Assalamualaikum,
Baru-baru ni saya terbaca dalm NSTP dan Berita Harian tentang wanita berusia pertengahan yang tertipu dengan cinta 'Social Network'. Kononnya kekasih alam siber si wanita seorang doktor ortopedik yang bekerja di luar negara. Bila dah janji sehidup semati, si doktor kononnya akan datang ke Malaysia. Tetapi setibanya di Malaysia, si doktor ditahan di Imegresen dan perlu membayar sejumlah wang. Si wanita akhirnya terpedaya untuk membayar wang tersebut. Rupanya si wanita tertipu......
Dahulu, sangat popular kisah gadis bawah umur yang termakan janji manis jejaka lombok yang bekerja di Malaysia seterusnya melarikan diri bersama ke tanah Lombok. Susah senang bersama kononnya. Bila dah rasa susahnya hidup miskin di rantau orang, baru la teringat mak ayah kat Malaysia.
********************************************************************
Kita sebagai gadis@wanita perlu bijak berfikir baik buruk perbuatan itu. Yes, kadang-kadang kita lalai dengan keindahan cinta duniawi. Tapi tak bermakna kita kene korbankan apa yang tak patut terkorban ye! Mungkin si wanita terdesak mahu memiliki cinta sejati atau dikaburi 'kekayaan' si doktor ortopedik itu. Si gadis pula baru meningkat remaja dan mudah terikut dengan hati dan perasaan semata-mata. Mungkin kita impikan cinta seperti kisah ala-ala Ada Apa Dengan Cinta. Sweet and lot of bunga-bunga cinta, kononnya.
Kesimpulannya, jangan mudah perasan dan tolong rasional dalam setiap tindakan.
Bubye!
No comments:
Post a Comment