Klik Nuffnang Ads

Sunday, March 27, 2011

TEKANAN DARAH RENDAH

Hello readers,

Manusia ni kalo darah tinggi sangat pun tak boleh, rendah sangat pun tak boleh juga.
Tanda-tanda tekanan darah rendah yang saya tahu adalah;
pening-pening mahu pitam.
3-4 tahun lepas saya pernah mengalaminya. Sebab Musabab?
Saya sangat malas untuk bersarapan pagi, sangat malas untuk minum 8 gelas air sehari dan sangat malas untuk makan.
Ya, memang ada lagi makhluk pemalas sebegini di muka bumi ini.

Dan pada satu pagi, saya sedang menjemur kain kat ampaian, tetibe saya rasa pening dan berpinar.

Saya ingat itu sesuatu yang normal sebab panas. Saya masuk dalam rumah dan mahu bergolek-golek di atas katil. Tetibe saya termuntah. Panik! Mak saya terus ajak pegi klinik. (Memang tradisi family saya, kalo sakit sikit je wajib pegi klinik) Lepas doktor check2, rupanya saya ada tekanan darah rendah. Auww...

Nasihat doktor;

minum banyak air, banyakkan pengambilan daging merah kurang lemak@kerang, amalkan diet yang sihat, makan sikit tapi berulang. Dan kalo rasa nak pitam lagi, try untuk duduk, tarik nafas sebelum berdiri tegak.


Now thats why la saya suke makan dan makan. Everybody love food!

Muda mudi sekalian, sila jaga kesihatan diri, ye!

Babai babe *_~

Saturday, March 26, 2011

NO ONE KILLED JESSICA

Hello,
I just watched the movie No One Killed Jessica.
Really inspires me.
Probably no Journalist in Malaysia is very brave as Meera.






Review: A reporter teams up with the sister of a murdered model in order to bring her case justice.

Monday, March 21, 2011

MITOS @ FAKTA @ AUTA?

Hello,

Kawan saya cakap:

Rambut yang gugur selepas kita sikat rambut tu kite kene simpan untuk diletakkan di bawah pokok pisang. Sebab ape? Supaya next time kepala kita tak xde la rasa panas @ berbahang. Benarkah?

Arwah opah saya cakap:

Jangan duduk atas bantal. Nanti bontot berbisul. Benarkah?

Exclassmate saya cakap:

Kalo kita bermain@kacau dengan kura-kura dan kura-kura tu gigit tangan kite, kura-kura tu hanya akan lepaskan tangan kite kalo ade petir yang kuat. Benarkah?

Orang dulu-dulu cakap:

Tak baik duduk kat atas tangga, nanti tak de orang meminang. Benarkah?
Kalo nyanyi kat dapur, kite dapat suami tua. Benarkah?


Betulke? Actually saya xtau pun. Orang dah cakap, kite dengar je.

Babai. *_~




MEMBALAS JASA: PART 2

Hello,

Saya nak tambah blog dalam My BlogList saya tu.

Seperti yang saya lakukan pada yang dah tinggalkan link kat entry ini.

Kalo u all berminat sila tinggalkan link kat sini ye.

Motif : kebanyakkan blog lain letak link blog yang memang dah femes amos @ kaum kerabat diorg @ yang selalu dilawati @ blog yang ade tulis tentang blog itu sendiri.

Sekurang-kurangnya boleh la saya melawat blog u all selalu.
I'm a good silent reader actually. (",)

Babai *_~

Sunday, March 20, 2011

NYAHTOKSIK @ DETOKS

Assalamualaikum,

Pernah tak hangpa rasa pening, badan letih-letih, alahan, muka @ badan berjerawat, perut kembung, selulit, masalah berat badan, emosi terlebih, masalah tidur, system imun badan yang lemah?

Dulu aku pernah juga rasa pening dan badan letih. Andaian aku dulu, benda-benda camni normal la bagi seorang student yang berdedikasi. Tapi pada suatu hari, aku beli Majalah Rapi. Belek punya belek, aku terbaca tentang detoks. Kebanyakan tanda-tanda badan bertoksin yang diorang listkan, pernah aku alami.

Lepas tu esoknya lecturer aku cerita tentang toksin yang berkumpul dalam usus besar akibat jarang membuang air besar. Tetiba aku berminat nak try produk-produk buang toksin ni. Mula-mula tu aku beli Green Tea Mint jenama Kinohimitsu. Aku minum seminggu sekali je. Maklumla bajet. Lepas tu aku try beli Juvanex pula. Kalo kita ikut aturan makan yang disyorkan, memang kita akan rasa apa yang Juvanex listkan dalam buku panduannya tu berkesan.

Juvanex ni kita kene minum 7 hari berturut-turut dalam masa 2-3 kali setahun je. Mahal weh benda ni!

Disebabkan benda tu mahal, aku minta la pendapat boifren aku. Nak beli produk detoks ape pula. So die cadangkan aku minum teh hijau Lipton @ Boh je. Murah pun murah. Banyak pun banyak. Tapi teh hijau ni aku minum kadang-kadang je. Maklumla, tak sedap cam makan ais krim.

Lepas tu kan dalam website or online shopping tengah femes detoks tampal kat tapak kaki. Aku tak ketinggalan untuk mecuba. Menarik juga benda tu. Tapi aku tak pakai lama. Malas nak beli online dah kononnya. Tapi beli kat kedai-kedai mahal pula. Then, Bila aku balik rumah, aku tengok mak aku ada beli BioSeed dari GamatEmas. So aku tanpa segan silu, aku amik la dalam 10 paket untuk kegunaan sendiri. Aku ni suke mengamalkan peribahasa jimatkan duit sendiri habiskan duit orang lain. That why la aku amik bioseed 10 paket tu kat mak aku.


Orang cakap puasa pun salah satu proses nyahtoksik juga. Tapi aku cuma puasa time Ramadhan dan time kene ganti puasa je. Sekarang aku maintain minum teh hijau Boh dan Bioseed je.

Kalo korang nak kuruskan badan, aku tak syorkan benda2 camni la. Ade juga kawan-kawan aku yang agak kolot ingat aku suke minum benda-benda sebab nak kurus. Common girls, aku tak rasa aku gemuk pun diabetes apetah lagi. So tak perlu nak diet sampai tak makan nasi sampai seminggu. Oppss...!


Sebenarnya dalam badan kita ni banyak toksik yang kita dapat melalui makanan atau persekitaran. Jaga la kesihatan dari awal. Tak kan nak tunggu gemuk baru nak cari Dr Rozmey kot!


Aku cakap based on pengalaman yang dulunya asyik pening-pening, stress, mengantuk tak tentu hala (tapi aku tak kuat tido) dan rasa letih-letih badan.Try la buang toksin dalam badan tu.


p/s:thanks to juvanex website dan gamatemas website. ini bukan testimoni or jual barang.

KENAPA SUSAH MENYIMPAN?

Hello readers,

Setiap hujung bulan poket kempis? Pening fikir tentang duit yang mengalir macam air paip?
Kat sini saya senaraikan beberapa faktor kenapa remaja @ orang muda-mudi sekarang susah nak simpan duit........

  1. Enjoy yang tak sudah
Orang muda sekarang suka benau nak berhibur. Sikit-sikit nak pegi window shopping, sikit-sikit nak tengok wayang, sikit-sikit nak pegi makan besar, sikit-sikit nak pegi karok. Kononnya nak lepaskan tekanan lepas penat bekerja @ mentelaah buku yang menimbun. Bukannya tak boleh, tapi ogak-ogak la. Takkan la hampir setiap minggu nak berjimba bersuka ria. Kalo duit tu boleh dipetik-petik macam petik jari, lain cite.

2. Terlalu memuja trend terkini

Sampai sekarang pepatah biar papa asal bergaya menjadi pedoman hidup. Lambakan fesyen terkini yang boleh kite google dihujung jari membuatkan hati kite mengelegak nak try juga. Kadang-kadang style shawl yang macam-macam sekarang tak sesuai dengan diri kite tapi sebab nak bersaing dengan member punya pasal, kite ikutkan je nafsu berfesyen itu.


3. Jaga class

Cuba tengok dalam FB, berlumba-lumba orang nak snap gambar kat Starbuck la @ food court Ikea la SR la dan macam-macam lagi. Terikut-ikut sangat dengan gaya hidup mewah yang orang lain tonjolkan. Nanti orang cakap tak in pula. Lain la kite ni adik beradik Paris Hilton.....

4. Gajet yang hot

Sekarang ni, aku tengok semua orang pakat nak bawa kamera DSLR kalo pegi shopping mall. Sikit-sikit tangkap gambar. Aku pun suke juga. *_~
Ipad, Iphone, BB semuanya dah mampu dibeli. Ade juga yang rajin buat installment dengan Maxis @ Celcom @ Digi semata-mata nak nampak hot bila guna gajet-gajet ni.


Remaja @ orang muda tak mo orang cop kite ni ketinggalan zaman. Nak tak nak, terpaksalah ikutkan hati tu juga.




p/s: bagi saya, shopping itu indah

Tuesday, March 15, 2011

JIWA BERGELORA

Pernah ke korang ternampak sesuatu barang kesukaan kat mall dan tak dapat membelinya atas sebab-sebab yang merepek?

Pastu bila dah sampi rumah, mula la terbayang-bayang @ termimpi-mimpi kan benda tu?

Arghh....menci la perasaan camni!



Erm...tak boleh jadi ni, akan ku pastikan benda tu jadi miliki aku juga *_*

SEBELUM BELI KERETA

Now saya nak share 4 perkara yang perlu korang titik beratkan sebelum mengikut hati dan perasaan yang meronta-ronta untuk membeli kereta.....


1. Kos Insurans/Cukai Jalan
Harga insurans tahunan kereta baru lazimnya mencecah beribu ringgit. Makin baru kereta tu makin mahal la kos insurans kereta tersebut. So simpan la duit untuk setiap bulan untuk menampung kos insurans dan cukai jalan yang biasanya perlu diperbaharui serentak.

2. Kos Petrol
Cuba buat kira-kira, berapa RM perlu korang sediakan untuk menampung perbelanjaan petrol kereta kesayangan korang setiap bulan. Makin kerap kereta korang bergerak, makin banyak la petrol yang perlu diisi. Sebab tu la kebanyakkan orang beli kereta yang dapat menjimatkan minyak. (Viva)

3. Kos Tol/Touch & Go
Jika korang selalu melalui highways berbayar untuk pergi bekerja, memang sudah terang lagi bersuluh la bahawa kos tol ni mesti disenaraikan dalam list bajet korang. Tak nak bayar tol sila la naik motor.

4. Kos Servis kereta
Manusia kalo sakit perlu jumpa doktor. Sama juga lah dengan kereta kita tu. Makin jauh perjalanan kita, makin kerap la kita kene servis kereta tu. Biasanya mekanik akan tampal sticker yang tertulis kite perlu servis kereta berapa kilometre sekali atau tarikh perlu diservis.






Bagi yang membeli kereta guna duit makbapak @ boifren @ awek maybe tak perlu fikirkan sangat tentang ni. Maklumla orang sponsor kn! Tapi bagi yang membeli kereta dari hasil titik peluh sendiri, beringat la tentang perkara-perkara di atas. Taraf hidup makin meningkat la.

Banyak benda kene fikir lagi. Aduhhh........... !

GEMUK?

Girls sangat sensitive kalo orang sekeliling cakap die gemuk. Ni dia antara ayat-ayat yang membuatkan girls menyampah tahap dewa ;

weh, asal ko makin berisi?

tembam pipi ko sekarang!

dulu ko memang berisi ke? Sebab aku tengok kaki ko macam orang gemuk...

berat badan ko berapa sekarang?

nape tak makan, diet ke?

ko ni sesuai jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan la....



Rase nak baling batu sembunyi tangan je kan bila dengar suara mereka berkata-kata. Kekadang ayat-ayat macamtu memberi kesan juga pada kita. Tapi nak buat macamne, selagi BMI tak mencapai tahap OBESITI, makan la puas-puas.

But sometimes we need to stop before it’s too late. Kalo dapat penyakit diabetes or jantung sape yang susah? Yang pasti hidup mesti berhati kental bila terdengar ayat-ayat seperti diatas.
Chill babe! ~_~


Kalo nak sentiasa kurus, sila la mengorat DR Rozmey. (“,)

Sunday, March 13, 2011

REMIND

SIMPANAN YANG BANYAK
LEBIH PENTING
DARI GAJI YANG BESAR
*KALO GAJI BESAR, HUTANG BANYAK, BEK TAK PAYAH!

Friday, March 11, 2011

KUCUPAN ASMARA

Hello ladies,

Ini bukan entry berunsur berahi ok! I Cuma nak share warna-warna lipstick @ lip balm @ lip gloss feveret kite as a gadis. Selain dari mascara yang memberi unsur dramatic dalam arena persolekan kite, i rasa lipstick juga memainkan peranan untuk membuatkan kite nampak hot and stylo. Nak tahu? Jom......

1. Orange Oh La la

Warna ni jarang orang beli. Tapi kalo bibir kite pucat, warna jingga memberikan impak segar tau! Bagi saya different is cute. Yang penting kita yakin nak mengoleskannya.

2. Pink is Peace

Biasanya warne pink sinonim dengan remaja. Maklumla , bila pakai lipstick pink nampak lebih feminin je. Ditambah pula dengan lip gloss seangkatan warne, so sweet girls!


nanti u all browse silkygirl website untuk tengok warna yang lain, nok!

