orang malaysia ni suka jadikan sesuatu perkara tu trend. Pisang cheese la, mangga asam boi la, vape la, noodle boat la. Tapi lama-lama benda tu slow seiring dengan masa yang akan berlalu. Cewah...
Walaupun dah lama juga pasal shell out ni, tapi aku baru tergerak hati nak mencubanya. But aku tak pegi dekat restoran tu. Isu halal semestinya. Jadi aku bawakan shell out tu di bersiaran langsung terus dari rumah aku. Gigih aku masak 3-4 jenis menu untuk aku bershell out di rumah. Dengan anak kecik nangis di tepi kaki. Huahhhhhhh....
Makan seafood ala shell out ni aku buat sempena dinner ulang tahun kawin aku yang ketiga. Memandangkan suami aku kerje hari tersebut, aku cadang nak masak special sikit la. Apa barang makan chicken chop, lamb chop kat rumah. Dah biasa sangat orang buat! Lagipun western food tu kalau nak makan, kitorang pegi IoI City Mall.
Fikir punya fikir punya fikir, aku godek2 FB aku, nampak pasal shell out. Terus datang idea nak bershell out di rumah. Jadi la shell out homemade dari ku.
Resepi semuanya tengok dari internet. Kena tengok 2-3 resepi juga. Kadang kala, resepi internet ni tak boleh pakai sangat. Gabungkan semua resepi untuk jadi menu sendiri. Confirm puas hati! Siap dengan plastik pelapik lagi.
Ini antara menu aku:
(untuk dua orang makan)
1. ketam goreng cili bersama telur masin
2. sotong goreng tepung
3. udang goreng mentega (butter prawn)
4. Kepah goreng kari
5. jagung rebus
Erk...alhamdulillah....
best nyeee
ReplyDelete