rasa semulajadinya.

Hidu
Sesetengah buah hadir dengan bau yang melambangkan ia sudah masak seperti buah durian dan tembikai susu. Sesetengah buah juga mempunyai bau masam dimana ia sudah mula merosak dibahagian dalam.

Sentuh, genggam dan rasa
Buah-buahan yang padat seperti epal dan pear sepatutnya hadir cukup padat dan rangup, tetapi tidak pada pic, plum, dan buah-buahan lembut yang lain kerana ia sememangnya agak sedikit lembut. Lakukannya dengan cara yang hemah dan teliti kerana takut boleh merosakkan keadaan buah.

Elak mengambil buah yang disimpan di dalam kotak bertutup atau beg guni.
Mitos yang mengatakan sebiji epal rosak mampu merosakkan yang lain adalah benar.

Friday, May 1, 2015

AMALAN TIDAK SIHAT UNTUK KULIT




 



Terlebih Cuci Muka
Anda fikir semakin kerap anda mencuci muka makin bersih kulit anda. Sebenarnya tidak, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Dan saranan ini adalah untuk anda yang mempunyai kulit berminyak juga, kerana semakin kerap anda mencuci wajah makin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.

Scrub wajah kasar
Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!

Berjaga malam
Semua orang tahu pabila kita kurang tidur makan wajah akan tampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.




Wednesday, April 29, 2015

MINYAK ANGIN TERBAIK UNTUK BAYI-part ii

mempersembahkan 

BABY HERBAL KRIM TROPIKA

aku tahu pasal krim ni dalam facebook
aku pun beli dan cuba sapu pada baby aku
kalau batuk-batuk, selesema boleh la apply krim ni di dada dan belakang bayi.
lepas tu jangan lupa buat tepukan percussion di belakang badan bayi. 
tujuannya adalah untuk longgarkan kahak yang ada.
tak panas pun. mint-mint je.
menyerap dan tidak melekit
selesa je. tapi sebotol ni agak mahal la bagi aku. 
harga di kotak RM39.90
tapi aku biasa beli RM35 di kedai jamu berhampiran rumah aku. 

krim herba ni amatlah sesuai digunakan sewaktu baby korang batuk dan selesema. 
cuba la. kita ikhtiar mana yang terbaik untuk anak kita.