Klik Nuffnang Ads

Thursday, February 21, 2013

tension kerana QUEEN OF AMBITION

kalau di dramacrazy, tajuknye queen of ambition. 
onetvasia pula king of ambition.
kalo kat korea panggil yawang
siapa tengok drama ni?


aku tengok pun sebab ada mamat air mata kat atas ni ^ 
first time aku tengok drama korea
dan aku rasa nak tolak heroin ni jatuh dari tangga apartment biar bergolek-golek mati. grrrrrr.......

mengisahkan tentang Joo Da Hae (heroin) yang bercita-cita nak jadi First Lady.
Dia sanggup tinggalkan suaminya Ha Ryu (hero miskin)
untuk bercinta dengan anak orang kaya Do Hoon.
Tipu orang sana sini@membunuh dan buat macam-macam helah.
Muka innocent tapi perangai Joo Da Hae ni sangat la hazabedah!
Bila dah banyak kali tertipu dengan muslihat Da Hae ni, Ha Ryu pun bangkit untuk membalas dendam.
Maka terjadilah pelbagai konflik gitu.


Tak sabar nak tengok episode last drama ni.

p/s: ada ke social climber macam da hae ni hidup di alam realiti?
Wallahualam





Friday, February 15, 2013

FEFEELING JADI ERIC LEONG

seronok juga hias-hias rumah ni. 
suami pula rajin mengemas. (lagi aku seronok)
haritu lepas kenduri dekat bukit damansara, aku terpegi Ikea. 
tersign up jadi ikea family tapi tak tau apa benefitnya
(belian terkumpul rm200 setahun baru boleh dapat kad betul)
hajat hati nak beli rak expendit tapi habis la pula warna yang bertahkta di hati.
kecewa mak jemah ok!
bagi mengubat kekecewaan, aku beli benda alah seperti dibawah

 cermin
senang aku nak belek badan dari hujung kaki ke hujung rambut

lampu lantai


p/s: abang, tolong bawa isterimu pegi ikea lagi.
 nak beli rak expendit!!!

Thursday, February 7, 2013

KERABU SOTONG

First time buat resepi ni. 
Selalu melantak kat kedai je.
Ini adalah versi aku.




Bahan-bahan (untuk dua orang) 
-5 ekor sotong sederhana
-1 biji tomato sederhana
- 3 batang serai
- sebiji bawang besar
- 2 helai daun limau kasturi
- 3 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
- 4 biji cili padi
- sedikit garam dan gula
- hirisan bunga kantan
- sesudu sos ikan (jika ada@suka)

Cara membuat
-gunting sotong biar bentuk bulat dan cuci bersih
- potong tomato jadi 6 bahagian
- hiris halus serai, cili padi, daun limau kasturi
- hiris@potong dadu bawang besar (jangan potong kasar2 ya)
- masukkan hirisan bawang besar, serai, cili padi, daun limau ke dalam kuali tanpa minyak.
- gaul rata didalam kuali dengan api sederhana.   lepas tu dah boleh letak dalam mangkuk
- gaul rata sotong ke dalam kuali dengan api sederhana.(jangan guna minyak) untuk hilangkan air sotong je.
- gaul bahan-bahan diatas beserta perahan limau nipis dan tomato di dalam mangkuk.
 masuk sedikit garam@gula sebagai penambah perasa.

 SIAP!

Wednesday, February 6, 2013

POTONGAN GAJI UNTUK TABUNG HAJI

Aku dah lama tahu pasal ni.
Tapi baru tahun ni aku mendapat hidayah untuk melakukannya.
 (benda macamni pun perlu hidayah ke? lol!)
 Sejajar dengan azam tahun baru tahun ni,
aku nak menyimpan duit di tabung haji secara tetap, 
maka aku pun isi borang potongan gaji untuk simpanan tabung haji.
Kalau ada rezeki, lagi 20 tahun boleh la pegi Mekah. *_*

Info yang aku baru tahu adalah,
kalau nak potongan gaji untuk diri sendiri,
borang yang dah siap diisi tak perlu dihantar ke pejabat tabung haji. 
Kita boleh terus hantar ke unit gaji (bahagian sumber manusia) pejabat masing-masing ja. 

Berlainan pula kalau nak buat caruman
keatas anak, suami, ibu bapa kita, 
baru lah kita perlu hantar
borang yang siap diisi ke kaunter tabung haji terdekat. 

Penat juga aku menapak ke kaunter tabung haji tadi.  

Kalau tak buat akaun lagi, sila la rajin2 kan diri ke kaunter tabung haji. 


RM1300 DALAM AKAUN DAH BOLEH DAFTAR UNTUK PERGI HAJI.