Klik Nuffnang Ads

Wednesday, February 5, 2014

TIP MEMBELI CINCIN TUNANG@NIKAH

1. Bajet
Jangan terlalu cekik darah bakal laki korang. Kalau si dia mampu dan rela hati nak beli heart on fire tak pe.

2. Design
Mesti kene dengan citarasa sendiri if korang pegi kedai emas sesama. Jangan nak menyesal-nyesal pulak bila dah beli. Tapi kalo bakal mak mertua yang pilihkan, korang redho aje la.

3. Jangka Hayat
Korang kene fikir lepas kawin mesti nak ada anak. Jadi korang kene tengok design yang korang beli tu sesuai untuk pakai harian atau pakai jarang-jarang saje. Kalau untuk pakai harian, elakkan beli cincin batu tinggi. nanti masa cuci pinggan la cuci kain la cepat rosak. Tambah-tambah bila dah mula ada anak kecik. Risau kalau cincin atau gelang yang kita pakai boleh mencederakan baby kita.

4. Emas Putih atau Emas kuning?
Pilihan terletak pada korang. Memang emas kuning makin lama makin tinggi harganya tapi mane penah dibuat orang, kita pegi gadai barang kemas perkahwinan kita kan. (betul-betul sengkek tak tau la plk)
Kalau emas putih ni nampak cantik dan ada sentimental value sebab tak boleh nak gadai-gadai dah. Bayangkan ada benda buruk jadi kat kita, contohnya kene rompak (nauzubillah) perompak takdenye nak amik cincin emas putih kita.

5. Waktu pembelian
Korang kene sentiasa alert dengan jualan-jualan hebat di Malaysia, get notification di FB bagi page Habib ATAU emas sri pinang contohnya, baru la korang tahu bila diorang buat jualan murah. Grab cepat-cepat time tu. Memang harga berbaloi la wa cakap lu!


Tu jela yang sempat aku fikirkan. Sapa nak tambah, sila la...

3 comments:

  1. erm, kalau nina, nina pilih emas kuning. hee

    ReplyDelete
  2. memula nak beli emas putih sbb cantik.. tp husben x bg.. jd beli emas kuning yg campur emas putih.. =)

    ReplyDelete