Klik Nuffnang Ads

Wednesday, July 23, 2014

AYAM GORENG PANDAN SEDAP

-RESEPI MEMIKAT SUAMI-
untuk 2 orang makan


4-6 ketul isi ayam potong sederhana supaya senang untuk dibalut dengan daun pandan
5 helai daun pandan
4 ulas bawang merah dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
2 batang serai kisar halus
seinci lengkuas kisar halus
sesudu kecil jintan manis dan jintan putih kisar halus
seinici halia kisar halus
2-3 helai daun limau purut kisar halus (xde pun xpe)
garam secukup rasa
sesudu kecil minyak bijan (xde pun xpe)
lidi kecil 5-10 batang


-gaul ayam bersama semua bahan kisar. letak garam. perap kesemua bahan tadi dari setengah jam-satu jam
-selepas perap, balut ayam menggunakan daun pandan macam kita buat ketupat daun palas. di penghujung balutan, sematkan lidi supaya balutan tak terbuka semasa menggoreng.
-boleh la goreng ayam pandan tersebut dengan minyak yang cukup panas. goreng garing tau!
-sedia untuk dihidang




1 comment: