Hidangan untuk dua org
Bahan-bahan
10 biji meatball direbus (aku beli meatball ikea. Sekilo RM30. jenama Ayamas pun boleh)
Sebiji Bawang holland atau bawang besar didadu
2-3 ulas bawang putih didadu
Sebotol sos spageti jenama kimball
Segenggam Sayur campur (takde pun takpe)
Kepingan cheese beqa (ikut suka tekak sendiri je ni)
Daun pasley untuk ditabur
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Cara buat
Tumis bawang sampai naik bau,
Masukkan sos spageti dalam kuali, gaul rata,
Masukkan sayur campur, gaul rata lagi,
Tabur daun pasley dan sedikit garam
Agak-agak dah mengelegak bolehlah ditutup api,
ni kuah yang masih di dalam kuali
Guna bekas foil@loyang besi
Sendukkan sos spageti dalam bekas foil,
Susun meatball yang sudah direbus tadi kedalam bekas foil,
Sendukkan lagi sos spageti biar menutupi keseluruhan meatball tadi.
Boleh la ditabur hirisan keju diatas meatball tadi.
Bakar dalam oven dalam suhu 120 dengan api atas bawah selama 20 minit.
Sedia untuk dimakan sampai pening. Nyummy!!
Kau tanya aku jawab:
Q: Kenapa rebus meatballs?
A: Sebab nak bagi meatball tu berjus je bila makan. Tak kering.
Q: Optional untuk sos spageti?
A: Kalian boleh gunakan setin kecil tomato puree.
Q: Jenis keju?
A: Terpulang. Mozarella atau kepingan cheese biasa pun ok.
No comments:
Post a Comment