Klik Nuffnang Ads

Thursday, November 29, 2012

GARNIER OIL CLEAR MASK

Pertama kali beli mask ni di Watson.
Rm 5.00++
boleh dipakai dua kali


Perasaan semasa menggunakannya:
 tetibe muka rasa bahang. 
Mungkin sebab ianya selfheating sauna mask.
Seolah-olah muka kita bersauna.
Bila pakai takde efek mengeras macam guna clay mask.
Saya lebih suka guna clay mask.
 

DIY FLOWER HAIR CLIP

Siapa pernah tengok entry bergambar dibawah?

Syukur alhamdulillah saya berjaya DIY aksesori tersebut.
Sangat puas hati
Saya memang plan tak nak pakai tiara sewaktu majlis bertandang

boleh rujuk gambar di bawah bagi sesiapa yang berminat untuk buat aksesori tersebut


 perlu ada: kain felt (potong bentung bulat)
button pin dan sepit rambut
kain net warna kegemaran


jahit kedut-kedut supaya jadi seperti gambar di atas


 cantumkan bahan-bahan di atas supaya menjadi seperti di bawah
bunga (RM2.80 SEKUNTUM)
reben - lebihan buat bunga telur
manik - lebihan hiasan hantaran pertunangan

cara nak cantum tu terpulang pada kreativiti masing-masing.
nak jahit boleh.
nak guna glue gun pun boleh.
tolong jangan guna gam UHU sebab tak melekat


siap untuk digayakan.
 untuk pastikan headband ini melekat di kepala, 
pastikan anda cucuk jarum peniti.

gambar diatas adala rupa headband dibahagian dalam@belakang

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!
IDEA MUDAH UNTUK DITIRU OLEH BRIDE TO BE SEKALIAN ALAM


saya doakan anda semua berjaya membuat persiapan kahwin yang diidam-idamkan

BUKU TETAMU aka GUEST BOOK



 buku tetamu yang ringkas
senang untuk simpan di rumah
cuma perlu ada pen maker goncang berdakwat silver

HADIAH PERKAHWINAN PALING BEST


tapi gambar oven ni ambil dari google

hadiah lain sama je macam pengantin biasa dapat

Wednesday, November 28, 2012

DIY GUESTBOOK CORNER

sewaktu majlis sebelah perempuan, saya tak sempat nak 
buat persiapan untuk sudut buku tetamu ni. Hati meronta-ronta nak sudut buku tetamu juga. 
so my husband telah merealisasikannya
 di majlis bertandang pada 25 nov 2012 yang lalu.
dia deco sendiri.

mari la cuci mata. 
kalau-kalau idea ni nak di cedok oleh B2B yang lain.



selamat berDIY dan mencedok

Tuesday, November 27, 2012

PELAMIN RUMAH

nikah 10.11.12
sanding 11.11.12
bertandang 25.11.12
terima kasih kepada adik beradik@saudara mara@kawan-kawan yang sudi datang walaupun
 korang tak pernah tahu kewujudan blog ini. 
heeeeeeee............

bantal hijau DIY juga
kalau ikutkan nafsu, memang nak pelamin grand-grand@5-6 panel, tapi bila memikirkan kehidupan selepas kawin (dengan gaji yang lambat masuk lagi) terus padamkan niat nak berborosan itu.

p/s: nasib baik ada dslr sndri, kalo nak tunggu gambar dr OP, tak tau bila. ^_*

DIY PHOTOBOOTH

pertukangan dari pak mertua dan suami


sebarang pertanyaan@copy gambar please email me

MAJLIS BERTANDANG


majlis: 25 nov 2012 + Dewan Taman Sri Nanding Hulu Langat, Selangor
photobooth DIY by suami + pak mertua
BUNGA tangan GUBAHAN sendiri
baju persalinan dan make up dari Lurve Butik, Hulu Langat

boleh klik link di atas untuk tutorial membuat headband seperti yang saya pakai

Friday, November 23, 2012

INAI SAYA


saya cuma guna daun inai segar yang di tumbuk halus
tiada campuran bahan lain. 
petua memerahkan inai pun tak de.
tempoh pemakaian: dari 9.30 malam hingga 1.30 pagi sehari sebelum nikah
saya juga tak berminat nak ukir-ukir inai di tangan.
reason: sebab saya tak suka bau inai. walaupun berkahwin di musim deepavali. ^_^





