Klik Nuffnang Ads

Wednesday, February 6, 2013

POTONGAN GAJI UNTUK TABUNG HAJI

Aku dah lama tahu pasal ni.
Tapi baru tahun ni aku mendapat hidayah untuk melakukannya.
 (benda macamni pun perlu hidayah ke? lol!)
 Sejajar dengan azam tahun baru tahun ni,
aku nak menyimpan duit di tabung haji secara tetap, 
maka aku pun isi borang potongan gaji untuk simpanan tabung haji.
Kalau ada rezeki, lagi 20 tahun boleh la pegi Mekah. *_*

Info yang aku baru tahu adalah,
kalau nak potongan gaji untuk diri sendiri,
borang yang dah siap diisi tak perlu dihantar ke pejabat tabung haji. 
Kita boleh terus hantar ke unit gaji (bahagian sumber manusia) pejabat masing-masing ja. 

Berlainan pula kalau nak buat caruman
keatas anak, suami, ibu bapa kita, 
baru lah kita perlu hantar
borang yang siap diisi ke kaunter tabung haji terdekat. 

Penat juga aku menapak ke kaunter tabung haji tadi.  

Kalau tak buat akaun lagi, sila la rajin2 kan diri ke kaunter tabung haji. 


RM1300 DALAM AKAUN DAH BOLEH DAFTAR UNTUK PERGI HAJI. 

2 comments:

  1. tp kalai majikan bukan yg beragama islam macam mana ek? nana pun belum bukak akaun tabung haji. :(

    ReplyDelete
  2. salam.. kalau kita nak buat pemotongan utk diri sendiri tapi hantar ke tabung haji pun boleh kan kak?

    ReplyDelete