Klik Nuffnang Ads

Wednesday, April 22, 2015

PETUA MENGHILANGKAN BINTIK HITAM DI MUKA

CARA JIMAT MEENGHILANGKAN BINTIK HITAM DI MUKA

gambar hiasan ehsan dar google image




Cara 1
Ambil telur putih mentah (pastikan tiada telur kuning tercampur), pukul sehingga kembang dan ratakan pada bahagian hidung yang ada bintik hitam. Letakkan lapisan nipis tisu diatasnya.
Biarkan ia kering dan buang tisu tersebut. Bersihkan wajah seperti biasa dan sapu pelembap.

Cara 2
Pukul 2 biji telur putih dan perah 1 camca teh jus lemon. Sapu pada wajah biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan setelah ia kering.

Cara 3
Campur satu camca teh baking soda, garam halus bersama pencuci muka gel. Ratakan pada wajah yang telah dibasahkan. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan wajah.

Cara 4
Perah jus lemon dan campurkan dengan baking soda sehingga ia menjadi pes. Ratakan pada bahagian bintik hitam selama 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.

Cara 5
Potong buah lemon kepada separuh, letakkan beberapa titik madu di atas permukaan yang dipotong tadi. Kemudian sapu pada kawasan bintik hitam.


CARA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN BINTIK HITAM DI MUKA PULA ADALAH DENGAN...
 

berkunjung ke pusat kecantikan untuk sesi facial yang turut membuat proses extraction untuk mengeluarkan bintik hitam.



pilihan terletak di tangan anda. nak yang murah atau yang mahal?

1 comment:

  1. Fida pulak suku ambik buah timun...

    ReplyDelete