BAJU BERSANDING SAYA

pada mulanya saya booking baju warna putih
tapi 4 hari sebelum bersanding, saya tengok baju tu kusam semacam. 
baju lelaki lagi la lain macam.
(saya ada buat entry pasal kerisauan saya ni)
memang plan nak sewa baju lelaki dekat butik nurhan nuriman je.

 baju yang saya angan-angankan untuk pakai.
booking dari 5 bulan yang lalu.

akhirnya saya tukar warna baju di saat akhir
maka, kami berbaju biru la di hari persandingan itu


gambar di bawah pula semasa geli-geli di kellie castle batu gajah
sapa yang nak mepotretkan gambar perkahwinannya di sini, bayaran masuk adalah RM50
kalau masuk untuk jalan-jalan, lain harganya.


gambar jarak jauh sudah lah ye.
hajat nak bergambar di lalang@rumput kering di sri iskandar tak menjadi kenyataan
sedikit kecewa sebenarnya

BAJU NIKAH SAYA

saya sebenarnya kurang berminat baju yang berlining-lining
so saya pilih untuk buat baju kurung nikah yang simple untuk hari pernikahan saya

sebelum hari kejadian, saya memang tak yakin nak pakai baju ni.
akhirnya saya pakai juga.
suami cakap 'ok je abang tengok baju tu'
KAIN UNTUK BAJU SAYA DAN BAJU MELAYU SUAMI
ADALAH DARI JENIS YANG BERLAINAN


 manik-manik dekat baju tu saya jahit sendiri
walaupun rupanya biasa-biasa je,
 tapi dibuat dengan titik peluh sendiri, rasa sangat puas hati.


gambar kabur ni je yang ada buat masa ni


cotton frame di belakang saya tu RM75 untuk dua keping
bunga tangan fresh flower tu saya gubah ikut suka je. ^_^

sewaktu majlis bertandang pada 25 Nov 2012 yang lalu, saya tak pakai tiara untuk hiasan kepala.
Jadi saya gantikan dengan headband yang saya buat sendiri.
Nak tengok? boleh klik link di sebelah -->headband


p/s: saya malas layan orang malas

DIY BUNGA RAMPAI

Saya sangat suka majlis perkahwinan yang berbau wangi 
Tapi bila pintu@tingkap rumah dan terbuka, tetamu pun ramai,
takde de bau wangi-wangi ini. 

 saya guna air mawar je. RM1.00 sebotol.
 hajat nak cari lotion pathcouli tak berjaya.
 (refer sis spread my happiness blog)

saya just gunting sahaja. nampak kasar je potongan nya. heeeeee

bahan untuk bunga rampai versi saya adalah:
daun pandan (belakang rumah)
daun limau kasturi (belakang rumah)
bunga melur (beli di kedai india)
bunga kertas (halaman rumah)
air mawar
bahan-bahan lain macam susah nak cari di kawasan rumah saya




VEIL NIKAH SAYA

Simple DIY by Me

 gambar keseluruhan veil

 bahagian belakang veil


Thursday, November 22, 2012

TUDUNG NIKAH SAYA




tudung nikah DIY by me
freshkon alluring eyes (big eyes) mesmeric black
harga di fokus point RM50
harga di kedai optik lain RM60

picture from lensaharmoni FB

Sunday, November 18, 2012

DIY DOORGIFT

Siapa cakap bottle jar murah dan lain dari bentuk macam yang dijual
 di Nilai 3 
hanya terdapat di Puchong? 
(design botol ikea dah selalu sangat)
Meh saya share tempat saya beli bottle jar untuk diberi 
kepada tetamu saya sewaktu majlis perkahwinan saya minggu lepas.
Bagi saya, semua tetamu adalah tetamu VIP.

 
   So tiada diskriminasi tetamu di majlis saya minggu lepas.
botol jar ni saya beli di Ipoh. 70 sen (botol bentuk hexagon dan penutup)


tq tag tempah dengan tay trading online dan saya gunting sendiri
doilY paper beli di wakim jln raja bot@bake with yen
isi dalam botol sponsor dari mak adalah buah-buahan kering (dry fruits) terdiri daripada buah jambu kering, buah kiwi kering, buah betik kering dan buah mangga kering.





HANTARAN PERKAHWINAN

Ini dekorasi hantaran yang saya buat sendiri



gabungan tisu ikea yang femes dan doily paper

gambar di atas adalah bunga telur gantung saya yang femes itu. hihihi....


Idea dekorasi hantaran dari belek2 majalah pengantin juga


terkilan: kawan yang kita harap dia dtg, tak dtg
terharu: kawan yg kita jangka dia tak dtg, dia dtg. suka sgt!

DIY RANGKA FRAME





Ini tugas my dear semasa beliau jadi tunangan. 
Tapi dia pass tugasan ni pada ayah dia pula. 
Nasib baik dapat pak mertua sporting. ^_^
Kos beli kayu RM8.00. 
paku dan cat putih memang dah sedia ada di rumah suami.
Kami gunakan rangka frame ni untuk berposing sakan 
di majlis sebelah saya dan sebelah suami minggu depan.
Rangka frame ni dibuat dalam 2 saiz. satu kecil dan satu besar seperti di atas.


Saturday, November 10, 2012

i'm getting married today!!

Saya bakal bernikah petang ni!

Teruja + nervous sikit.

Semoga segalanya berjalan lancar. Ameen..

Tuesday, November 6, 2012

DIY KORSAJ


Bananana kawan-kawan

Asalamualaikum

Tujuan asal beli kain di Kamdar adalah untuk 
membuat sendiri bunga tangan fabrik.
Tapi makin lama makin malas. 
So jadi lah korsaj untuk 
makcik dan pakcik sedara yang yang bakal hadir.
 Butang warna warni beli di kedai kraftangan di pekan Kuala Kangsar.


pin besi tu dibeli di kedai kraftangan di Batu Gajah. 30 sen satu. 
kalau di kedai bunga reben RM3.00 sepeket (ada 10 biji)



yang di atas pula khas untuk abang kamera 

Monday, November 5, 2012

TO MY OTHER HALF

Suamiku
bermesralah dengan ku
janganlah cepat cemburu
bersikap romantik dan sayngilah daku
buanglah sikap garang dan pemarah mu
fahamilah perubahan semulajadi ku
sesekali pujilah daku

Suamiku
selalulah mebantu ku
janganlah mata keranjang
berbincang dan berbuallah dengan ku
hargailah pendapat ku
bersedialah mengakui kesilapan mu
janganlah bohongi daku
uruslah penampilan diri mu
berilah perhatian pada keluarga kita
bersikap adillah pada ku
laksanakanlah tanggungjawab sebagai bapa kelak

  100% copy dari sumber di atas. untuk tatapan my other half ^_^


p/s: kalau nak cilok ayat orang, kasi la kredit pada sumbernya. kesian kan tuan punya sumber itu

LIST DIY TAK SIAP

Hantaran untuk cik abang
(semua hantaran makanan belum beli lagi/deco pun tak siap lagi)

Hand Bouquet

bunga rampai untuk bunga telur gantung yang popular itu

hiasan dalam bilik pengantin





DALAM KEPALA MACAM BANYAK BENDA TAK SIAP LAGI






Saturday, November 3, 2012

PELAMIN DAN TQ TAG

Harini pergi majlis kawin owner shawlforyou di Sungai Way. 
Majlis bertemakan warna peach@pink.
 Sweet je. 
Sempat juga la bagi kad kahwin pada kawan-kawan yang tak dapat kad lagi.

 awsome tak pelamin dia?

 cute kan tq tag dia?

 ini lah pengantin nya. 
gambar ini ambil dari Instagram  kak adib.

ini saya dan kawan-kawan ^_^

SEMOGA BAHAGIA BERSAMA HUBBY YA!

Friday, November 2, 2012

DIY: TUDUNG NIKAH

Asalamualaikum

Banananan kawan-kawan

Saya beli kain chiffon semeter di Kamdar.
 Lepas tu beli border lace murah di Lovely Bead Pertama Kompleks. 
Kain tu saya potong jadikan bentuk tiga segi (macam tudung zaman sekolah dulu)
Nak potong bentuk half moon pun boleh.
Lepas tu pegi kedai jahit minta untuk jahit tepi tudung.
Potong border lace ikut saiz yang dikehendaki.
 Biar ngam-ngam atas kepala.
Jahit sembat dan jahit manik.

Tadi baru pegi hantar dobi. 
Saya memang tak nak pakai tudung berawning masa nikah. 
Reasonnya sama je macam bakal pengantin yang lain.
Selain pengaruh yang maha hebat dari tudung nikah@tunang Aida si Juara Gadis Melayu.^_^