3. Percikan Purple

Oh, dulu saya pernah pakai lipcolor Maybelline warne purple pegi kuliah, u know what? Seorang teman saya cakap muka saya macam orang sakit dan menakutkan. Esoknya saya tak pakai dah lipcolor tu. Apa pendapat anda pula?

4. Coklat Cun

Saya rasa warne coklat ni nampak natural. Suke tengok Beyonce pakai lipstick color macam ni. Tak jemu nak tengok. Menawanlah!

5. Merah Membara

Jarang nampak girls yang berani dan yakin pakai warna ni. Bila pakai lipstick merah, pasti banyak mata memandang. Hati berbisik `beraninya dia’......


gambar ni copy dari mac.com tau!


Babai!

TANGAN MERAYAP

Dear Ladies,
Boleh tak bila u all kalau bercakap @ bergurau dengan golongan pria, tangan jangan sibuk nak merayap?

Tak manis la untuk tontonan umum. Bergurau sikit nak bertepuk tampar bahu lelaki. Bercanda sikit nak cubit-cubit pinggang lelaki. Bercakap sikit nak letak tangan kat peha lelaki. Common babe, permandangan macam tu nampak murahan la. Please control urself ok?

Maybe ada pria yang suka (tu sebab pria yang gatal), ade yang kurang selesa (sesuci Asmara). Depends pada masing-masing, der. Yang penting kita kene tahu adab kita.





Peace babe! ~_~

Sunday, March 6, 2011

KAK LIMAH TERTIPU

Salam,

Kenapa iklan kecantikan dalam tv kebanyakkannya letak pompuan-pompuan yang semulajadi putih. Patutnya amik la model yang hitam lagi menawan. Tu baru betul.

Contohnya, iklan Cik Evans tu. Die dah memang kacukan inggeris. Dah tentu putih. Iklan Cik Surihani tu pun sama. Nak dapat 2 tona lebih cerah kononnya. Aku tak kisah pun sebab aku jarang terpengaruh dengan iklan tv. Tapi kalo iklan dalam majalah tu memang senang hati la nak mempengaruhi aku. ~_~

Tapi tak boleh nak salahkan pemasar barangan tu juga sebab, dah memang wanita asia yang kulitnya sawo matang ni terlalu taksub dengan warna kulit putih gebu ala-ala Paris Hilton kononnya.

Muka hitam tapi hati sesuci Asmara tu lagi mulia. Dari muka putih tapi lengan coklat dan berhati busuk buat orang menyampah pula.

Senang cite, kita jangan mudah sangat terpengaruh dengan iklan yang belum tentu diyakini keberkesanannya. Well, kuasa membeli terletak pada tangan wanita @ gadis secara am nya.

Iklan macamtu membuatkan mentaliti kita cakap 'putih itu cantik dan disukai ramai, hitam itu hodoh'. Betul tak?

nota kaki: menari bangra sambil nyanyi lagu Jumbalika, jumbalika, jum balik balik oh! memang sangat heaven!


Babai you all!

Saturday, March 5, 2011

MEMBALAS JASA

Hello,

Saya nak tukar space CRAZY WITH tu dengan space BLOG LINK u all.

So sape yang nak share link blog boleh la drop nama dan alamat blog kt sini. Nanti boleh la si cantik dan si kacak yang melawat blog ni, singgah blog korang juga.

Sebanyak mungkin.

Babai......

Friday, March 4, 2011

LELAKI BERMULUT PUAKA

Assalamualaikum

Dulu ustaz saya pernah cakap maruah lelaki terletak pada bagaimana dia dapat mengawal perasaan marahnya. Betul ke? Dalam hidup ni kadang-kadang kita akan terjumpa tak kira lelaki atau perempuan bermulut puaka. Nak elak tak boleh. Well, hidup mesti diteruskan. So terpulang macamne kita nak menghadapinya. Gado tarik rambut@shawl, balas balik dengan kata-kata yang sepuaka dengannya, diam sambil menyumpah di dalam hati dan berharap Dia memberi balasan setimpal kepada si puaka.

What do you think?



Terima kasih Allah sebab:

Kurniakan saya seorang abah, abang, adik-adik lelaki dan boifren yang tak bermulut puaka.



Babai....

Tuesday, March 1, 2011

HEY `SENIOR'

Assalamualaikum.....

Cuba bagi reason kenapa aku perlu hormat kat ko?

Dah la makn gaji buta berlebih-lebih.

Sikap negatif lagi banyak dari positif. (ko tahu sendiri la weh!)

Kerja hanya tahu chatting dan berblogging je.
(Yes aku blogging juga)