Klik Nuffnang Ads

Tuesday, May 5, 2015

TIPS PILIH BUAH-BUAHAN SEGAR



Sudah menjadi kebiasaan masalah bagi ramai orang jika tersalah pilih ketika membeli buah-buahan. Perasaannya tatkala mengunyah buah-buahan yang sudah rosak pastinya cukup menghampakan.

Sebenarnya ada cara yang betul dalam memilih buah-buahan yang baik dan segar. Ketahui bagaimana caranya agar tidak lagi pulang kecewa.





Beli ketika musim
Pastikan anda membeli buah-buahan mengikut musim kerana tatkala musim, buah-buahan berada dalam keadaan yang segar dan cukup elok.

Guna deria ketika memilih buah
Hidu, sentuh dan teliti akan keadaan buah-buahan tersebut sebelum memilihnya. Ini penting demi menjamin yang anda memilih buah-buahan sama ada sudah masak dan segar atau masam, belum cukup matang atau sudah kehilangan kesegarannya.

Periksa tangkai (jika masih ada)
Tangkai buah-buahan akan secara semulajadinya membengkok setelah buah dipetik. Tangkai yang berona hijau dengan buah yang sudah cukup matang adalah yang terbaik untuk dipilih, manakala tangkai yang berona hijau tetapi dengan buah yang agak keras menunjukkan keadaan buah belum cukup masak namun ia boleh disimpan sehingga ia betul-betul masak. Elakkan dari memilih buah-buahan yang bertangkai kering kerana kemungkinan ia sudah dipetik agak lama dari pohonnya dan teksturnya juga agak kehilangan kesegaran semulajadi.

Hati-hati dengan buah-buahan yang berlubang
Jika anda menjumpai buah-buahan yang sudah berlubang walaupun sedikit, elakkan dari membelinya kerana rasa dan tekstur dalamannya pasti turut efek akibat lubang yang mungkin dimakan ulat buah.

Pastikan rona yang betul
Contohnya, jangan mengambil strawberi yang berona hijau kerana sebetulnya ia memang agak masam dan tidak cukup matang.

Periksa tanda hitam atau lebam
Buah-buahan yang sudah bertukar rona dengan tompokan hitam atau lebam sememangnya sudah agak lama dipetik dan sekaligus ia sudah menjejaskan rasa semulajadinya.

Hidu
Sesetengah buah hadir dengan bau yang melambangkan ia sudah masak seperti buah durian dan tembikai susu. Sesetengah buah juga mempunyai bau masam dimana ia sudah mula merosak dibahagian dalam.

Sentuh, genggam dan rasa
Buah-buahan yang padat seperti epal dan pear sepatutnya hadir cukup padat dan rangup, tetapi tidak pada pic, plum, dan buah-buahan lembut yang lain kerana ia sememangnya agak sedikit lembut. Lakukannya dengan cara yang hemah dan teliti kerana takut boleh merosakkan keadaan buah.

Elak mengambil buah yang disimpan di dalam kotak bertutup atau beg guni.
Mitos yang mengatakan sebiji epal rosak mampu merosakkan yang lain adalah benar.

1 comment: