Klik Nuffnang Ads

Monday, December 23, 2013

SAYA MAKAN,MINUM DAN LAKUKAN APA SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin secara c-zer pada 30/10/2013 selepas cara bersalin normal dan vakum gagal. Yeay, i got a baby boy!

Sekadar mahu kongsi apa yang saya makan, minum dan lakukan masa mengandung.

Trimester Pertama
Seingat saya waktu ni saya mengalami alahan dari pagi sampai malam. Muntah, pening dan badan rasa banyak gile angin. Doktor cuma bekalkan asid folic, vitamin c dan ubat tahan muntah . Tapi saya tak makan pun ubat muntah tu. (risau efek pada kandungan kononnya) Kalau makan nasi saya akan muntah. Jadi saya makan roti, bihun @ mee. Tu pun tak boleh telan sangat. Minum air masak @ bertapis pun tak lalu. Saya gantikan dengan air peel fresh dan air mineral water yang dibeli kat kedai. Sekali beli yang 5 liter terus. Makan jeruk mangga dan buah epal@oren@delima. Bau segala jenis makanan pun tak boleh. Emosi memang tak stabil. Jangan lupa baca quran@dengar ayat quran kat youtube kalau malas nak baca sendiri. Minta suami bacakan untuk kite pun ok.

Trimester Kedua
Waktu ni nurse dah bekalkan dengan vitamin yang biasa ibu mengandung makan. Tapi bila makan satu vitamin hitam (tak ingat nama) proses buang air besar jadi susah skit. Tahi pun kehitaman.  Apa yang saya amalkan semasa trimester pertama masih saya amalkan waktu ni. Nasi dah boleh makan. Saya tak minum susu tepung tapi minum low fat milk dutch lady yang sejuk. Saya juga amalkan pil kalsium, Kismis dan kadang-kadang minum air zam-zam. Emosi makin stabil. Kurma makan semasa bulan ramadhan dan syawal. Jangan risau, kita akan dapat kekuatan untuk berpuasa. Asalkan bersahur. Waktu ni alahan dah makin kurang. Memasak untuk suami pun rajin walaupun badan letih.Tetiba saya jadi peminat kit-kat dan kek coklat. Huahuahua....

Trimester Ketiga
Disebabkan selera makan menjadi-jadi, berat badan bertambah dengan berjaya. Sampai 2 kali minum air gula. (Klinik Presint 9, air gulanya sedap. Rasa kordial anggur. So bagi saya ok je) Waktu ni saya amalkan obimin, pil kalsium (sebab kadang-kadang saya lupa minum susu) dan Omega Guard Shaklee. So far saya takde masalah HB rendah. Disebabkan buah delima mahal kat pasar malam, saya amalkan minum pati delima Gulsan. Apa yang saya amalkan waktu trimeter kedua, masih saya buat time ni. Setiapkali solat, berdoalah semoga urusan kita dimudahkan Allah.

*********************************************
Waktu mengandung saya xde la mengidam pelik-pelik.
Kalau teringin makan pun, saya akan masak sendiri.
KFC, Mc Donald dan seangkatan dengannya, saya tak teringin langsung.
Kebanyakan makanan saya masak sendiri.
Mulut jangan cabul. Kalau stress kerja pun, kene banyak bersabar. Kurangkan main Facebook.
Saya pergi kerja naik bas, jadi saya memang banyak berjalan.


1 comment:

  1. hehehe.. kita dgn awk pregnant mcm lebih kurang je.. sy pun tak mkn ubat muntah yg doc bg masa trimester pertama
    sbb risau apa2 effect pd bayi. so tahan je la.. yg vitamin kaler hitam tu utk tambah darah rasanya. sama la tahi kehitaman kan!
    lepas tu amek gak pil kalsium sbb kurang minum susu, amalkn mkn kismis & minum pati delima gulsan.
    byk benda sama ni. sepp skettttt! :)

    ReplyDelete