Klik Nuffnang Ads

Sunday, May 29, 2011

JOM BUAT KEK COKLAT

Assalamualaikum,

Esok saya akan pegi kenduri kawen sepupu di Rawang, so mak saya suruh adik saya buat kek coklat sebagai buah tangan menziarah sedara mara.
Resepi ni jiran lama saya yang bagi. Tapi bukan saya yang buat la.
Just nak share dengan orang2 gojes yang terbuka blog ni.
So, enjoy!!!

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri jenama Blue Key
(ikut suka u all nak pakai jenama apa)
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan air panas
1 cawan gula
(bancuh gula bersama air panas)
1/2 sudu esen vanila
1/2 sudu garam
3/4 susu pekat manis

Cara nak buat:

masuk telur satu per satu ke dalam bekas
pukul telur sehingga kembang

ambil satu lagi bekas yang berlainan,
masukkan tepung + serbuk koko + air gula + esen vanila + susu pekat manis dan garam
pastikan dipukul sebati
lepas tu masukkan pula telur yang dah kembang bersama-sama bahan-bahan yang dipukul sebati tadi.

panaskan oven selama 5 minit
sambil-sambil tunggu oven panas,
boleh la masukkan bancuhan tadi dalam acuan.
then bakar bancuhan tu selama 10 minit sehingga menjadi kek.
Jangan sampi bancuhan tadi jadi biskut pula ye.


image sebelum masuk oven.
saja je nak letak cip coklat sebab kat rumah ade banyak cip coklat ni




ha...ni kek yang dah siap.






kalau u all tak nak manis sangat, boleh la kurangkan susu pekat manis tu





Sila la cuba! Ok Bye!

1 comment: